Labels

Tuesday, May 26, 2009

REHLAH KRU & PSSKB 2009

salam ukhwah...

Jom beramai-ramai memeriahkan rehlah KRU & PSS KB pada 31 Mei ini. Yuran RM3 sahaja... Sebarang kemusykilan boleh hubungi AJK pelaksana...

Dilusi kesombongan, keruntuhan, dan kebangkitan

Rentetan sikap yang rakus. Manusia sering dibelenggu dengan tindakan mahu pun determination yang salah. Malah, manusia juga suka meninggi diri dan mengambil sifat sombong sebagai imej kendiri mereka. Habitual ini bukan suatu perkara janggal bagi semua orang. Tabiat tersebut sudah membiak di kalangan masyarakat sekian lama. Seiring dengan zaman yang meningkat, juga dunia kesombongan atau kerakusan tidak kurang hebatnya untuk mempengaruhi siapa saja yang lekang dalam keimanan.



Menyusuri dinamiknya dua sikap berkenaan itu juga menyaksikan sebuah kerajaan yang berhadapan dengan kehancuran. Walhal suatu ketika ia mendapat gelaran teragung dengan dipandang penuh kehormatan. Pandangan mereka disanjung, dan setiap kata putus yang dilontarkan oleh mereka akan diterima berdasarkan perspektif itulah yang terbaik.



Perkara inilah yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang. Kita dapat menyaksikan bagai mana bangunan World Trade Centre, iaitu sebuah bangunan yang terhasil melalui puluhan ribu pelaburan, akhirnya runtuh dimamah serangan di luar kawalan radar pentadbiran. Bagai manakah sebuah negara yang dikatakan serba canggih dengan teknologi maklumat boleh mengalami kegagalan dan kelompangan mengesan menerusi kemahiran yang mereka miiki?




"we want to create an nation which is the greatest nation compared than other nations in this world". Salah satu sumpah ikrar Abraham Lincorn sewaktu menjadi pemimpin US dahulu.



Disaat detik itu merupakan titik bermulanya Amerika Syarikat kian guncah. Sedikit demi sedikit era ketamadunan mereka menurun, kemudian dunia dikejutkan sebuah krisis ekonomi, iaitu Credit Collapse (keruntuhan sistem kewangan). Seperkara yang boleh diperhatikan daripada situasi ini. Sikap sombong dan kerakusan Amerika Syarikat menjadi penyebab yang menjatuhkan ketamadunan sebelum ini sangat mereka banggakan.



Mereka mengagungkan sistem kapitalis. Jesteru, mereka memuji sistem berkenaan yang kononnya berkesan melalui kawalan secara autoriti oleh mekanisme pasaran. Secara tidak langsung, mereka membenarkan sistem riba berleluasa dalam market (pasaran), sama ada money (aliran wang) mahu pun goods (barangan).



AIG merupakan sebuah syarikat insurans yang banyak mengalami kerugian ekoran daripada krisis kewangan yang melanda dunia sekarang.



Sifat rakus menjadikan mereka semakin tamak. Lantas lupa bahawa sistem berkenaan tidak lagi mampu bertahan dalam jangka tempoh masa yang cukup lama. Lebih-lebih lagi dalam menampung cita rasa yang secara holistiknya begitu sangat sukar ditunaikan. Segalanya penuh kontradiksi mahu pun sukar untuk difahami oleh kita. Namun, manusia memiliki seribu satu ramuan yang membolehkan mereka faham dan belajar menerusi pancaindera yang dikurniakan oleh Allah swt. Demikian mereka akan menilai, dan menyuburkan apa yang diperolehi itu sebagai useful collections.



Sewaktu Saidina Umar al-Khattab belum menerima dakwah islamiyah yang disebarkan oleh baginda Rasulullah SAW. Beliau begitu sombong dan angkuh untuk menerima islam. Daripada sudut pandangan beliau sendiri merasakan bahawa islam yang disebarkan Muhammad SAW itu bukanlah suatu yang benar. Malah, umar sanggup bersumpah untuk membunuh baginda Rasulullah sekiranya mendapat peluang. Demikian daripada kisah yang menunjukkan kesombongan itu mampu mengenepikan suatu kebenaran yang sebenarnya nyata dan jelas.



Ketika Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1998. Situasi yang dihadapi semasa ia berlaku cukup getir dan perlukan suntikan significant bagi memulihkan semula keadaan sektor ekonomi yang diumpamakan seperti berada di hujung tanduk. Kita diberikan pilihan oleh IMF sama ada membuat pinjaman atau tidak. Perkara itu cukup berbahaya kerana kadar bunga ketika itu adalah cukup tinggi. Hal ini cukup membebankan dan perlukan tempoh masa panjang bagi melunaskannya. IMF juga dilihat cukup mengaut keuntungan daripada situasi berkenaan. Apatah lagi, peringkat pimpinan organisasi berkenaan banyak dikuasai kronomisme daripada Amerika Syarikat dan Yahudi.



Krisis kewangan yang sangat meruncingkan. Bebanan ini sama seperti yang dialami ketika krisis ekonomi pada tahun 1998.




Adalah menjadikan peranan kita semua untuk menerima yang benar. Sebagai mana yang diperjuangkan pemimpin terdahulu. Tidak kira Mat Salleh mahu pun Syeikh Muhammad Abduh, iaitu pejuang nasionalisme Sabah dan pemimpin pan islamisme timur tengah, mereka faham, menuntut dan berdiri atas landasan yang benar. Inilah warisan yang diperturunkan bermula daripada satu generasi ke generasi yang lain.




Hassan al-Banna. Beliau merupakan seorang tokoh yang berjuang dan meniupkan semangat para mujadid tanah mesir.




Sebelum baginda rasulullah dilahirkan di Kota Makkah. Kota berkenaan terlebih dahulu telah diserang oleh tentera Abrahah bagi tujuan untuk meluaskan territory mereka. Kota Makkah merupakan sebuah kota yang strategik dan tidak hairan jika kota berkenaan sangat kaya disebabkan menjadi tempat singgahsana para pedagang asing. Tambahan lagi, serangan Abrahah ke atas Kota Makkah disokong atas pendapat jika hendak menguasai seluruh tanah arab, maka Kota Makkah harus terlebih dahulu ditakluki. Hal ini kerana reputasi Kota Makkah cukup terkenal dan dihormati pada waktu itu.



Abrahah yang sombong dengan kebenaran menyanggupi untuk menyerang Kota Makkah, walau pun dia tahu Kota Makkah dilindungi Tuhan yang Maha Berkuasa. Maka, janji Allah swt akan melindungi Kota Makkah terbukti dengan kehadiran burung Abbabil. Allah swt memerintahkan burung abbabil memusnahkan tentera Abrahah dan mereka (Abrahah) berjaya dikalahkan.



Peristiwa inilah yang harus kita semua ambil iktibar. Umat islam harus sedar akan kebenaran yang dibawa dan disebarkan Baginda Rasulullah SAW. Adalah menjadi kewajiban kepada mereka yang mengakui islam sebagai agama mereka untuk patuh dengan syariat yang ditetapkan. Islam bukanlah the way of changes tetapi islam merupakan sebuah agama yang cukup tuntas dan syumul. Tidak hairanlah islam adalah the way of life.




Sejauh manakah lagi ummah mampu dikembangkan atau dibangunkan? Melentur buluh biar daripada rebunnya.. Pepatah melayu ini cukup memberikan seribu satu methodologi dalam merealisasikan ummah bangkit daripada lamunan.



Berapa ramai masyarakat muslim yang sedar? Sedar terhadap situasi umat islam sekarang dilabelkan sebagai golongan tidak bertamadun (barbarian). Barbarian merupakan sebuah bangsa yang cukup terkenal dengan sifat yang ganas, tidak berakhlak, kasar, dan mereka mementingkan kekuatan fizikal bagi menentukan siapa yang lebih kuat. Mereka (barbarian) juga dikatakan lebih terpuruk dengan gaya hidup yang jahil dalam peraturan humanity. Inilah yang membelenggu masyarakat islam hingga kemunduran itu menjadi darah daging dalam dunia mereka. Jika ditelitikan kedudukan ummah terkategori didalam dunia ke-3.



Demikian umat islam akhirnya dikotak-katikkan hingga terpesong dan dipengaruhi oleh imperialism barat dan yahudi daripada pelbagai aspek. Hal ini disebabkan integrasi ummah yang tidak kuat daripada membendung akidah mereka ditakluki. Apatah lagi dalam zaman sekarang, di mana globalisasi mahu pun high tech teknologi berleluasa menjadi medium pada penyebaran imperialism tersebut.

Monday, May 18, 2009

Pembentukan Masyarakat Madani

SERING kali ramai menyalahkan Islam apabila berlaku sesuatu perkara tidak baik. Mereka mengatakan Islam menindas dan menghalang pembangunan. Malah, ada juga mengatakan jika mengamalkan Islam, kita tidak akan maju, tidak berakhlak dan sebagainya.



Mereka ini sebenarnya gagal melihat keindahan Islam kerana tidak mengamalkan agama Islam sebagai tata kehidupan.



Sebagai sebuah tatacara yang mengawal kehidupan seharian, Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah serta ibadah kepada Pencipta.



Islam menekankan pembangunan modal insan berasaskan kepada ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ini kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan khalifah yang diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.



Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada keesaan Allah dan ketakwaan kepada-Nya. Inilah sebabnya Islam mengambil berat peranan moral atau akhlak dalam pembentukan sahsiah diri.



Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, kita melihat umat Islam tidak menjadi contoh kepada orang lain. Umat Islam tidak memiliki akhlak mulia atau menjadi idola kepada orang lain. Lebih dahsyat lagi, umat Islam ketinggalan dalam kebanyakan bidang kerana meninggalkan agama dalam kehidupan mereka.




Kesibukan ibu kota negeri sabah. Perkara ini sebahagian daripada rutin harian yang antara lain memaku aktiviti masyarakat



Apa saja yang dinasabkan kepada Islam dikatakan mundur, ketinggalan zaman dan tidak sesuai. Mereka mencemuh akhlak Islamiah sebaliknya mendewa-dewakan apa saja yang dibawa dari Barat.



Semua perkara dilihat hanya daripada lensa Barat, mengetepikan panduan dan syariat yang digariskan oleh Islam.



Keperibadian Muslim yang unggul mengikut Hassan Al-Banna, hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai 10 ciri yang jitu lagi mantap. Semua ciri itu saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam.



Antara ciri itu ialah akidah yang bersih, ciri amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan sebenar. Dengan adanya aqidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir daripada landasan syariat Islam.



Penyucian akidah ummah, iaitu mengembalikan ummah kepada landasan kehidupan islami sebagaimana yang dilakukan Baginda Rasulullah memimpin masyarakat Arab keluar daripada kepompong kejahilan. Adalah menjadi harapan kita semua, generasi yang dibentuk mampu memercu ummah bergerak ke hadapan buat masa sekarang



Ia juga adalah piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan dalam solat. Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Ibadat yang betul akan menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi mulia.



Ini menunjukkan sesuatu ibadat itu mestilah berpandukan sumber yang betul iaitu al-Quran dan sunnah serta sumber lain yang diterima ulama.



Ibadat dilakukan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk tetapi adalah manifestasi pengabdian diri kepada Maha Pencipta.



Akhlak mulia juga adalah elemen penting pembentukan sahsiah diri. Perilaku itu harus dimiliki setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk tetapi juga hubungan antara makhluk dan Penciptanya.




Sikap rajin.. sentiasa berusaha keras dalam melakukan kerja adalah tuntutan disisi agama. Allah swt tidak sangat menyukai orang-orang yang malas. Apatah lagi, jika sanggup melakukan penipuan demi kepentingan peribadi semata-mata



Di samping itu, kekuatan jasmani tidak boleh dikesampingkan. Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama, diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah.



Ini jelas dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani juga menjadi benteng pencegahan kepada pelbagai penyakit.



Kekuatan jasmani akan menjamin kecerdasan berfikir. Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh demikian, seorang Muslim perlu memiliki wawasan luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui oleh orang lain.



Pembinaan moral mahu pun penyucian mentaliti itu penting dalam keberkesanan sesebuah dakwah



Tekad untuk berjuang melawan hawa nafsu juga suatu kelebihan bagi membentuk peribadi Muslim. Oleh kerana setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang baik dan buruk, perlu ada semangat untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Kesungguhan melawan hawa nafsu perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.



Pandai menjaga waktu adalah faktor penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Umpamanya Islam mengajar perancangan waktu seperti solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan perlu dirancang mengikut waktu yang sesuai.



Kemahiran menjaga waktu akan menghasilkan disiplin dalam urusan. Ciri itu memerlukan profesionalisme, kesungguhan, semangat dan pengorbanan untuk menjadikan sesuatu perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang.



Kejituan diri mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya hanya boleh dilakukan jika kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan serta ekonomi dan. Ciri itu akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada orang lain.





Keharmonian, di samping persefahaman yang kuat adalah jambatan integriti masyarakat islam khususnya pada zaman globalisasi.



Seseorang Muslim perlulah berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika beliau tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya kita boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan sahabat handai.



Semua ciri yang digariskan Hassan Al-Banna bagi membangunkan modal insan. Walaupun ia diberikan nama baru, namun ulama terdahulu sudah membincangkannya dengan panjang lebar seperti olahan yang dibuat oleh Hassan Al-Banna.



together.. let's make a supreme unity for our ambitious


Dasar itu merangkumi penambahbaikan sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan kemahiran keusahawanan juga diberi penekanan dalam rancangan berkenaan.



Jika formula pembangunan modal insan itu digarap dengan mengambil kira ciri yang sudah ditentukan oleh Hassan Al-Banna, sudah pasti negara akan mencapai kecemerlangan kerana adunan itu akan menghasilkan natijah positif di mana insan yang dibangunkan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.



Justeru, lahirlah manusia yang mengejar kebaikan di dunia dan tidak sekali-kali mengabaikan persediaan mereka di akhirat kelak. Penghayatan sebenar terhadap syariat Islam amatlah penting bagi membangunkan modal insan di Malaysia.

Petikan daripada Polemic Chronicle

Thursday, May 7, 2009

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."


Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.

Tuesday, May 5, 2009

Kisah kerajaan semut


Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.

"Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut" tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.

"Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel" jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

"Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?" soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

"Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan" jawab Gadis Semut.

"Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.

"Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu" tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.

"Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama" jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

"Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa.

"Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?" tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.

"Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan" jawab Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

"Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini" tanya Malaikat Pendakwa.

"Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan." dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

"Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan" bentak Malaikat Pendakwa lalu ditanya pula.

"Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?"

"Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan" terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.

"Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu" tegas soalan dari Malaikat Pendakwa.

"Perdana Menteri kami, tuan" lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka.

"Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantunya.

Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu.. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

"Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini." tanya Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar.

"Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. " jawab Menteri Besar lemah.

"Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan" tanya Malaikat Pendakwa.

"Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya" lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

"Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini" lontar Malaikat Pendakwa.

"Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina." bentang Malaikat Pendakwa kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.

"Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina" titah Tuhan Semut kepada Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.

Saya dedikasikan kisah ini khas untuk Program Puteriku Sayang, dan merayu sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit. Mereka mengharapkan anda. Adakah anda punya kemampuan membantu Gadis Semut?

di copy dari http://siswazabah.blogspot.com

Monday, May 4, 2009

Program Pemantapan Aqidah-SEMTASI

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Program Pemantapan Aqidah yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Asrama SEMTASI dengan kerjasama KRUKB dapat dijalankan dengan lancarnya pada 30 April hingga 1 Mei yang lalu. Walaupun dalam masa yang singkat, diharapkan ianya dapat memberi sedikit input kepada peserta. Dan alhamdulillah peserta yang terlibat nampaknya ada minat untuk nerubah.
Buat penganjur, kami dari PSSKB serta fasi jemputan memohon kemaafan jika terdapat kelemahan sepanjang mengendalikan LDK dan slot yang diamanahkan. Ahli PSSKB juga merakamkan syabas dan tahniah buat adik-adik kerana telah mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan aqidah islamiyah. Teruskan perjuangan kalian, bersamalah kita makmurkan bumi KB ini dengan cahaya Islam, insya' Allah.
p/s:
> Jangan biarkan sahabat anda bergerak keseorangan, kelak akan merasa lemah. Berjuanglah kerana kesedaran bukan semangat semata-mata.
> Kami sentiasa bersama kalian. Walau jauh dari kawasan. Hubungilah kami selalu:-)