Labels

Tuesday, September 23, 2008

Salam 'Eidul Fitri

Umat Islam kini menghitung hari untuk menyambut hari lebaran hari yang bahagia bagi semua hati-hati yang mengaku Islam (walaupun tak semua suruhan Islam berjaya ditunaikan). Mungkin ramai yang mulai sibuk mengimarahkan pusat-pusat membeli-belah untuk membuat persiapan Aidilfitri... Tapi, adakah ramai yang menyibukkan diri untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah menanti malam Al-Qadr yang kita tahu ianya lebih baik dari seribu bulan itu? Saya yakin tidak! Hanya segelintir yang mampu menginfaqkan diri untuk bermunajat kepada Rabbnya... Buktinya, jika hari pertama tarawih, surau-surau atau masjid-masjid penuh dengan limpahan umat manusia hinggakan tidak mencukupi ruang teratak masjid... dan kini apabila tibanya akhir Ramadhan, hanya beberapa soff hati-hati hamba Allah yang tulus ikhlas mengejar keampunanNya masih setia dengan rumah-rumah Allah.
Fenomena ini ibarat roda yang akan berputar dan menghadapi situasi yang sama setipa tahun menjelang dua bulan ini, Ramadhan Al-Mubarak dan Syawal Al-Karim... Wahai umat Islam...! Kejarlah kemuliaan Ramadhan yang masih berbaki ini kerana belum pasti kita dapat bertemu dengannya pada tahun akan datang. Sibukkan lah dirimu dengan bertafakkur kehadrat Ilahi menjelang 10 malam terakhir ini....

Wahai hati-hati yang kotor,

Bertaubatlah kepada Tuhanmu...
Wahai hati-hati yang suci,
Bermunajatlah memohon keampunan kepada Tuhanmu...
Wahai hati-hati yang tulus,
Istiqamahlah mengabdikan diri kepada Tuhanmu...

SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH DAN MENDAPAT SYAFAAT RASULULLAH KEKASIH ALLAH...

Mohon kemaafan buat semua pembaca atas segala kelamahan dan kekurangan penulis. Bersamalah kita menegakkan syiar ISLAM di muka bumi Allah ini... Salam kemaafan salam lebaran.... maaf zahir dan batin...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'AIDILFITRI 1429H...

Saturday, September 13, 2008

KARNIVAL IBADAH...


Marilah beramai-ramai memeriahkan karnival dan pesta-pesta Ramadhan 1429H yang masih berbaki ini...
Banyak acara menarik menanti anda seperti yang tertera dalam iklan di sebelah. Hadiah dan bonus yang hebat juga berpeluang direbut oleh individu-individu yang berkelayakan... ianya boleh didapati dimana-mana rumah Allah yang berhampiran dengan anda.. tanpa bayaran, tanpa yuran bahkan anda bakal mendapat ganjarannya...
Apa tunggu lagi... kini karnival tinggal separuh masa lagi dari jangka hayatnya.. Setahun hanya sekali dan belum tentu lagi kita akan berpeluang untuk bertemunya ditahun akan datang...
Kita jumpa di sana!!! Aramaitiii...