Labels

Monday, July 23, 2012

Roadshow PSS dan KRU Kota Belud Ke SMK.Tambulion


15 Julai 2012 : Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Cawangan Kota Belud telah mengadakan roadshow ke destinasi pertama buat tahun ini iaitu SMK.Tambulion Kota Belud. Ini merupakan lokasi bagi KRIS tahun ini, dan selepas KRIS melabuhkan tirai. Roadshow pula menyusul dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang berbeza buat adik-adik di sekolah.

Roadshow pada kali ini bermula seawal jam 8 pagi. Semua ahli PSS dan KRU Kota Belud bergerak ke SMK Tambulion untuk slot pertama. Selepas sesi pendaftaran, para peserta dan para AJK menunaikan solat sunat Dhuha di surau SMK. Tambulion. Keseluruhan pengisian program pada hari itu juga dijalankan di surau tersebut. Selepas selesai menunaikan solat sunat Dhuhah, para peserta mengambil tempat dan bersedia untuk mendengar kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Sdr. Iqbal Fikri Anafiah yang juga merupakan pengerusi PSS Kota Belud. Slot yang disampaikan bertajuk Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh.



Satu persatu sejarah berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh dikupas untuk memberi penghayatan kepada adik-adik tentang keunggulan peribadi yang ditonjolkan olehh Sultan Muhammad Al-Fateh. Perjuangan beliau dilandaskan kepada kekuatan akidah yang menyebabkan beliau sangat disegani dan menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Para peserta khsuyuk mendengar bait-bait kuliah yang disampaikan oleh Sdr. Iqbal Fikri. Semoga mereka dapat menghayati sejarah ketokohan sultan Muhammad Al-Fateh dan mengambil ibrah daripadanya.



Selepas selesai kuliah Dhuha, para peserta dihidangkan dengan juadah minum pagi. Waaupun agak sederhana menunya, namun ia agak sedap dijamah ditambah dengan gurau senda antara AJK dan peserta yang baru sahaja kenal antara satu sama lain. Semoga ukhuwwah yang terjalin ini akan berkekalan hendaknya. Selesai minumpagi, para peserta diberikan latihan dalam kumpulan (LDK) yang bertajuk bangunan straw. Mereka diberi masa selama 20 minit untuk membina sebuah bangunan menggunakan beberapa straw yang diberi. Setelah masa tamat, fasi mengaitkan hubungan di antara akidah seseorang manusia dengan keutuhan bangunan yang mereka bina tadi berlandaskan beberapa ciri. 





Selesai solat zohor dan makan tengah hari, berakhirlah slot pertama untuk hari tersebut. Slot 2 disusuli dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Walaupun tidak lama bersama dengan adik-adik di SMK. Tambulion, namun ukhuwwah yang terbina sudah pasti akan berkekalan. InsyaAllah. Bertepatan dengan tema roadshow pada kali ini iaitu "Dakwah itu Cinta", semoga cinta sesama saudara muslim yang terbina ini akan membibitkan lagi duta-duta dakwah di bumi Kota Belud. 

Kenangan bersama peserta-peserta di SMK.Tambulion

0 comments:

Post a Comment