Labels

Sunday, September 16, 2012

Pertandingan Badminton PSS dan KRU Kota Belud


        


        ALLAHAMDULILAH…ucapkan ke hadrat illahi….kelab remaja ukhuwah kini telah melaksanakan program yang begitu santai dan menguji kekuatan jasmani..kelab remaja ukhuwah telah mengadakan program pertandingan badminton kru kb… bertempat di dewan butong,kota belud.
            Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada muslimin dan muslimat.Program ini turut di sertai oleh ajk .Program ini bermula pada pukul 9.00 di mana semua peserta telah pun bersiap sedia untuk menunjukkan kekuatan mereka dalam pertandingan ini.Tema program ini ialah “SUKAN ITU IBADAH’’.Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silahturahim diantara ajk dan para peserta.
           Program ini berjalan dengan begitu lancar sekali.Program ini berlangsung selama 3 jam darim pukul 9.00 pagi – 12.00 tengah hari.Sebelum berakhirnya program ini,para peserta sempat di beri tunjuk ajar macam mana memengang raket dengan betul oleh pengurus dewan tersebut.Selesai sahaja program ini ,penyampaian hadiah turut diadakan untuk memberi hadiah kepada para pemenang.
Penyampaian hadiah ini turut di sampaikan oleh pengurus dewan itu tersebut.Yang menariknya dalam penyampaian hadiah ini ialah johan badminton[beregu] muslimin dimenangi oleh anak buah kepada pegurus dewan tersebut  yang baru berusia 7 tahun dan 10 tahun.Manakala johan bagi muslimat pula dimenangi oleh Nor Nisa kelim dan Shairee Amran yang merupakan ajk program ini.
Selesai sahaja penyampaian hadiah ,para peserta berkumpul dengan pengurus dewan tersebut untuk sesi fotografi.Dengan berakhirnya program ini,diharap hubungan silahturahim bertambah erat dan berharap agar program seperti ini dapat di adakan untuk menguji stamina diri.
                                                SUKAN ITU IBADAH

Sekitar pertandingan badminton berlangsung



muslimat di gelanggang badminton

ada pla 3 orang dlm gelanggang.. :)

perlawanan sebenar bermula

taklimat kepada para pemain


muslimat power!




0 comments:

Post a Comment