Labels

Thursday, December 31, 2009

Perkampungan KRUKB 09

Perkampuangan KRU 2009
25-26 Dis 09
Syukur alhamdulillah... perkampungan KRUKB yang telah dirancangkan pada Disember ini telah dijalankan dengan baiknya. Program ini merupakan program qiamullail dan rehlah yang digabungkan dengan nama 'perkampungan' kerana buat julung kalinya KRUKB mengadakan qiamullail di luar pekan KB.Program ini telah dilangsungkan pada tarikh bersejarah 25-26 Dis 09 seterusnya melakar sejarah buat KRUKB pada tahun ini. Program yang bertempat di Kg. Pantai Emas ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dengan penduduk kampung dengan kembara dakwah dan forum yang telah dilaksanakan. Program ini merupakan program penutup untuk tahun 2009 ini dan diharapkan semoga program sedemikian dapat dilaksanakan lagi oleh jawatankuasa KRU tahun 2010 akan datang!

Friday, December 25, 2009

Jihad Akademik; 8A PMR!

Tahniah buat adik2 yang berjaya dalam peperiksaan PMR tahun ini. Alhamdulillah adik2 telah berjaya menunaikan jihad akademik adik2.
Warga PSS khususnya PSSKB dan KRUKB mengucapkan sekalung tahniah buat adik Rabiatul Nazira dari SMK Arshad Kota Belud kerana berjaya mendapat 8A dalam PMR tahun ini. Semoga kejayaan adik Bia menjadi contoh kepada adik2 yang lain. Bagi yang kurang bernasib baik jangan bersedih dan berduka, teruskan perjuangan akademik adik2 untuk menempuh peperiksaan akan datang seperti SPM dan STPM.
Kami mendoakan kejayaan buat adik2 semua. Eratkan ukhuwwah, tingkatkan akademik dan mentapkan gerak kerja!

KRU KM; Islam Di Hatiku

KRU KM bersama barisan fasilitator

Kota Marudu mempunyai 13 masjid dan 32 surau berbanding 90 gereja, belum di ambil kira masjid dan surau yang berfungsi atau mati. Islam menyusup masuk ke pelusuk desa dan pedalaman, tidak sempat melekat roh dan izzahnya sebelum direnjat semula oleh kelompok sebelah sana. Gemilang sejarah perjuangan Shariff Osman sekitar tahun 1900 membebaskan 'Bandau' dari cengkaman penjajah tidak diwarisi semangatnya oleh penduduk Islam tempatan. Hanya di sini-sana, kedengaran kisah-kisah tokoh yang berhempas-pulas di tempat sendiri memastikan Islam terus mendapat tempat biarpun yang menjadi inspirasi hanyalah pahala yang tidak kelihatan oleh mata kasar insani.
Keadaan tersebut akan berubah. Dan masanya bukan esok atau lusa, jauh sekali tahun hadapan atau seabad yang akan datang. Masanya ialah sekarang, hari ini. 2 hari berkampung di Kota Marudu ditemani oleh pejuang-pejuang dari kalangan anak muda, PSS berjaya menubuhkan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu (KRUKM) generasi yang pertama. Mereka menanam keazaman seteguh berdirinya kota pertahanan Shariff Osman, bahawa Islam akan kembali dipasakkan id ginawo tulun-tulun Kota Marudu ngawi, insyaAllah!
Murabbi dua zaman - Ustaz Abdul Mutalib dan Saudara Zulhilmey Makmud
Ziarah ukhwah oleh peserta muslimat
Ziarah ke rumah muallaf yang cacat penglihatan

Monday, December 14, 2009

Konsert Tour De Tahfiz Nazrey

9/12/09 (Rabu)

Meriah! Walaupun pada mulanya dewan nampak malap dan suram akhirnya meriah dengan kehadiran penduduk Kota Belud yang memenuhkan Dewan Rasa Sayang Kg. Bobot. Konsert ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul dana untuk membangunan pusat tahfiz di Ranau.
Konsert yang dianjurkan secara mengejut ini sememangnya amat mengejutkan masyarakat juga ahli PSSkb yang dikhabarkan hanya dalam masa sehari. Semoga kredit2 yang ikhlas dihabiskan untuk menjemput warga KB untuk memeriahkan konsert ini mendapat ganjaran disisi Allah.
Semoga usaha murni ini memberi kesedaran kepada masyarakat Sabah amnya dan penduduk KB khasnya.

Monday, December 7, 2009

Kem Kepimpinan Pelajar 2009 (KemPin ’01) KRUkb

4-6/12/09 (Jumaat-Ahad)
Kg. Rosok Kota Belud banner made by psskb
Alhamdulillah program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan izin Allah walaupun berbekalkan tenaga penggerak yang terhad dan kehadiran peserta yang kurang memuaskan. Sebahagian peserta yang terpilih tidak dapat menghadiri program inidi saat2 akhir kerana pelbagai masalah yang dihadapi. Sayabas dan tahniah diucapkan kepada adik2 peserta yang berjaya mengikuti program ini.

Syukur juga dipanjatkan kerana program ini mencapai objektifnya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Namun, bagi seorang pejuang halangan dan rintangan itu tidaklah melemahkan semangat perjuangan kerana itulah asam garam perjuangan. Para peserta, AJK juga penceramah yang tersesat jalan menuju tapak program menunjukkan perjuangan itu penuh rintangan. Namun, kita dapat menjumpai tapak program itu apabila mengikuti jalan yang grable bukanlah jalan yang senang dan mudah.


Nasi yang bubur dihari pertama program juga dirasakan begitu enak apabila dicampur dengan bahan2 perasa. Jika hari pertama nasi tidak habis, pada hari kedua dulang menjadi licin dan hari ketiga tidak sabar menunggu masa makan. Begitulah ibaratnya perjuangan, akan menjadi manis jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan penuh kefahaman bukan atas dasar semangat semata-mata. Apatah lagi ditambah dengan perisa ukhwah fillah sesama sahabat seperjuangan.


Pesanan buat adik2 yang baru mengenal erti perjuangan dan kepada sahabat2 yang telah arif tentang perjuangan, ingatlah matlamat perjuangan kita iaitu menegakkan Islam di muka bumi Allah ini dan mencari redhaNya. Hayatilah dan fahamilah lagu tema program ini...


Gelombang Keadilan

Kan melangkah kaki dengan pasti

Menerobos segala onak duri

Generasi baru yang telah di nanti

Tak takut cita-cita gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang

Ku tumbangkan segala kezaliman

Dengan tulus ikhlas untuk keadilan

Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah

Takkan henti walau sejenak

Cita kami hidup mulia

Atau syahid mendapat syurga.


Teruskan perjuangan walau dimana kita berada dalam keadaan apa jua pun.

- Kita bukanlah pemula dan pengakhir kepada perjuangan ini tetapi penyambung kepada rantai perjuangan yang dimulakan oleh para Rasul dan Nabi terdahulu.

- La tahzan wala takhof, innallaha ma’ana.

Thursday, December 3, 2009

QIAM NOV KRUKB




29/11/09 (Ahad)

Progrqm qiamullail bulanan KRUkb bagi bulan November telah dijalankan seperti biasa. Walaupun kehadiran peserta tidak ramai namun program bulanan ini dapat juga diteruskan.

Tuesday, November 24, 2009

MAKLUMAN:

QIAM bulan November insya' Allah akan diadakan pada:
- 29/11/09 (Ahad)
- Tempat biasa
- Masa seperti biasa.

Kehadiran amat digalakkan sempena cuti sekolah dan Raya Aidil Adha ini.

Diskusi Ilmu KRUKB

24/11/09 (Selasa)
Alhamdulillah usrah KRU muslimat telah dijalankan untuk kedua kalinya pada musim cuti sekolah ini dengan kehadiran yang amat memuaskan berbanding usrah yang pertama Sabtu lalu.

Untuk pengetahuan dan makluman adik2 KRU, usrah muslimat insya' Allah akan dijalankan 2 kali seminggu dan tarikh, masa dan hari akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Bagi adik2 yang sememangnya berkelapangan bolehlah mengikuti majlis ilmu ini dan boleh menghubungi kakak2 PSS untuk maklumat lanjut.

Ayuh bangunlah adik-adikku! Manfaatkan masa lapang yang ada sebelum datangnya masa sempit.

QIAM PSS (muslimat)

23/11/09 (Isnin)
Alhamdulillah, walaupun dengan kehadiran yang kurang memuaskan dapat juga qiam ahli muslimat PSSkb ini dijalankan tanpa perancangan yang terperinci. Hanya bermatlamat untuk mengumpulkan sahabat2 yang baru pulang ke kawasan sempena cuti semester ini.

Kehadiran 7 orang ahli sudah memadai untuk permulaan ini dengan harapan penggerak2 ini dapat tarbiyah dalaman disamping tugas utama mentarbiyah para pelajar. Majlis ilmu ini diimarahkan dengan kehadiran Kak Su & Kak Seri yang memberi pengisian dan perkongsian ilmu selepas maghrib dan isya'.

24/11/09 (Selasa)
Qiamullail ahli PSS yang jarang diadakan secara berjemaah ini walau pun dalam kuantiti yang sedikit amat bermakna dengan kehadiran sahabat seperjuangan yang sekian lama tidak bersua muka.

Semoga sahabat2 yang tidak dapat hadir dapat merasai kemanisan ukhwah ini dan semoga bertemu pada masa akan datang.

Monday, November 16, 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KE-8 SMATS

KOTA BELUD, 14 November; Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) kali ke-8 SMKA Tun Said telah diadakan di Dewan Utama SMATS bermula pagi hingga tengah hari Sabtu lalu.

MAC kali ini amat meriah dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan dan semangat untuk anak-anak agar terus berusaha menuju kejayaan. Majlis dimeriahkan lagi dengan majlis graduasi pelajar tingkatan 5 yang cantik dan segak dengan jubah graduasi mereka.

Diharapkan dengan penyampaian anugerah ini dapat meningkatkan semangat dan usaha para pelajar dalam perjuangan akademik mereka. Semoga berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan datang bermula 18/11/09 hingga 18/12/09. Selamat menduduki peperiksaan dan selamat menjawab!

IHTIFAL PASTI 2009


KOTA BELUD, 14 November; Ihtifal PASTI telah diadakan pada hari Sabtu lalu bertempat di Pasti Al-Firdaus Kota Belud bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.


Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran para ibu bapa pelajar yang memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran pada tahun ini dan kepada pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan khas dari pelajar tahun 5 dan 6 yang mana mereka menyampaikan lagu dan pentomen yang menarik hati. Semoga dengan berlangsungnya majlis ini dapat memberi galakan dan semangat kepada para pelajar untuk terus maju dengan lebih cemerlang dalam pelajaran, dunia juga akhirat.