Labels

Wednesday, January 28, 2009

Qiamullail kali pertama 2009


Assalammualaikum... salam ukhwah fillah...

Apa khabar sahabat-sahabat dan adik-adik sekalian? Semoga sihat sentiasa ya... yang sakit tu rajin-rajin makan ubat semoga cepat sembuh. Jangan pula telan ubat tu semua, nanti extend pula di hospital tu...

Untuk makluman:
Qiamullail bulanan PSS & KRU
31hb Jan 2009 (Sabtu)
Masjid Pekan KB

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang berada di KB atau sekitar KB dijemput dan dialu-alukan untuk mengimarahkan masjid tercinta kita.

Thursday, January 22, 2009

Malam bersamamu Palestin


Tarikh : 24 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS

Persembahan istimewa Mu'adz, Tayangan Palestin,
Persembahan Pentomin, Gerai / Pameran
dan banyak lagi...


Anjuran :
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
dan CONCERN

Dengan Kerjasama :
JAKIM Sabah dan JHEAINS

Semua dijemput hadir bagi menunjukkan rasa kemanusiaan kita
terhadap penderitaan rakyat Palestin

Sumber : www.islamreturn.blogspot.com

Nisa' Indoor Games

Tarikh: 24 Jan 09 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Letak kereta di hadapan Madrasah Islamiyah

Assalamualaikum...

Kepada sahabat2 muslimat KB yang berkelapangan pada 24 Jan 09 (Sabtu) dijemput untuk memeriahkan program Nisa' Indoor Games. Sebarang masalah boleh berhubung dengan Ketua NISA' KB ya...

"Nisa' connecting youth"

Tuesday, January 13, 2009

HANCUR KUFFAR!!!




Semua Blogger Mujahidin diminta bersedia untuk melancarkan 'Boikot Berstrategi' yang kita akan lancarkan hari Isnin ini, InsyaAllah.. Allahuakbar!!!

Ujian anugerah dari Tuhan

Takziah di ucapkan buat seorang ahli PSSKB yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 11 Jan, pagi Ahad yang lalu. Beliau yang telah patah kaki kanan kini dirawat di Sabah Medical Centre (SMC) damai, Luyang.
Justeru, diharapkan semua sahabat dapat memberi sokongan dan mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi ujian ini.

Monday, January 5, 2009

MENGAPA KA'BAH TERLETAK DI MAKKAH SERTA BERBENTUK SEGI EMPAT?


1. Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'abah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi ini. .

2. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity,

3. Tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada di atas setelah ia memijakmijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi

4. Melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.