Labels

Friday, March 27, 2009

60 earth hour?


EARTH HOUR
28 MAC 2009
8.30-9.30 malam
( Padamkan lampu selama sejam tanda sokongan kepada kesedaran isu pemanasan global )


Persatuan Siswazah Sabah bukan semata-mata badan kebajikan. Ia bukan institusi keagamaan. Ia jauh sekali organisasi politik. Malah ia merangkumi semua aspek kehidupan, dunia akhirat. Justeru Persatuan Siswazah Sabah menyambut baik dan menyokong penuh usaha WWF dan badan-badan lain yang menganjurkan Earth Hour. Isu pemanasan global bukan isu baru. Perubahan iklim, kenaikan aras laut, peningkatan kandungan gas karbon dioksida di udara, kesemuanya mendatangkan kesan negatif. Dan kesemuanya telah diberi amaran oleh Allah di dalam Al-Quran. Amaran bahawa punca kepada segala bentuk kerosakan ialah akibat pernuatan manusia sendiri,


“Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah ar-Rum, ayat 41)


Justeru Persatuan Siswazah Sabah menyeru semua ahlida penyokongnya di segenap penjuru dunia supaya menyahut seruan Earth Hour. Tetapi tidak cukup sekadar itu, Persatuan Siswazah Sabah ingin membawa pembaca berfikir dan merenung setapak lebih jauh dalam gelap pekat malam tanggal 28 Mac 2009, jam 8.30-9.30 malam ini.


1. PSS menyeru pembaca merenung kegelapan alam kubur dan siksaan yang bakal ditimpakan ke atas hambaNya yang meninggalkan suruhan, dan meninggalkan larangan. PSS mencadangkan kepada pembaca agar menutup sekali kipas untuk merasai sesak dan sempitnya alam kubur.


2. PSS menyaran supaya pembaca berfikir dan menghayati kesusahan masyarakat yang bergelap setiap malam kerana tidak mendapat bekalan elektrik, khususnya masyarakat Sabah.


3. PSS menyeru pembaca merenung gelapnya masa hadapan anak bangsa dan tanah air tanpa ada usaha bersungguh-sungguh umat untuk kembali kepada terang sinar Islam.


4. PSS mengecam sebarang bentuk aktiviti yang dijalankan samada dalam masa satu jam tersebut atau bersempena dengan Earth Hour, yang terkeluar daripada lingkungan syariat Islam, atas keyakinan bahawa kemusnahan dan kerosakan total datang dari kuasa Allah.


Jadikan sejam dalam kegelapan sebagai medan muhasabah, selangkah lebih kehadapan daripada orang lain. Selamat Bermuhasabah..

Monday, March 23, 2009

Siapakah PSSKB? Dan siapa pula KRUKB?

Muqaddimah
Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayangNya Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud (PSSKB) kini semakin dewasa dan berusaha untuk melahirkan pelapis-pelapis di medan dakwah ini. Rentetan dari artikel bulan Februari lalu yang bertajuk 'Sejarah Awal Perjuangan PSS' yang ditulis oleh Jannah04, kali ini saya akan menulis mengenai visi, misi dan objektif PSS khususnya PSSKB.

Pengenalan PSSKB & KRUKB
Persatuan Siswazah Sabah (PSS) merupakan satu badan NGO yang berdaftar secara sah dengan kerajaan dan PSSKB merupakan salah satu cawangan daripada PSS ini. PSSKB mempunyai visi yang sama sejak awal penubuhannya iaitu menjadikan PSS sebagai entiti terpenting di Kota Belud. Manakala misinya dipinda sedikit daripada misi awalnya iaitu melahirkan ahli PSS dan remaja (KRU) yang berketrampilan melalui aktiviti yang berbentuk ilmiah bagi mewujudkan bi'ah solehah di Daerah Kota Belud. Antara objektifnya pula adalah memperkenalkan PSS diperingkat sekolah-sekolah di Daerah Kota Belud, melahirkan remaja Islam yang mempunyai aqidah Islamiyah yang kukuh, membentuk remaja Islam yang berperibadi mulia berlandaskan ajaran Islam yang syumul dan memberi galakan kepada remaja Islam untuk suka mengikuti program yang berbentuk pemantapan peribadi, komunikasi dan sahsiah.

PSS (termasuklah PSSKB) mempunyai satu kelab yang khas untuk para remaja yakni para pelajar peringkat menengah iaitu Kelab Remaja Ukhwah (KRU). Ianya mempunyai matlamat tersendiri untuk melahirkan para remaja yang berakhlak mulia yang bebas dari gejala sosial yang kian parah melanda masyarakat kini.Untuk keterangan lanjut berkaitan kelab ini bolehlah layari http://d-kru.blogspot.com.

Risaukan keselamatan anak-anak?
Mungkin ramai ibu-bapa dan guru-guru risau jika membenarkan anak-anak mereka keluar pada waktu malam mengikuti program-program atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Itu adalah perkara baik yang perlu ada pada seorang ibu, bapa atau guru. Tetapi... haruslah difikirkan secara matang kebaikan-kebaikan yang diperolehi apabila membenarkan anak-anak keluar berprogram. Seandainya ia membawa kearah kebaikan apa salahnya jika mereka dibenarkan membentuk identiti mereka sendiri demi keselamatan mereka di akhirat. Ataupun kita sudah yakin keselamatan mereka di akhirat terjamin dengan hanya duduk di rumah menonton TV, tidur 24 jam dan makan bila rasa nak makan tanpa menghiraukan suruhan agama yang langsung tidak diperingatkan?

Harapan kepada masyarakat
Kami dari warga PSSKB dan KRUKB ingin menyatakan harapan kami agar masyarakat dapat menerima kami dengan sebaiknya demi Islam tercinta. Kami membawa Islam berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah dan bukanlah membawa mana-mana ajaran sesat yang terdetik dalam kotak fikiran masyarakat Islam zaman moden ini. Adakah mengajak supaya bersolat 5 waktu, berpakaian menutup aurat yang dikatakan ketinggalan zaman, menghadiri majlis-majlis ilmu itu merupakan ajaran sesat? Atau menonton TV berbentuk hiburan di rumah, meninggalkan solat walau satu waktu, berpakaian yang tidak cukup kain mengikut acuan Barat itu perkara baik dan bermanfaat? Fikirkan sendiri... Ingatlah kata-kata kumpulan Devotees, "tiada bahagia tanpa iman..tiada kebahagiaan tanpa Islam di jiwa."

P/S:
- Mohon kemaafan andai ada kata-kata yang mengguris perasaan pembaca.
- Sebarang komen/ respon amat dialu-alukan dan bolehlah dihantar ke pss_kb@yahoo.com

Hamba Allah yang dhaif penggerak psskb09

memori qiam bulan Mac

promote baju KRUKBalamak... kamera la...
smile... peace...
"selama ini.. ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan ini..." (ni la teman2 seperjuangan adik2)jom makan... jangan lupa 3 suapan pertama untuk sahabat...mohon maaf ya... semoga bertemu lagi qiam akan datang...

Alhamdulillah... qiamullail bulan Mac ini telah pun dijalankan dengan baiknya. Syabas dan tahniah kepada adik-adik KRU yang bertungkus-lumus menjayakan qiam kali ini walaupun tanpa bantuan dari PSSKB. Adalah juga, cuma memantau. Teruskan usaha kalian... Jadikan cabaran sebagai pemangkin untuk meneruskan perjuangan.

Tuesday, March 10, 2009

PENGUMUMAN

Dukacitanya dimaklumkan bahawa program "Marilah bangkit semula" anjuran Alumni SMATS (SMKA Tun Said) dengan kerjasama KRUKB pada 13-15 Mac 2009 ditunda ke 27-29 Mac 2009 atas sebab-sebab tertentu. Mohon kemaafan atas segala kesulitan...

salam Maulidur Rasul 1430H

Tanggal 12 Rabiul Awal 1430H bersamaan hari Isnin, umat Islam meriah dengan sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati kelahiran Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Rasanya semua maklum sirah kekasih Allah ini. Semoga kita mendapat iktibar dari perjuangan Baginda. Banyakkan selawat, semoga beroleh syafaat di akhirat kelak...

Wednesday, March 4, 2009

Are you Muslim?

Kami sayang Islam
Jadi, kena pertahankan Islam dan ummat Islam. Tapi... kenalah bersatu."Ya Allah... bantulah saudara seIslam kami di Palestin"

Monday, March 2, 2009

Bertemu lagi untuk program bulan Mac

Jom meriahkan lagi program KRUKB...

u/p: Rehlah muslimat telahpun dijalankan pada 15 Februari yang lalu dengan penyertaan yang amat memberangsangkan. Gambar rehlah muslimat tidak dapat disiarkan kerana tiada dalam simpanan admin.

Bengkel Pengurusan Organisasi 2009

Buat julung kalinya Program Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) KRUKB dapat dijalankan pada 1 Mac 2009 (Ahad) melibatkan semua ahli KRU setiap sekolah. Semoga gerak kerja selepas ini berjalan dengan lebih baik...

Tahniah dan terima kasih buat warga PSSKB yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Teruskan perjuangan!

catat...jangan tak catat... buat rujukan akan datang....
dengar baik-baik ya apa penceramah cakap tue... penting tau...
antara peserta yang hadir.. erk, mana yang lain?

Sunday, March 1, 2009

berlalunya qiam Februari

Alhamdulillah... Qiamullail kali ke-2 pada 28hb yang lalu berjalan dengan baik walaupun ramai tidak dapat hadir terutamanya muslimat disebabkan perubahan tarikh yang sepatutnya pada 27hb.. Namun, qiam bulanan ini dapat juga dijalankan dengan izinNya dan program kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran SCPPSS untuk slot Celik Palestin.

Semoga adik2 dan sahabat2 sekalian diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan membawa Islam ini... Penghargaan dan terima kasih buat pihak yang banyak membantu... khususnya SCPPSS, muslimat UiTM, ahli PSSKB dan khasnya KRUKB.

khusyuknya dengar kuliah...bagus, bagus, bagus... inilah syabab yang diperlukan untuk pemimpin masa depan.
mantapnya ukhwah... semoga berkekalan ya...
nie lah wajah2 ceria pada pagi yang indah... ntah dah mandi ke blm nie... (^,^)
main bola konon...posing jak banyak tue...