Thursday, December 31, 2009
Perkampungan KRUKB 09
Friday, December 25, 2009
Jihad Akademik; 8A PMR!
KRU KM; Islam Di Hatiku
Kota Marudu mempunyai 13 masjid dan 32 surau berbanding 90 gereja, belum di ambil kira masjid dan surau yang berfungsi atau mati. Islam menyusup masuk ke pelusuk desa dan pedalaman, tidak sempat melekat roh dan izzahnya sebelum direnjat semula oleh kelompok sebelah sana. Gemilang sejarah perjuangan Shariff Osman sekitar tahun 1900 membebaskan 'Bandau' dari cengkaman penjajah tidak diwarisi semangatnya oleh penduduk Islam tempatan. Hanya di sini-sana, kedengaran kisah-kisah tokoh yang berhempas-pulas di tempat sendiri memastikan Islam terus mendapat tempat biarpun yang menjadi inspirasi hanyalah pahala yang tidak kelihatan oleh mata kasar insani.
Monday, December 14, 2009
Konsert Tour De Tahfiz Nazrey
Meriah! Walaupun pada mulanya dewan nampak malap dan suram akhirnya meriah dengan kehadiran penduduk Kota Belud yang memenuhkan Dewan Rasa Sayang Kg. Bobot. Konsert ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul dana untuk membangunan pusat tahfiz di Ranau.
Konsert yang dianjurkan secara mengejut ini sememangnya amat mengejutkan masyarakat juga ahli PSSkb yang dikhabarkan hanya dalam masa sehari. Semoga kredit2 yang ikhlas dihabiskan untuk menjemput warga KB untuk memeriahkan konsert ini mendapat ganjaran disisi Allah.
Semoga usaha murni ini memberi kesedaran kepada masyarakat Sabah amnya dan penduduk KB khasnya.
Monday, December 7, 2009
Kem Kepimpinan Pelajar 2009 (KemPin ’01) KRUkb
Syukur juga dipanjatkan kerana program ini mencapai objektifnya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Namun, bagi seorang pejuang halangan dan rintangan itu tidaklah melemahkan semangat perjuangan kerana itulah asam garam perjuangan. Para peserta, AJK juga penceramah yang tersesat jalan menuju tapak program menunjukkan perjuangan itu penuh rintangan. Namun, kita dapat menjumpai tapak program itu apabila mengikuti jalan yang grable bukanlah jalan yang senang dan mudah.
Nasi yang bubur dihari pertama program juga dirasakan begitu enak apabila dicampur dengan bahan2 perasa. Jika hari pertama nasi tidak habis, pada hari kedua dulang menjadi licin dan hari ketiga tidak sabar menunggu masa makan. Begitulah ibaratnya perjuangan, akan menjadi manis jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan penuh kefahaman bukan atas dasar semangat semata-mata. Apatah lagi ditambah dengan perisa ukhwah fillah sesama sahabat seperjuangan.
Pesanan buat adik2 yang baru mengenal erti perjuangan dan kepada sahabat2 yang telah arif tentang perjuangan, ingatlah matlamat perjuangan kita iaitu menegakkan Islam di muka bumi Allah ini dan mencari redhaNya. Hayatilah dan fahamilah lagu tema program ini...
Gelombang Keadilan
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah di nanti
Tak takut cita-cita gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Ku tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga.
Teruskan perjuangan walau dimana kita berada dalam keadaan apa jua pun.
- Kita bukanlah pemula dan pengakhir kepada perjuangan ini tetapi penyambung kepada rantai perjuangan yang dimulakan oleh para Rasul dan Nabi terdahulu.
- La tahzan wala takhof, innallaha ma’ana.