Labels

Friday, August 27, 2010

Salam Nuzul Al-Qur'an

Al-Qur'an adalah buku manual yang Allah bekalkan kepada kita.
Jadikan ianya sebagai teman karib kita.

KRC KB 2010

Kem Remaja Cemerlang (KRC)
Kota Belu
d
21-22 Ogos 2010 (Sabtu-Ahad)
KB Riverside Kg, Sembirai Kota Belud
Alhamdulillah... KRC kali ini berlangsung dengan lancar dengan izin Allah SWT semata. Ini merupakan KRC kali ke-2 yang dijalankan bertempat di KB dengan penyertaan semuanya dari pelajar2 KB. Namun, ini pertama kali PSSKB mengadakan program di tempat (KB Riverside) ini, tempat yang agak advance sedikit. Penyertaan kali seramai 41 orang.
AJK menyambut kedatangan peserta dan ibubapapendaftaran pesertapeserta khusyuk mendengar taklimat

Pengisian yang begitu menarik telah disampaikan oleh penasihat PSSKB sendiri iaitu En. Jumat, jemputan dari KK iaitu En. Anuar Ali dan jemputan khas dari Sarawak iaitu Us. Nazmi yang menyampaikan slot motivasi dan muhasabah bersama ibubapa. Walaupun penyertaan dari ibubapa kurang memberangsangkan, namun slot ini tetap dijalankan dengan baik.
LDK 1: ciri2 remaja cemerlangLDK 2: halangan dan cabaran untuk berjayaLDK 3: time management

Seronoknya program bulan Ramadhan ini dapat berbuka puasa, bertarawih dan bersahur bersama sahabat2 seperjuangan. Apatah lagi sahabat yang sekian lama tak bertemu.
Iftar jama'ie..selamat menjamu selera..
solat tarawih berjemaah

Tidak lupa kepada penyumbang utama program ini Radix HPA. Ribuan terima kasih diucapkan atas sumbangan yang diberikan. Terima kasih daun keladi...lain kali sumbanglah lagi... (^,^)
ambillah makanan yang berkhasiat yang baik untuk kesihatan

Terima kasih buat semua tenaga penggerak KRC KB 2010 atas doa, usaha dan kerjasama kalian. Alhamdulillah kesan program ini agak baik sepertimana yang kita harapkan. Semoga adik2 peserta yang hadir beroleh KEJAYAAN yang CEMERLANG di dunia dan akhirat. Kami sentiasa mendoakan kalian.
Saya Boleh! Kita Boleh!! Islam lagi Boleh!!!
HIDUP MULIA MATI SYAHID (^,^)

Saturday, August 14, 2010

KRC 2010; akan datang!

KEM REMAJA CEMERLANG (KRC) 2010 Kota Belud

Tarikh : 21-22 Ogos 2010

Tempat: KB Riverside

Anjuran: PSS Kota Belud

Yuran : RM10.00

Terbuka kepada calon PMR, SPM dan STPM!


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mana2 AJK KRC 2010 atau terus dail talian 014-5564589 (Pengarah) & 013-7013314 (Timb. Pengarah).

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan 1431H... Kehadiranmu dinanti, pemergianmu ditangisi.

Selamat menyambut Ramadhan 1431H/2010M

Dari warga PSS/KRU KB.

Jom ramai2 memeriahkan pesta Ramadhan... banyak hadiah dan bonus menanti kita. Peluang terbuka setahu sekali.. Rebutlah peluang ini selagi stok umur masih ada!

Indahnya Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat,bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)


Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (HR Tirmidzi)


Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.'

"Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.

2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.'

(H.R Ahmad)