Labels

Thursday, November 10, 2011


ISLAMIC SUMMER CAMP KOTA BELUD TAHUN 2011 KEMBALI LAGI

“Remaja Cinta DAKWAH,

Penentu Tamadun UMMAH”


v Bakal diadakan pada 23 dis-25 dis 2011


v Anjuran Persatuan Siswazah Sabah & Kelab Remaja Ukhuwwah

v Oleh itu, kami amat memerlukan bantuan kewangan dari semua untuk melancarkan program ini…

v Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Persatuan Siswazah Sabah (Kota Belud)

v 22-101-118487-4 (Bank Rakyat).

v Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

v Sdr. Iqbal fikri anafiah : 013-5406860 / 016-8221801

(Pengerusi PSSKB)

BANTUAN DARIPADA KALIAN DIDAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.



TABUNGAN AKHIRAT ANDA BAGAIMANA ??



Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

(Surah Al Baqarah: Ayat 245)

Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang

yang Zalim.

(Surah Al Baqarah: Ayat 254)


Jum sama-sama menginfaq


Monday, May 30, 2011

KRISKB 2011; tabah menempuh ujian


Penggerak KRIS 2011
27-27 Mei 2011; Kem Remaja Islam kali ke-4 telah dijalankan dengan baik bertempat di Rumah Kebajikan Darul Bakti. Kehadiran peserta melebihi 110 orang ini meliputi pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah sekitar Kota Belud dan Kota Marudu.Pada asalnya, KRIS tahun ini hendak diadakan di SMK Usukan tetapi seminggu sebelum program, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa tapak sekolah digunakan untuk program sekolah.

Antara peserta muslimat KRIS

Gelagat peserta muslimin bersama Kem Kom
Maka dengan itu, AJK KRIS berusaha untuk mencari tapak program yang baru dan akhirnya membuat keputusan untuk berprogram di Darul Bakti setelah dicadangkan oleh seorang sahabat. Tapak program yang menghadapi masalah air dan tidak cukup penginapan memberi sedikit masalah kepada program untuk berjalan dengan lancar. Walaupun banyak ujian yang datang, Alhamdulillah semua ujian dapat dihadapi dengan tabah.

Khemah; penginapan AJK/ fasi KRIS
PSSKB mengucapkan syabas dan tahniah buat semua AJK KRIS 2011 kerana berjaya mengadakan program pada tahun ini dengan baik. Tahniah juga kepada semua ahli KRUKB kerana buat pertama kalinya program KRIS dijalankan seratus peratus oleh KRUKB dan berjaya menghimpunkan peserta dari semua sekolah seluruh KB termasuk SMK Narinang dan SMK
Tambulion yang julung-julung kalinya mengikuti program KRIS ini.

Slot LDK
Tahniah juga buat semua peserta kerana ketabahan anda mengikuti program KRIS hingga keakhirnya walaupun menghadapi banyak ujian. Semoga ilmu yang dikutip dapat diamalkan dan dimanfaatkan.
Peserta khusyu' mendengar penerangan exporace

Explorace
Terima kasih diucapkan kepada pihak Darul Bakti kerana membenarkan KRIS KB berprogram di tapak ini. Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat dari KM, Tuaran dan UTM yang banyak membantu program ini. Hanya Allah yang layak membalas jasa kalian. Mohon kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang perjalanan program ini.

Semoga program KRIS KB pada tahun ini mencapai matamatnya.
"Membina Generasi Rabbani".

Saturday, May 21, 2011

KRISKB datang lagi!


Kem Remaja Islam (KRIS) Kota Belud akan diadakan pada:
Tarikh: 27-29 Mei 2011
Tempat: Darul Bakti KB

Semoga program KRIS yang bakal tiba ini berjalan dengan lancar dan mendapat redha Allah SWT. "Sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah."

Sunday, April 24, 2011

Kem Kepimpinan SMATS

17-19 April 2011; Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud telah dijemput menjadi fasilitator dan memberi pengisian sempena Kem Kepimpinan SMKA Tun Said pada tahun ini. Kem ini disertai oleh 74 orang ahli MPP sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, PRS dan pengawas pusat sumber.

Kump. Amir Hamzah bersama fasinya Pengerusi PSSKB
Antara pengisian yang menarik semasa kem ini adalah kuliah berkaitan pengurusan dan protokol, LDK membina istana pasir, eksplorasi dan banyak lagi pengisian yang menarik.

Majlis penutupan program

Suasana ketika menjamu selera
Walaupun pengisian yang agak tegas dan keras namun ia bertujuan untuk mendisiplinkan peserta yang bakal memimpin para pelajar di sekolah.

Riadhah; Follow the Leader
Diharap segala terkasar bahasa terguris kata sepanjang kami PSSKB mengendalikan pengisian program ini hendaklah dimaafkan dan dijadikan iktibar buat kita semua.

LDK; membina istana pasir
Kepada warga pendidik SMATS, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kami peluang untuk berprogram bersama-sama warga SMATS. Segala kelemahan mohon berbanyak-banyak kemaafan. Semoga program ini dapat melahirkan pelajar yang berkepimpinan serta berakhlak mulia.

LDK; main bola tanpa peraturan

Sunday, April 17, 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang KRUKB

1 April, Jumaat: Persatuan Siswazah Sabah telah mengadakan majlis kesyukuran atau Majlis Anugerah Pelajar KRUKB. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru, ahli PSSKB dan KRUKB bagi meraihkan dan memanjatkan rasa kesyukuran atas kejayaan dan kecemerlangan adik-adik KRUKB dalam peperiksaan SPM dan STPM 2010 yang lalu.
Antara pengisian majlis ini ialah bacaan Yasiin dan bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Sdr. Adzmin dan ucapan alu-aluan serta pengisian ringkas oleh En. Jumat selaku Penasihat PSSKB.
Seterusnya, majlis penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM 2010. Disini dapat dibuktikan bahawa seseorang yang aktif dalam gerak kerja Islam juga boleh cemerlang dalam akademik dengan syarat hendaklah rajin berusaha dan bijak mengurus masa.
Anugerah Pelajar Cemerlang KRU 2010; Sdr Nornisa (4A SPM)
Dikesempatan ini, warga PSSKB dan KRUKB ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat adik-adik yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi yang kurang berjaya jangan bersedih, peluang masih ada dan terbuka luas.
Anugerah Pelajar Cemerlang KRU 2010; Sdr Halimatus Saadiah (CGPA 3.67 STPM)
Anugerah Pelajar Cemerlang KRU 2010; Sdr Sariah (CGPA 3.33 STPM)
Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang teruskan usaha. Buktikan bahawa adik-adik juga boleh berjaya dengan cemerlang!

Thursday, March 24, 2011

TARBIYAHLAH DIRI DENGAN TAQWA


Kita sering mendengar perkataan taqwa. Hampir tiap minggu para khatib di mimbar-mimbar masjid memperingatkan jamaah yang bersolat juma'at agar selalu bertaqwa. Perkataan taqwa ini kerap difahami sebagai takut atau khasyyah. Kadangkala ia difahami sebagai suruhan melakukan segala jenis kebaikan. Pada waktu yang lain ia difahami sebagai perbuatan menghindari kemurkaan Allah. Demikianlah, berbagai pengertian dan makna yang difahami oleh kita mengenai perkataan taqwa. Dalam pengertian yang mudah difahami taqwa bolehlah kita ertikan sebagai melindungi diri dari maksiat dan menghindarkannya dari dosa.

Taqwa merupakan suatu bekalan yang sangat berguna kepada kita untuk mengemudi kehidupan di dunia ini agar tidak karam dalam lautan jahiliyyah. Tidak kira siapa kita, apa pangkat, apa jawatan ataupun status yang kita miliki. Taqwa perlu ada dalam kehidupan kerana taqwa adalah sebaik-baik bekal untuk berjaya sebagai hamba Allah.

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”.

(Ali Imran : 102)

Pada peringkat permulaan dakwah, Nabi saw telah mentarbiyah sahabatnya dengan konsep takwa yang sebenar sehingga mereka menjadi suatu generasi yang unik dan telah berjaya menempah sejarah yang sangat gemilang buat tamadun Islam. Hasil dari tarbiyah inilah lahir individu-individu yang hebat seperti Saidina Abu Bakar as Siddiq, Saidina Umar al Khattab, Saidina Usman bin Affan, Saidina Ali bin abi Thalib dan sahabat-sahabat yang lain.

Baginda telah mengajar kepada umat ini bahawa pembinaan individu perlulah bermula dari dalam diri. Hasilnya akan terjelma dalam bentuk luaran yang kita kenal sebagai akhlak dan tingkah laku. Konsep ini disebut sebagai “inside to outside”. Pembinaan seperti inilah yang akan membentuk manusia itu menjadi seorang yang kuat dan cekal dalam menempuh halangan dan rintangan perjuangan. Semua halangan dan rintangan yang mereka hadapi dipandang kecil kerana mereka yakin bahawa Allah yang Maha Berkuasa terhadap segala-galanya.

Nabi SAW telah bersabda :

“Taqwa itu di sini...”

Baginda mengulangi ayat ini sebanyak tiga kali seraya menunjuk ke arah dadanya. Taqwa itu letaknya di hati manusia. Sudah menjadi lumrah kalau dalamnya itu baik insya-Allah luarnya pun akan baik sama. Adalah menjadi satu pembohongan yang besar sekiranya kita berpendapat sebaliknya.

Taqwa tidak dinilai dengan melihat pada kopiah, serban dan juga jubah. Atau pada labuhnya tudung dan purdah yang dipakai muslimat. Ataupun makan dengan menggunakan tiga jari...Kadang kala kita terserempak dengan manusia yang mempunyai ciri-ciri penampilan seperti ini tetapi malangnya akhlak dan tingkah laku mereka sangat keji.

Pembinaan yang bermula daripada penampilan luaran semata-mata bukanlah jaminan kepada taqwa atau tidak seseorang itu. Penampilan akan berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. Akan tetapi sekiranya taqwa itu disemai dari dalam diri insya-Allah taqwa akan berkekalan.

Sebagai seorang da’ie perlulah difahami bahwa taqwa tidak dapat dicapai dengan hanya mengubah penampilan luaran mad’u semata-mata tanpa mengubah hati yang berada di dalam diri mereka.

“Dalam diri manusia hati merupakan raja manakala anggota yang lain itu merupakan rakyat. Sekiranya raja itu baik maka baiklah keseluruhan rakyatnya”.

Dalam mentarbiyah, kita mesti memberikan kefahaman yang benar kepada mad’u agar pembinaan mereka benar-benar menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw iaitu dengan “membangunkan konsep iman dan taqwa yang kuat dalam diri” .

Wahai da’ie...Kita perlu musahabah cara kita mentarbiyah mad’u. Mungkin berlaku kesilapan dalam kita mentarbiyah mereka. Kesilapan dalam mentarbiyah inilah yang akan melahirkan individu muslim yang belum benar-benar “solid” dan tidak menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan.

Firman Allah SWT :

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

(Al Hasyar : 18)

Hasil dari kesilapan ini kita akan menemui orang-orang yang konsisten menghadiri usrah mingguan tetapi masih belum berupaya meninggalkan tabiat “merokok” dan melakukan perkara-perkara yang “lagha”. Kadang kala kita terserempak dengan orang-orang yang baik penampilan luarannya, mereka memakai kopiah dan bertudung labuh tetapi tidak segan-segan mengaku yang mereka itu sedang “bercouple”. Kata mereka; kami “couple Islamic”...

Di antara kesilapan besar yang telah kita lakukan dalam mentarbiyah ialah :

Kita menyuruh mad’u “mengaji al Quran”, tetapi kita lupa menekankan bahawa mereka juga perlu “mengkaji ayat-ayat al Quran” yang telah mereka baca. Hasilnya lahir individu yang hanya pandai membaca Quran tetapi mereka gagal untuk memahami ajaran Islam yang sebenar. Mereka buta Islam!

Kita mewajibkan mad’u untuk menghadiri usrah mingguan tetapi kita lupa untuk memahamkan mereka tentang kepentingan usrah dalam kehidupan berjamaah. Hasilnya kita ada mad’u yang hanya istiqamah menghadiri usrah tetapi gagal dalam melakukan gerak kerja dakwah. Mereka sangat pasif dan hanya tunggu arahan baru mahu buat kerja.

Kita menyuruh mad’u “mendirikan solat” tetapi kita lupa untuk menekankan kepada mereka agar “memelihara solat” tersebut. Mendirikan solat bermaksud, solat bilamana kita mendengar azan atau telah masuk waktu manakala memelihara solat itu bermaksud melakukan solat diawal waktu, berusaha bersungguh-sungguh untuk khyusuk dan memelihara diri daripada perkara yang boleh membatalkan solat. Hasilnya kita dapati ramai mad’u yang istiqamah solat lima waktu tetapi malangnya solat itu gagal mencegah mereka dari perkara yang keji dan mungkar.

Itulah serba sedikit kesalahan kita dalam mentarbiyah. Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita muhasabah dan rasanya tidak mampu untuk kita bentangkan kesemuanya dalam keterbatasan ruang dan waktu ini.

Akhirnya...

Segala permasalahan yang berlaku di dunia ini adalah berpunca daripada manusia. Untuk mengubah dunia ini kita perlu mengubah manusia itu terlebih dahulu dan untuk mengubah manusia itu kita perlu mengubah hati mereka. Untuk mengubah hati manusia tiada cara lain yang boleh digunakan melainkan kita menyemai rasa taqwa dalam diri agar timbul rasa cinta dan harap pada Sang Pencipta iaitu Allah Azza Wajalla...

Marilah kita sama-sama menilai sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Adakah diri kita telah benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT atau kita hanya pura-pura bertaqwa dengan menjaga penampilan luaran semata-mata. Ingatlah sahabat sekelian, bahawa Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha mendalam Ilmu-Nya...

Friday, March 18, 2011

PERKHEMAHAN KRU KB 2011

Soff pimpinan muslimat KRU dan PSSKB
12 Mac; Sabtu: Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Caw. Kota Belud telah mengadakan perkhemahan Kem Membina Generasi Murobbi yang dihadiri oleh pimpinan KRUKB sesi 2011. Program tiga hari ini bermula Sabtu pagi berakhir Isnin tengah hari. Walaupun dalam suasana hujan dan banjir di sekitar KB, namun ia tidak mematahkan semangat para ajk dan peserta untuk meneruskan program.
latihan fizikal
Antara perkara yang diberi penekanan dalam program ini ialah pentingnya menjaga ketepatan masa, kepentingan memberi ketaatan kepada pemimpin, bijak menyusun strategi, kepentingan ukhwah dan banyak lagi.
1 for all!
Sepanjang program, peserta disumbatkan dengan pelbagai kuliah dasar dan outdoor activity seperti kawad kaki, masak sendiri, kembara malam dan lain-lain lagi.
Bariss!!!
Semoga program ini memberi manfaat kepada peserta juga ajk. Diharapkan pengisian perkhemahan ini dihadam dengan sebaiknya dan terus diamalkan.
kami mujahid setia!
Ahli PSSKB yang beretungkus-lumus menjalankan pengisian program.

Wednesday, March 16, 2011

Qiamullail KRUKB Feb 2011

26 Feb 2011; sabtu: Qiamullail KRU KB kali pertama telah diadakan dengan lancar sekali. Walaupun sasaran peserta telah dihadkan tetapi kehadiran program bulan ini masih melebih 80 peserta dari sekolah-sekolah sekitar Kota Belud. Ahli panel forum bertajuk "Cinta Pertama VS Cinta Utama"

Bermula tahun 2011 ini, program qiamullail bulanan telah dikurangkan kepada 2 bulan sekali setelah dimusyawarohkan oleh pimpinan KRU dan PSSKB dengan beberapa asbab tertentu.

Antara peserta muslimin yang hadir

Dengan itu, sentiasa ada pelajar yang sering bertanya tentang qiamullail kerana merindui majlis ilmu. Semoga syi'ar Islam terus tersebar di bumi KB ini.

Peserta muslimat khusyu' mendengar forum

Semoga adik-adik istiqamah dalam menyebarkan syi'ar Islam di muka bumi ini. Yakinlah dengan janji Allah... Allah yang memegang hati-hati manusia ini, tiada siapa yang mampu merungkaikan ikatan hati manusia melainkan Allah jua.

"MEMBINA GENERASI ISLAM"

Friday, February 25, 2011

Mabruk 'alaikunna!

Salam tahniah buat pendokong KRUKB yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2010 yang yang lalu. Pendokong seperti inilah yang kita perlukan, bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas sebagai pelajar disamping sebagai pendokong gerak kerja Islam. Walaupun sibuk dengan peperiksaan tapi masih ada masa untuk aktiviti persatuan dan bijak mengatur masa untuk keduanya.
Sdr Sariah mengendalikan program BPO

Benarlah janji Allah "barangsiapa yang membantu agama Allah nescaya Allah akan membantunya dan mengukuhkan kedudukannya." Apa yang penting kita kena yakin dengan janji Allah dan bijak mengatur masa.
Sdr Halimah sempat meneliti fail lajnah semasa BPO

Semoga adik-adik KRU yang lain dapat mencontohi mereka. Diharapkan adik-adik semua cemerlang dalam peperiksaan di dunia dan akhirat! Doa kami sentiasa mengiringi kalian.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

BPO 2011

Sabtu, 19 Feb; Kelab Remaja Ukhwah Cawangan Kota Belud (KRUKB) telah mengadakan Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) untuk semua ahlijawatankuasa KRUKB pada sesi 2011 ini. Bengkel ini merupakan program tahunan KRU di bawah pantauan Persatuan Siswazah Sabah Kota Belud (PSSKB) untuk melatih AJK KRU yang baru dilantik pada setiap tahun.
Antara pengisian bengkel ini adalah kuliah tanggungjawab sebagai pemimpin yang disampaikan oleh penasihat PSSKB sendiri, kepentingan usrah yang disampaikan oleh pengerusi PSSKB, LDK dan lain-lain lagi.
Diakhir program ini, diadakan majlis penyerahan fail lajnah untuk setiap wakil lajnah. Semoga gerak kerja KRUKB pada tahun ini berjalan lancar dan lebih baik dari tahun-tahun lalu.Semoga usaha yang sedikit ini dinilai disisi Allah dan mendapat keredhaanNya.

"BERSAMA MEMBINA GENERASI ISLAM"

Wednesday, February 2, 2011

Milad Sa'id....

Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-24 kepada En. Fauzi, selaku Pengerusi PSSKB merangkap Timbalan Presiden PSS.
Terima lah hadiah ikhlas dari sahabat-sahabat seperjuanganmu ini. Hehehe...
Semoga panjang umur dan murah rezeki. Teruskan perjuangan!

"Sebaik-baik manusia ialah yang apabila bertambah usianya bertambah juga amalannya."

Tuesday, February 1, 2011

Projek ekonomi KRUKB 2011

* Sahabat-sahabat boleh mendapatkan bookmark, note book, planner, poster dan pelbagai lagi produk KRUKB dengan harga yang berpatutan.
* Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan AJK Lajnah Ekonomi KRUKB atau mana-mana AJK KRUKB yang terdekat dengan anda.
"BERSAMA MAJUKAN EKONOMI KRUKB"

Saturday, January 1, 2011

AGM KRUKB

Mesyuarat Agung Tahunan
Kelab Remaja Ukhwah Kota Belud
1 Januari 2011 (Sabtu)



Agenda:
1) Ucapan Pengerusi KRUKB 2010
2) Ucapan Pengerusi PSSKB
3) Pembentangan laporan setiausaha 2010
4) Pembentangan laporan bendahari bendahari 2010
5) Pembubaran Tanzim KRUKB 2010
6) Perlantikan Tanzim KRUKB 2011
7) Ucapan Penutup
8) Jamuan ringan

Tanzim KRUKB 2011
Pengerusi: Mohd. Ezzul (Sempen)
Timb. Pengerusi: Nornisa Kelim (Sempen)
Setiausaha: Lilik Suriani (Semtasi)
Bendahari: Raj (Sempen)

Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan: Suzianni (SMARD)
Lajnah Dakwah & Kemasyarakatan: Rosa (Sempen)
Lajnah Penerbitan & Informasi: Rabiatul Nazira (SMK Takis)
Lajnah Sukan & Rekreasi: Abd Hadi
Lajnah Ekonomi: Norhanizawati (Sempen)

Tahniah dan takziah buat pimpinan dan AJK baru KRUKB 2011. Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.