buat sahabat2...
Kita bakal
pemimpin bukan?
Bukan lagi
pemimpin di tempat-tempat yang khusus, malah kita pemimpin dunia.
Bukan lagi
pemimpin pada masa-masa tertentu, malah pada setiap masa untuk diri kita
sendiri terutamanya.
Pemimpin
yang berjaya, seharusnya mempunyai matlamat yang jelas dan cara kerja atau
strategi yang sukses demi mencapai sebuah kemenangan yang nyata dan disegani.
Haruskan seorang pemimpin itu disegani?
Ya,
seharusnya selagi dia tidak melanggar segala undang-undang yang telah
digariskan Allah S.W.T. Ya, seharusnya selagi dia tidak menjadikan nafsu
sebagai cara kerja memimpinnya.
Dan kita
para daie adalah pemimpin yang sebenarnya. Kitalah yang mengendalikan dakwah.
Memimpin
manusia untuk mengenali apa erti lurusnya sebuah jalan. Mengajar manusia untuk
lebih memahami apa erti sebenar sebuah kebenaran. Meletakkan manusia untuk
berada di tempat yang bercahaya.
Jalan yang
lurus, itulah jalan yang mesti ditempuh. Jalan yang lurus, itulah jalan yang
mesti diikut.
Jalan yang
lurus, itulah jalan yang penuh kesusahan. Jalan yang lurus, itulah jalan yang
tidak akan memberikan erti kepuasan dengan cepat. Jalan lurus inilah mengajar
para daie untuk terus berusaha.
Kerana apa?
Kerana
inilah tugas pemimpin. Perlu memuaskan hati rakyatnya.
Dan untuk
bumi ini, Islam itulah adalah kepuasan untuk penduduknya. Iman itu adalah
cahayanya.
Tidak cukup
hanya dengan keadilan undang-undang, jika sebelumnya tidak wujud Iman. Tidak
cukup hanya dengan kuasa yang ada jika sebelumnya tidak wujud Iman. Kerana
dengan Iman, undang-undang akan tercipta dengan sendirinya.
Lihat
sahaja sirah terdahulu.
Apabila
larangan meminum arak diturunkan, serta-merta bandar Mekah itu banjir dengan
minuman-minuman keras.
Mereka
bertegas mencampakkan botol-botol arak yang ketika itu berada dalam tangan
mereka.
Dari Anas
Bin Malik A.S :
"Aku memberikan minuman
khamar kepada Abu 'Ubaidah dan Ubay bin Ka'ab, lalu datang orang
mengatakan:" Sesungguhnya minuman keras telah dilarang". Maka Abu
'Ubaidah berkata: "Hai Anas! Berdirilah dan tumpahkanlah minuman keras
itu!" Lalu saya tumpahkan kesemuanya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Inilah
kuasa Iman yang lebih tinggi kuasanya dari kuasa hakim-hakim seluruh dunia.
Kuasa Iman yang tinggi mampu menundukkan apa jua jenis kuasa dunia.
Sebut apa
jua peraturan, jika tiada Iman sebelumnya, anda akan melihat betapa ramai ummat
manusia akan melanggarinya. Kerana itu, ummat manusia sekarang ini kian tidak
mengerti betapa pentingnya Iman.
Maka,
seharusnya menjernihkan Iman kita terlebih dahulu sebelum berusaha menjernihkan
iman manusia yang lainnya. Barulah pemerintahan itu akan tersinar
kesuciannya.Dan lebih terjamin kuasanya !
Ajar
manusia erti kebinasaan. Ajar manusia erti kehancuran. Inilah simboliknya
keadaan tanpa Iman. Besarnya pengaruh kebinasaan ini sehingga kita akan terlupa
betapa pentingnya nilai dan harga sebuah Iman.
Seharusnya
kita mengenali jiwa-jiwa pemimpin agung yang sudah terbukti sejarah hidup
mereka penuh kegemilangan.
Kenali
kelebihan mereka. Kenali cara kerja mereka. Kenali matlamat mereka. Kenali
potensi-potensi diri mereka. Paling penting, kenali betapa sucinya perjuangan
mereka!
Bagaimana
Rasulullah S.A.W memimpin sehingga namanya, peribadinya masih diketahui sehingga
kini?
Bagaimana
As-Syahid Hassan Al-Banna mampu mengubah dunia sehingga namanya dikenali
sehingga kini?
Bagaimana
Syeikh Ahmad Yassin memegang tampuk kekuasaan sehingga dia disegani sehingga
kini?
Bukalah
lembaran sejarah hidup mereka sahabat2....
Pemimpin
itu akan sentiasa menjadi tauladan bagi orang yang diperintahnya. Dia ibarat
sumber cahaya menerangi kebenaran. Dia ibarat sumber tenaga memberi semangat
kepada rakyatnya.
Di sinilah
betapa pentingnya qudwah hasanah. Rasulullah S.A.W juga mendahului dakwahnya
dengan sifat-sifat yang mulia. Gelaran al-Amin yang diberikan merupakan satu
kelebihan yang nyata.
Seluruh
penduduk Mekah mengenali Baginda S.A.W. Malangnya, setelah datangnya Islam,
gelaran itu seolah telah menghilang, semacam tidak pernah wujud.
Walhal pada
hakikatnya, al-Amin pada diri Baginda S.A.W tidak pernah hilang! Malah, Baginda
S.A.W berterusan menjadi ikutan para sahabat yang lainnya.
Maka,
lahirlah para sahabat yang tidak kurang juga hebatnya. Abu Bakar A.S yang
terkenal dengan kelembutannya. Umar A.S yang terkenal dengan ketegasannya.
Betapa
penting seorang daie itu menanamkan keinginannya untuk memimpin ummat manusia.
Bukan gilakan kuasa, tetapi gilakan kemenangan agar Islam tertegak di atas muka
bumi ini.
Tohmahan
yang tinggi mengajar seorang daie itu tidak gentar dengan cabaran. Apa yang
perlu ditakuti adalah jika seorang daie itu tidak pernah melakukan sebarang
percubaan.
Demikianlah,
hakikat diri seorang pemimpin manusia. Pemimpin yang mahu menjadikan Islam itu
undang-undang dunia.
sumber : I Luv Islam