Labels

Wednesday, March 14, 2012

Qiamullail Kali ke-2 KRUKB

Assalamualaikum Warahmatullah.. 

         InsyaAllah pada 16-17 Mac 2012, Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) cawangan Kota Belud sekali lagi akan menganjurkan program Qiamullail bulanan buat kali kedua pada tahun ini. Oleh itu, dijemput adik-adik untuk datang sama-sama meraih ilmu dalam program kali ini. Berikut ialah ketetapan program Qiamullail kali ke-2 KRUKB :



Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

....................................

...Jum sama-sama mendalami Fitrah Cinta kita kepada ALLAH dan RASULULLAH ...





Iktibar semalam...

Assalamualaikum… 

Salam perkongsian, kami bukanlah seorang penulis yang pakar, namun berusaha untuk memakarkan diri dalam segenap aspek setakat yang termampu… disini dicoretkan sebuah kisah ringkas, kisah BENAR… 



Sebelum berkisah… izinkan ana membahasakan diri sbg aku… 

Aku merupakan seorang pelajar IPG . Sudah menjadi lumrah sbg pelajar, KKP / Projek atau (assignment, utk lebih senang difahami) dipertengahan sem ni berlambak… sama seperti insan yang bergelar pelajar yang lain. hendak diceritakan malam itu, perjumpaan dengan sahabat kumpulan untuk membuat satu kerja kumpulan, oleh kerana beberapa kekangan perjumpaan di lewatkan pada jam9. Selepas isyak tu ana “stay” di surau untuk menyiapkan tugasan yang lain… memang rancangannya seperti itu. 

      Dalam kesibukan meneliti kertas-kertas yang ada, aku dikejutkan dengan bunyi kain pemisah antara muslimin dan muslimat, seorang kanak-kanak lelaki sedang memandangku, “kakak seorang ? buat apa?... aku memandangnya sambil tersenyum dan berkata, sedang buat kerja rumah…. Ooo… katanya lalu menutup langsir kembali… 

        Sekitar 30 minit berlalu, aku terdengar bunyi diluar masjid.. “belum balik lagi ka adik tadi” soalku dalam hati…. Sekali lagi kain pemisah antara min dan mat diselak… betul sangkaan ku adik tadi belum lagi balik “kakak lama lagi?”( lagaknya seperti sedang menunggu, ) soalnya… ummm…. “ya, adik kenapa masih belum balik lagi? soalku, jawabnya, saya mau temankan kakak, bahaya seorang2 katanya” terkeduku seketika… kakak buat apa tu? Macam banyak jak, sambungnya, … aku hanya mampu tersenyum, adik tinggal mana soalku? Tinggal kat luar (sambil menunding jarinya kesatu jalan) dihujung… ooo… kata ku, adik balik lah dulu, kataku nanti kena marah… kakak siapkan dulu kerja kakak nanti kakak balik saya pun balik lah.. umm… bersungguh adik ni kataku, adik siapa nama? Saat itu langkahnya menghampiri ku, dia meenjeling-jeling kertas yang aku letakkan atas sejadah surau… nama saya Abdul (bukan nama sebenar)..ooo.. 

          Ku abaikan seketika kerja yang sedang ku buat, terasa ingin mengenali adik yang” Unik” (bagiku), ku soal lagi adik ini untuk meneliti latar belakangnya… adik tahun berapa soalku, tahun 4 jawabnya… dia mengusulkan soalan kepada ku, kakak kenal mak cik cleaner yang bekerja di blok A (satu blok d kampus).. ummm??? Mana satu ya, soalku, aku jarang ke blok A melainkan ada urusan penghantaran memo atau lain-lain. dia mengukuhkan hujahnya … ada tu… perempuan yang bertudung… aku masih x mengenali, aku terus bertanya, kenapa? Itu emak ku… ooo… tahulah aku dia anak seorang cleaner. 

           Ibu tidak marah lambat balik? Soalku, tidaklah kak, dirumah saya selalu kena marah, bagus saya ke surau ni… jawapannya mengundang perasaan ingin tahu tentang adik ini… adik nanti besar nak jadi apa? Soalku, dia jawab saya mau jadi engineer… bagusnya. Walaupun seorang budak sudahpun mempunyai cita-cita yang mantap… ku kaji pula latar belakang keluarganya,bapa dimana? Soalku… bapa kat Johor…. (mungkin bercerai agakku), aku melanjutkan soalan, bapa kerja apa soalku?… bapa doktor , ooo… doktor jawabku... ( dalam kepelikanaku berfikir, anak orang berada rupanya adik ni)… doktor bagusnya … “doktor jarum diri sendiri kak” jawabnya… aku terkedu dan masih belum dapat menangkap apa yang cuba adik ini sampaikan, doktor jarum diri sendiri??? soalku… dadah kak jawabnya… aku terkejut… dari riak wajah adik itu, dia berwajah tenang… sukar aku meluahkan walaupun perkataan “ ooo”… aku menelan air liur… ( bahasa adik ini seolah-olah orang yang matang)… dia menyambung lagi… dia bercarai dengan emak,ditangkap sebab dadah . Jadi sekarang tinggal dengan emak jak la… soalku, ya… ada bapa tiri, tambahnya lagi… hatiku berbisik.. oo mungkin bapa tirinya baik… “bapa tiri kerja apa?”… bapa tiri sama juga katanya, kena tangkap semalam kedapatan dadah katanya… kali ini aku begitu tersentak… baguslah tu katanya…selalu dia pukul emak, minta duit… kalau tidak bagi dia pukul… adik ni meluahkan perasaannya… saat mendengar cerita adik ini lidah ku benar-benar telah kelu untuk bertanya… walaupun begitu ujian hidupnya… riak wajah adik ini bercerita masih “slumber “… aku pula yang tersentuh… 



            Saat terkedu dan terdiam… adik ini bertanya… kerja kakak dah siap? Kakak buatlah nanti kakak kena marah oleh cikgu tidak siap kerja rumah… aku memandang kertas-kertas yang aku tinggalkan tadi… aku tersenyum memandangnya… kakak perlu salin benda ni semua? banyaknya… tambahnya lagi… aku hanya mampu membalas dengan senyuman… fikiranku bukan lagi pada kertas kerja yang ada.. fikiranku tertumpu pada adik ini… aku sengaja memegang kertas untuk melegakan hatinya… ku aju lagi soalan… adik sekolah kat mana… sy sekolah di SK….. (sek berhampiran xpelu disebut sekolahnya), adik mau masuk U?? mau… jawabnya… tapi kalau masuk U kena bayar lagi kan… mahal katanya, (adik ni memang telah berfikir kedepan)… kat sini ada kos jurutera? Soalnya. Jawabku disini tiada kelas untuk orang yang mau jadi jurutera… disini untuk jadi guru sahaja, kalau mau jadi engineer di UMS ada dan universiti lain ada… jadi adik kena belajar rajin-rajin… sem lepas dapat nombor berapa soalku? Nombor 10 jawabnya… xpa nanti kena belajar rajin-rajin dapat nombor 1, saranku… 

           “di sekolah kawan-kawan selalu kacau”… sabar jaklah katanya, ada satu haritu kawan-kawan kacau, dorang halang saya, kata adik itu… kenapa soalku? Masa tu saya mau selamatkan seekor kumbang dalam air… kawan-kawan saya halang, dorang ejek saya… kenapa dorang halang saya padahal kumbang tu pun mau hidup juga bah tambahnya lagi… ummm… adik ni tinggi sangat ehsannya… 

       Boleh kakak ambik gambar? soalku… boleh jawabnya.. (dalam fikiranku nakalku berfikir, benarkah yang didepan ku ini seorang adik. Ataupun…. Silap2 ambik gambar, besok gambar tu dah hilang… macam filem seram plak… )  

         
 Diringkaskan cerita, setelah dapat gambarnya aku pun mengajak adik ini pulang risau nanti adik ini menunggu lama… sifat prihatin adik ini menarik hatiku…soalnya sebelum kami berpisah… kakak berani balik seorang? Gelap tu… hati-hati katanya… berani jawabku… 

 kisah ringkas ini diceritakan bukan saja-saja… kisah adik pada malam itu membuatkan aku berfikir sehingga keesokan harinya… kasihan dengan nasib adik ini… antara pengajarannya:

 1.Bersyukurlah kita kerana dalam kita menghadapi masalah kehidupan mungkin kita masih OK berbanding apa yang adik ini rasakan, dari kecil telah merasai penderitaan, kiranya berada dalam keadaan yang malang namun keadaan inilah yang mengajar ianya erti kecekalan,prihatin dan mampu mempunyai cita-cita besar… jika kita berada ditempatnya agaknya adakah kita mampu untuk jadi sepertinya? Ataukah kita akan merunggut? Renung-renungkan… 

 2.Kecekalan semangat adik ini, walaupun diejek, berhadapan dengan masalah keluarga… ianya masih mampu mendapat no.10… dan mempunyai cita-cita yang tinggi… apa pula kejadian kita yang hidup dalam keadaan selesa? Bila ditanya cita-cita masih terfikir-fikir padahal matlamat adalah perkara yang utama… ( tp bukan bermaksud tinggalkan matlamat akhirat) sebagai ummat Islam kita kena mempunyai matlamat yang jelas. Cita-cita adalah uslub dakwah. 

 3.Ni pengajaran yang boleh diambil buat dalam lingkungan umur yang sesuai… carilah jodoh dengan teliti… carilah yang beriman, mintalah petunjuk Allah dalam memilih… kita tidak mengetahui apa yang berlaku dimasa akan datang… nauzubillah…

 Rasanya antum sendiri juga terfikir pengajaran-pengajaran yang lain… sama-samalah kita mengambil iktibar… setakat ini sahaja, syukran sudi menjadi pembaca… 

 P/s : maaf banyak tersalah tanda baca dalam cerpen ni… pembuka katanya banyak yang tidak diletakkan… harap-harap boleh faham. Wasalam…

Thursday, March 1, 2012

"Jejak Saudara" Di Kg. Linau


Assalamualaikum Warahmatullah..

Alhamdulillah..pada 25 Februari 2012 yang lalu. Persatuan Siswazah Sabah(PSSKB) telah mengadakan program “Jejak Saudara" yang diadakan di Kg.Linau Kota Belud. Pendekatan untuk turun ke lapangan dakwah seperti ini merupakan sedikit sebanyak usaha yang dapat dilakukan oleh PSS untuk membawa mesej Islam disamping membantu saudara-saudara Islam yang kurang berkemampuan di sekitar daerah Kota Belud.  Program sebegini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dan masyarakat.



Sdr. Ahmad Fauzi Saiffuddin menyampaikan ucapan aluan

Program yang bermula pada pukul 2.30 petang ini dimulakan dengan ucapan daripada saudara Ahmad Fauzi Saiffuddin. Seramai 12 orang ahli PSS Kota Belud termasuk beberapa orang ahli dari PSS Tuaran telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program kali ini. "Jejak Saudara" di Kg. Linau dapat membuka lagi mata para mahasiswa utuk melihat sendiri keadaan segelintir masyarakat di pinggir bandar yang hidup dalam serba kekurangan sekaligus dapat mendidik hati untuk lebih prihatin dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat amnya dan umat Islam khususnya. 

Pengisian yang disampaikan oleh kak Suraya

Seramai 40 orang fakir miskin di Kg.Linau telah menerima sumbangan sekampit beras daripada PSS dan walaupun sumbangan ini tidak seberapa, ia diharap dapat mengurangkan beban beberapa keluarga yang tinggal di Kg. Linau. 

"Sekampit Beras dari PSS"

Barisan Jawatankuasa Kg.Linau





Diantara penerima sumbangan yang hadir dalam program "Jejak Saudara"

Selesai sesi penyampaian sumbangan kepada 40 orang fakir miskin. Semua ahli PSS mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir sambil menikmati juadah minum petang yang disediakan oleh penduduk kampung dan PSSKB sendiri.





Banyak pengalaman yang dapat ditimba daripada program sehari ini. Walaupun hanya sekejap bersua dengan penduduk Kg.Linau, namun agak berat untuk meninggalkan mereka kerana keramahan dan penerimaan yang sangat baik daripada penduduk di kampung ini. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang bagi mengeratkan lagu  ukhuwah diantara mahasiswa dan masyarakat di luar. InsyaAllah


Kenangan bersama penduduk Kg.Linau Kota Belud