Labels

Monday, July 23, 2012

Majlis Tahlil Perdana sempena Ramadhan 2012

Assalamualaikum Warahmatullah

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Persatuan Siswazah Sabah(PSS) kawasan Kota Belud akan mengadakan Majlis Tahlil Perdana. PSS membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk sama-sama menjayakan masjlis ini. Borang penyertaan boleh dimuat turun di bahagian bawah.



Borang Tahlil Perdana (bahagian depan)


muat turun di sini

Borang Tahlil Perdana (Bahagian Belakang)


Muat turun di sini



Roadshow PSS dan KRU Kota Belud Ke SMK.Tambulion


15 Julai 2012 : Persatuan Siswazah Sabah(PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Cawangan Kota Belud telah mengadakan roadshow ke destinasi pertama buat tahun ini iaitu SMK.Tambulion Kota Belud. Ini merupakan lokasi bagi KRIS tahun ini, dan selepas KRIS melabuhkan tirai. Roadshow pula menyusul dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang berbeza buat adik-adik di sekolah.

Roadshow pada kali ini bermula seawal jam 8 pagi. Semua ahli PSS dan KRU Kota Belud bergerak ke SMK Tambulion untuk slot pertama. Selepas sesi pendaftaran, para peserta dan para AJK menunaikan solat sunat Dhuha di surau SMK. Tambulion. Keseluruhan pengisian program pada hari itu juga dijalankan di surau tersebut. Selepas selesai menunaikan solat sunat Dhuhah, para peserta mengambil tempat dan bersedia untuk mendengar kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Sdr. Iqbal Fikri Anafiah yang juga merupakan pengerusi PSS Kota Belud. Slot yang disampaikan bertajuk Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh.



Satu persatu sejarah berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh dikupas untuk memberi penghayatan kepada adik-adik tentang keunggulan peribadi yang ditonjolkan olehh Sultan Muhammad Al-Fateh. Perjuangan beliau dilandaskan kepada kekuatan akidah yang menyebabkan beliau sangat disegani dan menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Para peserta khsuyuk mendengar bait-bait kuliah yang disampaikan oleh Sdr. Iqbal Fikri. Semoga mereka dapat menghayati sejarah ketokohan sultan Muhammad Al-Fateh dan mengambil ibrah daripadanya.



Selepas selesai kuliah Dhuha, para peserta dihidangkan dengan juadah minum pagi. Waaupun agak sederhana menunya, namun ia agak sedap dijamah ditambah dengan gurau senda antara AJK dan peserta yang baru sahaja kenal antara satu sama lain. Semoga ukhuwwah yang terjalin ini akan berkekalan hendaknya. Selesai minumpagi, para peserta diberikan latihan dalam kumpulan (LDK) yang bertajuk bangunan straw. Mereka diberi masa selama 20 minit untuk membina sebuah bangunan menggunakan beberapa straw yang diberi. Setelah masa tamat, fasi mengaitkan hubungan di antara akidah seseorang manusia dengan keutuhan bangunan yang mereka bina tadi berlandaskan beberapa ciri. 





Selesai solat zohor dan makan tengah hari, berakhirlah slot pertama untuk hari tersebut. Slot 2 disusuli dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Walaupun tidak lama bersama dengan adik-adik di SMK. Tambulion, namun ukhuwwah yang terbina sudah pasti akan berkekalan. InsyaAllah. Bertepatan dengan tema roadshow pada kali ini iaitu "Dakwah itu Cinta", semoga cinta sesama saudara muslim yang terbina ini akan membibitkan lagi duta-duta dakwah di bumi Kota Belud. 

Kenangan bersama peserta-peserta di SMK.Tambulion

Tuesday, July 17, 2012

Qiamullail Edisi Istimewa Julai 2012

7-8 Julai 2012 : Persatuan siswazah sabah dan kelab remaja ukhuwwah telah Berjaya menngadakan program qiyamulail bulanan bagi bulan julai. Qiyamulail kali ini agak berbeza dengan qiyamulail lepas, ini kerana qiyam kali ini diadakan di Kg Pantai Emas, ianya sekali dianjurkan di bawah masjid kampung pantai emas.




Program seperti biasa pendaftaran bermula pada pukul 2.30pm, diantara slot khas pengisian yang diadakan adalah “apa khabar orang kampong” , pengisian untuk aktiviti ini, para peserta dikehendaki untuk mengedar risalah serta menjemput orang kampung untuk mendengar slot ceramah yang diadakan di masjid sekaligus menjemput untuk qiyamulail bersama. Disamping itu, ianya bertujuan untuk para peserta serta AJK beramah mesra dengan penduduk kampung. 



Pada malamnya, slot kuliah maghrib berkenaan “sunnah “yang disampaikan oleh saudara Ahmad Fauzi Saifuddin mantan pengerusi persatuan siswazah sabah kota belud dan kini merupakan timbalan presiden 1 persatuan siswazah sabah. Program diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh ustaz saifuddin merupakan mudir pondok fizilalil quran. Ceramah bertajuk “ ahlan wasahlan ya ramadhan”


Keeseokan harinya setelah melakukan solat qiyamulail. Para peserta meneruskan program dengan aktiviti pantai seperti bermain jala ikan dan penyakiit berjangkit, terdapat juga permainan bola, dan pelbagai permainan yang mempunyai mesej tersendiri yang mana khususnya adalah untuk memperkukuhkan ukhuwah. 



Lambaian ukhuwah mengakhiri slot pengisian untuk qiyamulail pada bulan ini. Salam pertemuan pada qiamullail yang akan datang, Description: https://s-static.ak.facebook.com/images/blank.gif