29 November 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kawasan Penaja Kota Belud telah mengadakan Konvoi motor ke Kg. Sayap Kota Bele. Konvoi ini telah disertai oleh 8 orang muslimin yang merupakan ahli PSS dan KRU Kota Belud dan enam buah motor telah digunakan untuk berkonvoi pada kali ini. Antara objektif penganjuran aktiviti ini ialah mengukuhkan silaturrahim dan ukhwah antara ahli. Semoga dengan aktiviti serupa ini, semangat ahli PSS dan KRU akan terus kuat untuk bergerak kerja.
Wednesday, January 9, 2013
Konvoi Motor PSS dan KRU Kota Belud
29 November 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kawasan Penaja Kota Belud telah mengadakan Konvoi motor ke Kg. Sayap Kota Bele. Konvoi ini telah disertai oleh 8 orang muslimin yang merupakan ahli PSS dan KRU Kota Belud dan enam buah motor telah digunakan untuk berkonvoi pada kali ini. Antara objektif penganjuran aktiviti ini ialah mengukuhkan silaturrahim dan ukhwah antara ahli. Semoga dengan aktiviti serupa ini, semangat ahli PSS dan KRU akan terus kuat untuk bergerak kerja.
Tuesday, January 8, 2013
Qiamullail Bulanan PSS dan KRU Kota Belud
Assalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh..
Alhamdulillah..
Pada november yang lalu,kelab remaja ukhuwwah
dan persatuan siswazah sabah kota belud (KRU&PSSKB) telah mengadakan
Qiamulail yang dilakukan pada musim cuti
sekolah. Program Qiamulail bulan ini bertemakan
Jom Hijrah dimana ianya bersempena awal hijrah 1434.
Program Qiamulail kali ini dihadiri sebanyak
33 orang peserta dari muslimin dan muslimat. Alhamdulillah,walaupun musim cuti
sekolah dapat juga peserta-peserta yang mengikuti program ini meluangkan masa
dengan menghadirkan diri ke taman-taman syurga.
Qiamulail
kali ini berbeza daripada qiamulail yang sebelumnya kerana program kali ini
mengajak semua peserta untuk berjelajah iaitu turun ke pekan mengedarkan
risalah tentang hijrah sekaligus mengajar peserta-peserta kali ini cara
berdakwah kepada masyarakat dan aktiviti ini dinamakan jelajah dakwah.
Seterusnya,selepas
bersolat maghrib secara jemaah kami telah melakukan usrah secara
berkumpulan.Usrah kali ini lebih kepada perbincangan tentang penghijrahan diri
peserta.Selepas itu,kami solat isyak berjemaah dan sesudah siap mendirikan
solat isyak terdapaat slot seterusnya iaitu ceramah agama yang bertajuk tentang
hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Bonsu
iaitu mufti JAKIM. Pengisian ceramah kali ini banyak menceritakan tentang
penghijrahan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan juga ukhuwwah yang terjalin
antara muhajirin dan ansar.
Usrah
dilakukan selepas slot ceramah,peserta bersama Fasililator kumpulan
masing-masing membuat bulatan cinta mereka yang mana intisari cerita tentang
hijrah dan juga perjalanan setiap peserta semasa mengedarkan risalah kepada
masyarakat.
Hari kedua
peserta diisi dengan melakukan qiamulail pada 2/3 malam.Selepas qiamulail,solat
subuh berjemaah dan membaca Al-mathurat. Slot seterusnya ialah peserta
melakukan LDK di perkarangan kawasan masjid dengan melakukan 1 aktiviti yang
memerlukan idea peserta-peserta untuk memikirkan cara penyelesaian bagi
aktiviti tersebut.Selepas slot LDK,peserta dijamu dengan sarapan seterusnya melakukan
kerja-kerja amal iaitu membersihkan kawasan masjid.Selepas selesai melakukan
amal kebajikan, peserta berkumpul di
dalam masjid untuk slot resolusi dan seterusnya lambaian ukhuwwah dari peserta
dan ajk .
Monday, January 7, 2013
Mari Mengenali Islam
Assalamualaikum
para pembaca yang di kasihi, Selamat Tahun Baru Masihi 2013 yang pastinya bakal mencipta jalan
kehidupan yang baru buat kita semua. Selagi belum sampai ajalnya. Oleh hal yang
demikian, perihal pertama yang perlu kita pastikan di dalam kehidupan kita di
tahun baru ini, kita perlulah hidup dengan Islam secara keseluruhannya.
56.
dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. (adzariyat: 56)
Mari kita
belajar (ulangkaji bagi yang telah mengetahui) berkenaan Islam dan
ciri-cirinya.
19. Sesungguhnya ugama
(yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (al-imran:19)
Ciri-ciri Islam ada 6, keenam
ciri-ciri inilah yang membezakan Islam dengan agama yang lain.
1. Rabbaniyyah
2. Syumuliyyah
3. Alamiyyah
4. Waqi’eyyah
5. Inqilabiyyah
6. Thabat Wa Murunnah
Jum kita tinjau setiap satu-satu ciri
Islam
1.
Rabbaniyyah
Membawa
erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana
segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila
mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.
Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:
1. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.
Kesan Rabbaniyyah

a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
b. Mengenal fitrah
c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri
d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu
2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.
Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.
>Kesan sumber dan manhaj rabbani
a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
b. Terhindar dari pengaruh kekayaan
c. Islam sesuai untuk semua manusia
d. Mendapat penghormatan dan kehebatan
2.
Syumuliyyah
Ia
bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah
mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil
urusan sampailah ke sebesar-besar perkara.
1. Sudut kesyumulan Islam
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesame manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).
Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.
2. Keadilan
Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga.
3. Kehakiman
Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.
Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah.
4. Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.
Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.
5. Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
6. Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.

3.
Alamiyyah
Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.
Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:
a. Dharuriyyat
Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.
b. Hajiyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.
c. Tahsiniyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.
4. Waqieyyah
Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada.
5. Inqilabiyyah
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah.
6. Thabat dan Murunah
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.
Semoga apa yang kita pelajari diatas
memberi manfaat buat pembaca sekalian, sama-sama mempelajari dan memperbaharui
ilmu yang kita ada semoga kita lebih dekat dengan NYA… J jumpa
lagi di entry akan datang.
Wasalam…
Subscribe to:
Posts (Atom)