Tidak lama lagi
peperiksan SPM dan STPM akan berlangsung di seluruh negara.Pastinya adik-adik
yang bakal menduduki peperiksaan ini berasa sangat gemuruh menanti hari itu
tiba.Ada juga yang sudah berasa yakin untuk menghadapi peperiksaan kerana
berasa cukup dengan persediaan yang telah mereka lakukan.Ramai yang menganggap
peperiksaan ini seperti perjuangan antara hidup dan mati,kerana peperiksaan
inilah yang akan menjadi penanda aras ke mana arah tuju mereka suatu hari
nanti.
Walau bagaimanapun
perasaan adik-adik semua,jangan pernah melupakan Allah dalam setiap perancangan
kita.Mungkin kita sudah bersungguh dalam berusaha,namun keberhasilan usaha kita
itu segalanya terletak pada ketentuan Allah.Walaupun kita berusaha
bersungguh-sungguh,namun kejayaan itu telah Allah tentukan bukan milik
kita,maka ia tidak akan berlaku.Letakkan Allah di hadapan dalam setiap tindak
tanduk kita.Insya Allah hidup kita akan lebih diberkati dan kejayaan akan
mengiringi.Ingatlah kalam cinta dari Allah dalam surah ali-'Imraan ayat 159
yang bermaksud:
Kemudian
apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang
bertawakkal kepadaNya.
Mungkin ada yang
tertanya-tanya,kenapa ada orang yang tak solat,tak tutup aurat,tak ikut
perintah Allah,tapi boleh berjaya dalam peperiksaan.Malah dapat 'straight A'
lagi.Yang solatnya tak tinggal,amalannya mantap,tidak juga mendapat
kejayaan.Pasti pernah kadang-kadang terlintas di fikiran kan?
Pembaca yang disayangi
sekalian,
Sebenarnya,kejayaan itu
merupakan satu ujian buat kita.Ada orang yang berjaya,langsung terus melupakan
Allah.Ada juga yang sebelum berjaya,memang tidak bergantung harap kepada
Allah.Dan apabila berjaya,dia terus semakin jauh dari Allah.Kenapa hal ini
berlaku?Kerana kejayaan itu tidak diredhai oleh Allah.Bahkan ada juga yang
apabila berjaya,mereka berkata,"Lihatlah aku.Aku tak solat.Tak jaga
aurat.Tapi boleh berjaya."Inilah yang dikatakan istidraj:nikmat yang Allah
kurniakan kepada orang yang kufur,agar bertambah kekufuran mereka.Ada yang
berjaya dalam hidup,punya karier yang bagus,punya wang dan harta kekayaan,namun
jiwanya tidak tenang.Kerana dia tidak mendahulukan Allah dalam
kehidupannya.Lantas dia tenggelam dalam ujian kesenangan.
Hakikatnya hidup ini
adalah ujian.Allah berfirman dalam surah al-Mulk ayat 2:
"(ALLAH)
yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu
yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ”
Peperiksaan yang bakal
adik-adik hadapi juga merupakan satu ujian.Ujian yang menentukan adakah anda
akan bergantung harap kepada Allah,ataupun melupakan Allah dan menumpukan terus
kepada usaha.Ingat!Jika tidak ada redha Allah dalam hidup kita,maka jadilah
kita insan yang terumbang-ambing.Ya,kita boleh saja berjaya,namun kejayaan itu
menyebabkan kita semakin jauh dari Tuhan.Kita boleh saja punya harta yang
banyak,namun harta itu akan menyebabkan kita tenggelam dalam kesenangan.Jika
tiada iman,maka kita akan sanggup berbuat apa sahaja yang kita suka.
Oleh itu,bermula dari
peperiksaan ini,latih diri untuk menjadi hamba Allah yang mengaku lemah di
hadapanNya,bukan menjadi orang yang bongkak dan menyombong diri.Perbanyakkan
doa dan solat sunat,hinakan diri di hadapan Allah dengan harapan doa kita akan
diterima.Jika kelak doa kita itu tidak diterima,yakinlah bahawa Allah akan
menggantikannya dengan yang lebih baik.Yakinlah dengan janji Allah,
“ dan
(ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari
(nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (Surah Ibrahim ayat 7)
Moga-moga
adik-adik semua bakal mendapat kejayaan sebagaimana yang andaa inginkan.Dan
jangan sekali lupa untuk menyerahkan segala pengharapan kita kepada Allah.
Akhiru
kalam,selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM dari kami,Persatuan Siswazah
Sabah kawasan penaja Kota Belud.
Selamat
berjuang!