Labels

Thursday, June 15, 2017

KRIS 2017



Kem Remaja Islam KRIS 2017 Kali Ke-10

Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Kota Belud (PSS Kota Belud) akan menganjurkan KEM REMAJA ISLAM (KRIS) kali ke-10 pada ketetapan berikut:


📆 Tarikh: 7-9 Julai 2017
🕌 Tempat : SMKA TUN SAID KOTA BELUD

👉  Yuran : Rm15.00

Berminat, boleh hubungi saudara Muhammad Azuwan Bin Reji (Ajk penyertaan) di talian 011-1541 6518.

Sebarang sumbangan amat di alu-alukan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan Program Kem Remaja Islam kali ke-10.

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun: 22-101-118487-4
Bank Rakyat
Persatuan Siswazah Cawangan Kota Belud

Sila maklumkan sebarang transaksi yang dilakukan kepada saudari Mazni Mine (Bendahari Program) di talian 018-9625089.

seeru'ala Barakatillah

#AnalisaMuhasabahBersama
#RoadtoKris'10

Roadshow Ramadan 2017 PSS KRU Kota Belud

Destinasi 1:Smk Pekan 2 (Selesai)
#Misimemburuimandantaqwa













PROGRAM JALINAN MAHABBAH SIRI 2/2017

🕌 بسم الله الرحمن الرحيم
🕌السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
👉Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Cawangan Kota Belud dengan Kerjasama Ajk Surau Kg.Nahaba akan menganjurkan *Program Jalinan Mahabbah Siri 2/2017* mengikut ketetapan berikut:
📆 *17 Jun 2017 (Sabtu)*
🕌 *Surau Kg.Nahaba,Kota Belud*
PSSKB mengalu-alukan sumbangan sahabat2 untuk menjayakan program ini.
*🕌 PAKEJ 🅰 (Barang sumbangan)*
*_👉 Set Item_*
🔸 Beras × 50 kampit
🔸 Gula × 50 set
🔸 Kopi × 50 set
🔸 Minyak Masak × 50 set
*_👉 Anggaran set sumbangan_* = RM 30/set
*_🕌 Penaja boleh memilih untuk menaja set sumbangan (RM 30) atau set item barangan_*
*🕌 PAKEJ 🅱 (Kos Iftar)*
🔸 RM 10 × 100 orang
🚨 Sumbanglah mengikut kemampuan. Sumbangan tidak terikat kepada nilai pakej😊.
💰Sumbangan boleh disalurkan ke 👇:
🏧 *22-101-118487-4 ( Bank Rakyat)-Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Kota Belud*
Dan boleh menghubungi *Cik Mazni* di talian;
*018-962-5089*
Utk makluman bagi memudahkan urusan pengeluaran
🌹Semoga Allah mengurniakan keberkatan rezeki yang berlipat ganda dan dicatat sebagai pahala disisiNya di bulan yang mulia ini🌹
_#Sederap Melangkah,Memacu Perubahan_
Yang Berkhidmat,
*Mohd.Jainuddin Hj.Peran*
Pengarah Program,
Jalinan Mahabbah Siri 2/2017.
(013-890-6246)

Sunday, June 11, 2017

MEMOHON SUMBANGAN KEM REMAJA ISLAM KALI KE-10

[#MEDIAPSSKRUKB]

Assalamualaikum W.BT
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM KEM REMAJA ISLAM 2017 (KRIS) KALI KE-10
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Siswazah Sabah Kota Belud (PSSKB) akan mengadakan program Kem Remaja Islam 2017 (KRIS) Kali ke-10.
Berikut merupakan butiran program ; 
📆 Tarikh: 7-9 Julai 2017
🕌 Tempat : SMKA TUN SAID KOTA BELUD
Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan remaja yang cemerlang dengan menjadikan islam sebagai amalan dalam kehidupan seharian dalam menuntut ilmu dan mencari keredhaan Allah.
Selain itu, program ini juga merupakan salah satu wasilah untuk pihak kami (PSSKB) melebarkan lembahyung dakwah kami di bumi Kota Belud.
Oleh yg demikian, pihak kami amat berbesar hati sekiranya Tuan/ Puan/ Encik/ Cik dapat menyalurkan sumbangan untuk kami menjayakan Program kami pada kali ini.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun berikut :
👉🏽22-101-118487-4
👉🏽BANK RAKYAT
👉🏽PERSATUAN SISWAZAH SABAH CAWANGAN KOTA BELUD

Moga dengan sumbangan anda mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t
🌹

Sebarang pertanyaan sila berhubung kepada ;
📞 Sdr Wajihudin 019 8317852
📞 Sdri Mazni 018 9625089


🌸Andai semua HARTA adalah racun, maka SEDEKAHlah penawarnya.
🌸Jika seluruh UMUR adalah DOSA, Maka TAQWA dan TAUBAT adalah ubatnya.
🌸Jika semua BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN adalah penyuciannya.





Wednesday, May 31, 2017

Roda Kehidupan : Terkadang Di atas Terkadang DI Bawah


Menangis, puas meraung. Jiwa sedih, kecewa, dan hancur. Terasa dikhianati, disakiti dan hati seakan dirobek-robek hingga luka berdarah. Berbaur segala macam perasaan yang menyesakkan dada. Hampir sahaja kaki ini tak kuat berdiri, hampir sahaja tubuh ini rebah ke bumi. Andai Allah tidak memasakkan iman yang masih tersisa.
Ingin sahaja diceraikan nyawa daripada jasad. Biar sakit ini pergi. Nauzubillahi min zalik. Begitulah gambaran perasaan seorang insan yang sedang hebat diuji.

Wahai jiwa yang bergelar hamba. Mari kita tinggalkan sebentar cerita duka lara, biar saya bawakan satu analogi kehidupan yang boleh kita jadikan pengajaran untuk merawat luka.

Sahabat, cuba kita renungkan sesuatu. Bukankah kita ini manusia yang hidup di bumi Sang Pencipta? Planet bumi yang sangat taat pada arahan Tuhan untuk kekal berputar pada paksinya.
Saya ingin bertanya, pernahkah kalian terfikir kenapa agaknya Allah menciptakan bumi itu berputar?
Ya, dari segi saintifiknya memang ada jawapan pada persoalan yang diajukan.
Putaran bumi telah menjadi asbab kewujudannya siang dan malam, faktor kejadian empat musim, jua sebagai satu kaedah untuk pengiraan masa dan tahun. Dan banyak lagi kaitannya fakta saintifik dengan putaran planet bumi. Subhanallah.
Tapi bukan itu yang ingin diketengahkan. Saya ingin kalian memikirkan satu yang lebih dekat dengan kehidupan kita sebagai manusia. Salah satu ibrah yang Allah ingin kita fikirkan.
Baiklah. Berhenti dengan teka-teki yang menjadi persoalan. Biar saya beritahu sahaja.
Wahai teman. Sedarkah kita, kehidupan ini sebenarnya persis seperti putaran sang Bumi. Bagaimana? Kerana kehidupan kita saling silih berganti antara suka dan duka seiring dengan putaran bumi yang tidak pernah berhenti menukar ganti posisi kita ke atas dan ke bawah.

Ya, hidup ini juga begitu. Roda kehidupan yang turut berputar tidak selalu meletakkan posisi kita untuk sentiasa berada di atas.

Adakalanya walau tanpa kita pinta, kesedihan akan tetap hadir menghuni jiwa saat ia berputar ke bawah.
Ada waktunya kita disapa kegembiraan. Kecapi kebahagiaan hingga tak lekang bibir kita mengukir senyuman. Waktu itu kita gah berada di posisi paling atas di puncak kenikmatan.
Namun ada suatu waktu di mana kebahagiaan kita direnggut, ketawa bertukar menjadi linangan air mata. Musibah hadir menggantikan sebuah kegembiraan. Dan saat itulah kita sedar bahawa kita telah jatuh ke posisi paling corot dalam kehidupan.
Dan begitulah sunnatullah takdir yang berlaku hingga ke helaan nafas yang terakhir. Harusnya kita bagaimana?

Sahabat, hidup ini sebenarnya hanya mengenai syukur dan sabar. Syukur saat kamu memperoleh nikmat dan sabar saat kamu ditimpa musibah. Bicara yang cukup mudah. Namun melaksanakannya terlalu payah bukan? Saya mengerti.
Tapi bukankah Allah telah mengatakan bahawa kita pasti akan diuji hingga zahir tulusnya keimanan? Jadi terimalah. Dan Allah menjanjikan syurga buat kita yang berjaya. Tidak mahukah?
Bayangkanlah syurga yang tidak tertanding keindahannya mana mungkin dicapai jika kita hanya duduk sahaja.

Sedangkan jika kita mahu mencari sebutir mutiara pun memerlukan kekuatan untuk kita menyelam ke dasar lautan. Inikan pula ingin menggapai syurga yang jauh lebih indah.

Maka harusnya lebih besar pengorbanan dan usaha yang diberikan.
Kerana itu saya merayu. Tetapkanlah kesabaranmu saat diuji dengan kepayahan. Janganlah berputus asa daripada rahmat Illahi.
Sungguh Allah tahu kamu penat, Allah tahu kamu sakit. Allah tahu setiap titis air mata yang jatuh dari tubir matamu. Allah tahu betapa dalamnya luka yang tercalar di hatimu.
Tapi harus diingat Allah tidak menguji, melainkan dengan sesuatu yang pasti kita mampu hadapi. Kamu hanya perlu percaya.
Yakinlah. Kamu pasti boleh laluinya. Cubalah menolehkan pandangan ke belakang. Berapa banyak pancaroba kehidupan yang telah berjaya kamu lepasi? Siapakah yang memudahkan perjalanan kamu jika bukan Tuhanmu?
Berdoa kepadaNya memohon pertolongan dengan sabar dan solat. Pasti Allah kabulkan. Siapakah yang mengabulkan setiap permintaan orang yang berdoa jika bukan Pencipta yang Esa?
Ayuh kuatlah. Dunia ini tidak lebih daripada hanya sekadar senda gurauan. Untuk apa kamu bersedih pada sesuatu yang akan luput.

Bangkit daripada kesedihan kamu, melangkahlah ke hadapan dengan berani dan persiapkan diri kamu untuk sebuah kehidupan yang kekal di akhirat nanti.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut ayat 2-3)
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Al-Mulk ayat 2)

Penulis: Nur Izzati


Tuesday, May 30, 2017

JELAJAH RAMADHAN PSS 9.0 2017







Peluang PAHALA Bulan Ramadhan, Menaja Asnaf yang MEMERLUKAN
Persatuan Siswazah Sabah membuka ruang kepada orang ramai untuk menaja keluarga terpilih dalam kalangan asnaf berbentuk kewangan dan akan diagihkan keperluan makanan kepada keluarga terpilih di beberapa daerah.
Jelajah Ramadhan PSS merupakan program tahunan yang khusus diadakan pada bulan Ramadhan sejak tahun 2009 di bawah kelolaan Exco Masyarakat dan Kebajikan, Persatuan Siswazah Sabah.
Pada tahun ini, Jelajah Ramadhan PSS mensasarkan golongan asnaf untuk diberikan sumbangan keperluan dapur yang mengandungi kelengkapan seperti berikut :

1. Beras
2. Minyak masak
3. Gula
4. Susu pekat
Setiap pek tajaan sumbangan bernilai RM30.

Ayuh bersama membantu golongan kurang berkemampuan untuk mereka meneruskan hidup, menjalani bulan puasa dengan kecukupan dan rebut peluang pahala sempena bulan Ramadhan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank PSS :
🔰 560232120295
🔺Sumbangan dibuka sehingga 8 Jun 2017
🔺 Penyerahan sumbangan dijalankan pada 11 Jun 2017
📞 Sebarang transaksi atau pertanyaan, sila hubungi;
👤 Rusneyni -- 014 8741618
👤 Laudin -- 019 5331876
Bantu kami SHARE post ini agar lebih ramai dapat membantu mereka yang memerlukan.