Labels

Tuesday, June 16, 2009

Pahlawan Berserban Merah

(Pahlawan Berserban Merah) Oleh: Abu Dujanah JrNama penuh beliau ialah Abu Dujana Sammak ibn Kharsha. Beliau merupakan seorang dari kaum Ansar dan merupakan antara yang terawal di kalangan mereka yang menerima Islam. Di dalam sirah, beliau terkenal dengan keberaniannya dan sesuatu yang unik tentang beliau ialah beliau memakai semutar merah yang dililitnya pada kepalanya. Apabila beliau memakai semutar merah ini,



ia melambangkan bahawa semangat juang dan jihad beliau sedang memuncak dan beliau bersedia untuk berjihad dan syahid di jalan Allah s.w.t. Di dalam Perang Uhud, yang merupakan perang yang penting di dalam sejarah Islam selepas Perang Badar, Rasulullah melarang tenteranya dari memulakan peperangan kecuali setelah menerima arahan dari Baginda, Rasulullah menampil dirinya yang lengkap dengan baju besi, seraya merangsang sahabatnya untuk berperang, mengingatkan mereka supaya bersabar dan berdaya juang di saat pertembungan sengit,



seterusnya Rasulullah memberi semangat keberanian dan pertahanan diri pada jiwa-jiwa sahabatnya, pada kemuncaknya Rasulullah mengeluar dan menjulang pedangnya dengan berkata: “Siapakah yang sanggup mengambil pedang ini dan menunaikan haknya dengan sebenar? Maka bangunlah beberapa orang untuk mengambilnya, di antara mereka ialah Ali bin Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Umar bin al-Khattab, akhirnya bangun Abu Dujanah Sammak bin Kharsyah sambil bertanya: “Apakah haknya wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah (s.a.w): “Hendaklah pukul muka-muka musuh Allah hingga melentok”. Maka jawab Abu Dujanah: “Akulah orangnya yang akan menunaikan hak pedang itu wahai Rasulullah”. Lantas Baginda pun menyerahkan pedang itu kepada Abu Dujanah.



Abu Dujanah adalah seorang wira yang berani, beliau menyombong semasa berhadapan dengan seteru, beliau mempunyai semutar berwarna merah, orang ramai akan mengetahui bahawa beliau akan berperang hingga ke titisan darah terakhir bila mana beliau membelit kepalanya dengan semutar merah itu. Sebaik sahaja beliau menerima pedang itu dari Rasulullah, terus beliau membelit kepalanya dengan semutar merahnya itu, beliau berjalan di antara dua saf dengan lagak kesombongannya, di ketika itu Rasulullah bersabda: “Sebenarnya lagak jalan sebegini dibenci Allah kecuali di suasana sebegini”. Ketika asakan begitu sengit di sekeliling panji musyrikin ianya juga berlaku di tempat-tempat yang lain, semangat orang Islam semakin memuncak di kalangan mereka, hingga dengan itu mereka terus menerkam ke arah tentera musyrikin bagaikan ombak melanda benteng, dengan selogan yang mereka laungkan di hari Uhud, “Amit, Amit” matilah matilah.



Abu Dujanah pula yang telah pun membelit kepalanya dengan semutar merah, menghunus pedang Rasulullah dengan tekad melaksanakan tugasnya yang dijanjikan, beliau meluru ke tengah-tengah orang ramai, asal bertembung dengan musyrik pasti dikerjakannya, beliau bagaikan menolak barisan musyrikin dengan asakannya. Sebelum ini al- Zubair bin al-Awwam terkilan juga; “Semasa ku memohon supaya Rasulullah menyerah pedangnnya itu pada ku lalu Baginda enggan memberinya pada ku malah diserahkan kepada Abu Dujanah, ku berbisik pada diriku, bukankah aku ini anak Sofiah ibu saudaranya, daku ini dari bangsa Quraisy pula, daku yang datang sendiri di hadapan Baginda, daku yang mendahuluinya,


namun Baginda tidak memberikannya, demi Allah aku ingin lihat apa yang beliau hendak lakukan? Aku ekorinya, kemudian aku ternampak beliau mengeluarkan sehelai kain merah lalu dililit kepalanya”, maka orang-orang Ansar pun berkata: “Abu Dujanah sudah pun bawa keluar semutar maut”, di masa itu beliau berdendang: Daku ini yang dijanji kekasihku Semasa dipinggir di tepian tamar itu Ku bukan wira di belakang saf Pukulan ku pukulan pedang Rasul dan Allah. Setiap musyrik melintasi di hadapannya pasti dicantas, di masa itu terdapat seorang wira di kalangan musyrikin yang tegas, ku berdoa semoga wira Islam Abu Dujanah bertemu dengan wira musyrik itu, dengan izin Allah mereka berdua bertemu,



masing-masing saling memukul lawannya, si musyrik tadi menetak Abu Dujanah dengan pedangnya, tapi Abu Dujanah sempat menangkis dengan perisainya menyebabkan pedangnya patah, apa lagi Abu Dujanah pun menghayun pedangnya ke badan wira kafir tadi menyebabkan beliau terhumban ke tanah. Abu Dujanah merempuh baris’an-barisan peperangan hingga sampai ke barisan pemimpin kaum ibu musyrikin, tanpa disedarinya kata Abu Dujanah: “Di sana ku nampak seorang manusia yang mencakar seterunya, aku mara ke hadapannya sebaik sahaja aku hendak menetaknya tiba-tiba beliau menjerit, baru aku tahu yang ianya seorang perempuan, daku pun tidak jadi membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah, dari membunuh seorang perempuan”.



Perempuan itu rupanya Hindun binti Utbah. Kata al-Zubair bin al-Awwam: “Daku melihat Abu Dujanah menghayun pedangnya ke atas kepala Hindun binti Utbah, kemudian beliau tidak jadi menetaknya, ku berkata hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahui sedemikian”. Pada permulaan peperangan, Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada kumpulan pemanah supaya menjaga bahagian belakang kaum muslimin daripada serangan pihak musuh. Tetapi apabila kaum musyrikin mula berundur, kaum muslimin pada ketika itu Nampak seperti berada di ambang kemenangan.



Pada ketika itulah, 40 orang dari kumpulan pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas Bukit Uhud telah turun untuk mengumpul harta perang yang ditinggalkan oleh kaum musyrikin di atas sangkaan mereka telah mencapai kemenangan. Apabila kaum musyrikin melihat keadaan ini, mereka pun bertindak untuk menyerang kaum muslimin dari arah belakang. Pada ketika ini, kaum muslimin berada di ambang bahaya kerana tersepit di antara dua kumpulan kafir quraisy. Oleh sebab ini, askar quraisy telah berjaya mendekati Rasulullah s.a.w dan mencederakan baginda.



Selepas itu, ramai di antara para sahabat yang hebat membentuk perisai atau benteng untuk mempertahankan baginda. Antaranya ialah Abu Dujana. Beliau menerima banyak panahan dan tikaman tetapi sedikit pun tidak tergerak daripada posisinya. Ini membuktikan betapa cintanya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w sehingga sanggup berbuat demikian.Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, ketika di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, ketika Abu Bakar sedang memerintah, Abu Dujana mati syahid ketika menentang askar Musaylima al-Kadzhab yang merupakan pendusta yang menamakan dirinya rasul yang seterusnya.

Tuesday, May 26, 2009

REHLAH KRU & PSSKB 2009

salam ukhwah...

Jom beramai-ramai memeriahkan rehlah KRU & PSS KB pada 31 Mei ini. Yuran RM3 sahaja... Sebarang kemusykilan boleh hubungi AJK pelaksana...

Dilusi kesombongan, keruntuhan, dan kebangkitan

Rentetan sikap yang rakus. Manusia sering dibelenggu dengan tindakan mahu pun determination yang salah. Malah, manusia juga suka meninggi diri dan mengambil sifat sombong sebagai imej kendiri mereka. Habitual ini bukan suatu perkara janggal bagi semua orang. Tabiat tersebut sudah membiak di kalangan masyarakat sekian lama. Seiring dengan zaman yang meningkat, juga dunia kesombongan atau kerakusan tidak kurang hebatnya untuk mempengaruhi siapa saja yang lekang dalam keimanan.



Menyusuri dinamiknya dua sikap berkenaan itu juga menyaksikan sebuah kerajaan yang berhadapan dengan kehancuran. Walhal suatu ketika ia mendapat gelaran teragung dengan dipandang penuh kehormatan. Pandangan mereka disanjung, dan setiap kata putus yang dilontarkan oleh mereka akan diterima berdasarkan perspektif itulah yang terbaik.



Perkara inilah yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang. Kita dapat menyaksikan bagai mana bangunan World Trade Centre, iaitu sebuah bangunan yang terhasil melalui puluhan ribu pelaburan, akhirnya runtuh dimamah serangan di luar kawalan radar pentadbiran. Bagai manakah sebuah negara yang dikatakan serba canggih dengan teknologi maklumat boleh mengalami kegagalan dan kelompangan mengesan menerusi kemahiran yang mereka miiki?




"we want to create an nation which is the greatest nation compared than other nations in this world". Salah satu sumpah ikrar Abraham Lincorn sewaktu menjadi pemimpin US dahulu.



Disaat detik itu merupakan titik bermulanya Amerika Syarikat kian guncah. Sedikit demi sedikit era ketamadunan mereka menurun, kemudian dunia dikejutkan sebuah krisis ekonomi, iaitu Credit Collapse (keruntuhan sistem kewangan). Seperkara yang boleh diperhatikan daripada situasi ini. Sikap sombong dan kerakusan Amerika Syarikat menjadi penyebab yang menjatuhkan ketamadunan sebelum ini sangat mereka banggakan.



Mereka mengagungkan sistem kapitalis. Jesteru, mereka memuji sistem berkenaan yang kononnya berkesan melalui kawalan secara autoriti oleh mekanisme pasaran. Secara tidak langsung, mereka membenarkan sistem riba berleluasa dalam market (pasaran), sama ada money (aliran wang) mahu pun goods (barangan).



AIG merupakan sebuah syarikat insurans yang banyak mengalami kerugian ekoran daripada krisis kewangan yang melanda dunia sekarang.



Sifat rakus menjadikan mereka semakin tamak. Lantas lupa bahawa sistem berkenaan tidak lagi mampu bertahan dalam jangka tempoh masa yang cukup lama. Lebih-lebih lagi dalam menampung cita rasa yang secara holistiknya begitu sangat sukar ditunaikan. Segalanya penuh kontradiksi mahu pun sukar untuk difahami oleh kita. Namun, manusia memiliki seribu satu ramuan yang membolehkan mereka faham dan belajar menerusi pancaindera yang dikurniakan oleh Allah swt. Demikian mereka akan menilai, dan menyuburkan apa yang diperolehi itu sebagai useful collections.



Sewaktu Saidina Umar al-Khattab belum menerima dakwah islamiyah yang disebarkan oleh baginda Rasulullah SAW. Beliau begitu sombong dan angkuh untuk menerima islam. Daripada sudut pandangan beliau sendiri merasakan bahawa islam yang disebarkan Muhammad SAW itu bukanlah suatu yang benar. Malah, umar sanggup bersumpah untuk membunuh baginda Rasulullah sekiranya mendapat peluang. Demikian daripada kisah yang menunjukkan kesombongan itu mampu mengenepikan suatu kebenaran yang sebenarnya nyata dan jelas.



Ketika Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1998. Situasi yang dihadapi semasa ia berlaku cukup getir dan perlukan suntikan significant bagi memulihkan semula keadaan sektor ekonomi yang diumpamakan seperti berada di hujung tanduk. Kita diberikan pilihan oleh IMF sama ada membuat pinjaman atau tidak. Perkara itu cukup berbahaya kerana kadar bunga ketika itu adalah cukup tinggi. Hal ini cukup membebankan dan perlukan tempoh masa panjang bagi melunaskannya. IMF juga dilihat cukup mengaut keuntungan daripada situasi berkenaan. Apatah lagi, peringkat pimpinan organisasi berkenaan banyak dikuasai kronomisme daripada Amerika Syarikat dan Yahudi.



Krisis kewangan yang sangat meruncingkan. Bebanan ini sama seperti yang dialami ketika krisis ekonomi pada tahun 1998.




Adalah menjadikan peranan kita semua untuk menerima yang benar. Sebagai mana yang diperjuangkan pemimpin terdahulu. Tidak kira Mat Salleh mahu pun Syeikh Muhammad Abduh, iaitu pejuang nasionalisme Sabah dan pemimpin pan islamisme timur tengah, mereka faham, menuntut dan berdiri atas landasan yang benar. Inilah warisan yang diperturunkan bermula daripada satu generasi ke generasi yang lain.




Hassan al-Banna. Beliau merupakan seorang tokoh yang berjuang dan meniupkan semangat para mujadid tanah mesir.




Sebelum baginda rasulullah dilahirkan di Kota Makkah. Kota berkenaan terlebih dahulu telah diserang oleh tentera Abrahah bagi tujuan untuk meluaskan territory mereka. Kota Makkah merupakan sebuah kota yang strategik dan tidak hairan jika kota berkenaan sangat kaya disebabkan menjadi tempat singgahsana para pedagang asing. Tambahan lagi, serangan Abrahah ke atas Kota Makkah disokong atas pendapat jika hendak menguasai seluruh tanah arab, maka Kota Makkah harus terlebih dahulu ditakluki. Hal ini kerana reputasi Kota Makkah cukup terkenal dan dihormati pada waktu itu.



Abrahah yang sombong dengan kebenaran menyanggupi untuk menyerang Kota Makkah, walau pun dia tahu Kota Makkah dilindungi Tuhan yang Maha Berkuasa. Maka, janji Allah swt akan melindungi Kota Makkah terbukti dengan kehadiran burung Abbabil. Allah swt memerintahkan burung abbabil memusnahkan tentera Abrahah dan mereka (Abrahah) berjaya dikalahkan.



Peristiwa inilah yang harus kita semua ambil iktibar. Umat islam harus sedar akan kebenaran yang dibawa dan disebarkan Baginda Rasulullah SAW. Adalah menjadi kewajiban kepada mereka yang mengakui islam sebagai agama mereka untuk patuh dengan syariat yang ditetapkan. Islam bukanlah the way of changes tetapi islam merupakan sebuah agama yang cukup tuntas dan syumul. Tidak hairanlah islam adalah the way of life.




Sejauh manakah lagi ummah mampu dikembangkan atau dibangunkan? Melentur buluh biar daripada rebunnya.. Pepatah melayu ini cukup memberikan seribu satu methodologi dalam merealisasikan ummah bangkit daripada lamunan.



Berapa ramai masyarakat muslim yang sedar? Sedar terhadap situasi umat islam sekarang dilabelkan sebagai golongan tidak bertamadun (barbarian). Barbarian merupakan sebuah bangsa yang cukup terkenal dengan sifat yang ganas, tidak berakhlak, kasar, dan mereka mementingkan kekuatan fizikal bagi menentukan siapa yang lebih kuat. Mereka (barbarian) juga dikatakan lebih terpuruk dengan gaya hidup yang jahil dalam peraturan humanity. Inilah yang membelenggu masyarakat islam hingga kemunduran itu menjadi darah daging dalam dunia mereka. Jika ditelitikan kedudukan ummah terkategori didalam dunia ke-3.



Demikian umat islam akhirnya dikotak-katikkan hingga terpesong dan dipengaruhi oleh imperialism barat dan yahudi daripada pelbagai aspek. Hal ini disebabkan integrasi ummah yang tidak kuat daripada membendung akidah mereka ditakluki. Apatah lagi dalam zaman sekarang, di mana globalisasi mahu pun high tech teknologi berleluasa menjadi medium pada penyebaran imperialism tersebut.

Monday, May 18, 2009

Pembentukan Masyarakat Madani

SERING kali ramai menyalahkan Islam apabila berlaku sesuatu perkara tidak baik. Mereka mengatakan Islam menindas dan menghalang pembangunan. Malah, ada juga mengatakan jika mengamalkan Islam, kita tidak akan maju, tidak berakhlak dan sebagainya.



Mereka ini sebenarnya gagal melihat keindahan Islam kerana tidak mengamalkan agama Islam sebagai tata kehidupan.



Sebagai sebuah tatacara yang mengawal kehidupan seharian, Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah serta ibadah kepada Pencipta.



Islam menekankan pembangunan modal insan berasaskan kepada ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ini kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan khalifah yang diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.



Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada keesaan Allah dan ketakwaan kepada-Nya. Inilah sebabnya Islam mengambil berat peranan moral atau akhlak dalam pembentukan sahsiah diri.



Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, kita melihat umat Islam tidak menjadi contoh kepada orang lain. Umat Islam tidak memiliki akhlak mulia atau menjadi idola kepada orang lain. Lebih dahsyat lagi, umat Islam ketinggalan dalam kebanyakan bidang kerana meninggalkan agama dalam kehidupan mereka.




Kesibukan ibu kota negeri sabah. Perkara ini sebahagian daripada rutin harian yang antara lain memaku aktiviti masyarakat



Apa saja yang dinasabkan kepada Islam dikatakan mundur, ketinggalan zaman dan tidak sesuai. Mereka mencemuh akhlak Islamiah sebaliknya mendewa-dewakan apa saja yang dibawa dari Barat.



Semua perkara dilihat hanya daripada lensa Barat, mengetepikan panduan dan syariat yang digariskan oleh Islam.



Keperibadian Muslim yang unggul mengikut Hassan Al-Banna, hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai 10 ciri yang jitu lagi mantap. Semua ciri itu saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam.



Antara ciri itu ialah akidah yang bersih, ciri amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan sebenar. Dengan adanya aqidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir daripada landasan syariat Islam.



Penyucian akidah ummah, iaitu mengembalikan ummah kepada landasan kehidupan islami sebagaimana yang dilakukan Baginda Rasulullah memimpin masyarakat Arab keluar daripada kepompong kejahilan. Adalah menjadi harapan kita semua, generasi yang dibentuk mampu memercu ummah bergerak ke hadapan buat masa sekarang



Ia juga adalah piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan dalam solat. Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Ibadat yang betul akan menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi mulia.



Ini menunjukkan sesuatu ibadat itu mestilah berpandukan sumber yang betul iaitu al-Quran dan sunnah serta sumber lain yang diterima ulama.



Ibadat dilakukan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk tetapi adalah manifestasi pengabdian diri kepada Maha Pencipta.



Akhlak mulia juga adalah elemen penting pembentukan sahsiah diri. Perilaku itu harus dimiliki setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk tetapi juga hubungan antara makhluk dan Penciptanya.




Sikap rajin.. sentiasa berusaha keras dalam melakukan kerja adalah tuntutan disisi agama. Allah swt tidak sangat menyukai orang-orang yang malas. Apatah lagi, jika sanggup melakukan penipuan demi kepentingan peribadi semata-mata



Di samping itu, kekuatan jasmani tidak boleh dikesampingkan. Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama, diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah.



Ini jelas dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani juga menjadi benteng pencegahan kepada pelbagai penyakit.



Kekuatan jasmani akan menjamin kecerdasan berfikir. Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh demikian, seorang Muslim perlu memiliki wawasan luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui oleh orang lain.



Pembinaan moral mahu pun penyucian mentaliti itu penting dalam keberkesanan sesebuah dakwah



Tekad untuk berjuang melawan hawa nafsu juga suatu kelebihan bagi membentuk peribadi Muslim. Oleh kerana setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang baik dan buruk, perlu ada semangat untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Kesungguhan melawan hawa nafsu perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.



Pandai menjaga waktu adalah faktor penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Umpamanya Islam mengajar perancangan waktu seperti solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan perlu dirancang mengikut waktu yang sesuai.



Kemahiran menjaga waktu akan menghasilkan disiplin dalam urusan. Ciri itu memerlukan profesionalisme, kesungguhan, semangat dan pengorbanan untuk menjadikan sesuatu perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang.



Kejituan diri mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya hanya boleh dilakukan jika kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan serta ekonomi dan. Ciri itu akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada orang lain.





Keharmonian, di samping persefahaman yang kuat adalah jambatan integriti masyarakat islam khususnya pada zaman globalisasi.



Seseorang Muslim perlulah berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika beliau tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya kita boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan sahabat handai.



Semua ciri yang digariskan Hassan Al-Banna bagi membangunkan modal insan. Walaupun ia diberikan nama baru, namun ulama terdahulu sudah membincangkannya dengan panjang lebar seperti olahan yang dibuat oleh Hassan Al-Banna.



together.. let's make a supreme unity for our ambitious


Dasar itu merangkumi penambahbaikan sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan kemahiran keusahawanan juga diberi penekanan dalam rancangan berkenaan.



Jika formula pembangunan modal insan itu digarap dengan mengambil kira ciri yang sudah ditentukan oleh Hassan Al-Banna, sudah pasti negara akan mencapai kecemerlangan kerana adunan itu akan menghasilkan natijah positif di mana insan yang dibangunkan menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.



Justeru, lahirlah manusia yang mengejar kebaikan di dunia dan tidak sekali-kali mengabaikan persediaan mereka di akhirat kelak. Penghayatan sebenar terhadap syariat Islam amatlah penting bagi membangunkan modal insan di Malaysia.

Petikan daripada Polemic Chronicle