Labels

Friday, December 25, 2009

KRU KM; Islam Di Hatiku

KRU KM bersama barisan fasilitator

Kota Marudu mempunyai 13 masjid dan 32 surau berbanding 90 gereja, belum di ambil kira masjid dan surau yang berfungsi atau mati. Islam menyusup masuk ke pelusuk desa dan pedalaman, tidak sempat melekat roh dan izzahnya sebelum direnjat semula oleh kelompok sebelah sana. Gemilang sejarah perjuangan Shariff Osman sekitar tahun 1900 membebaskan 'Bandau' dari cengkaman penjajah tidak diwarisi semangatnya oleh penduduk Islam tempatan. Hanya di sini-sana, kedengaran kisah-kisah tokoh yang berhempas-pulas di tempat sendiri memastikan Islam terus mendapat tempat biarpun yang menjadi inspirasi hanyalah pahala yang tidak kelihatan oleh mata kasar insani.
Keadaan tersebut akan berubah. Dan masanya bukan esok atau lusa, jauh sekali tahun hadapan atau seabad yang akan datang. Masanya ialah sekarang, hari ini. 2 hari berkampung di Kota Marudu ditemani oleh pejuang-pejuang dari kalangan anak muda, PSS berjaya menubuhkan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu (KRUKM) generasi yang pertama. Mereka menanam keazaman seteguh berdirinya kota pertahanan Shariff Osman, bahawa Islam akan kembali dipasakkan id ginawo tulun-tulun Kota Marudu ngawi, insyaAllah!
Murabbi dua zaman - Ustaz Abdul Mutalib dan Saudara Zulhilmey Makmud
Ziarah ukhwah oleh peserta muslimat
Ziarah ke rumah muallaf yang cacat penglihatan

Monday, December 14, 2009

Konsert Tour De Tahfiz Nazrey

9/12/09 (Rabu)

Meriah! Walaupun pada mulanya dewan nampak malap dan suram akhirnya meriah dengan kehadiran penduduk Kota Belud yang memenuhkan Dewan Rasa Sayang Kg. Bobot. Konsert ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul dana untuk membangunan pusat tahfiz di Ranau.
Konsert yang dianjurkan secara mengejut ini sememangnya amat mengejutkan masyarakat juga ahli PSSkb yang dikhabarkan hanya dalam masa sehari. Semoga kredit2 yang ikhlas dihabiskan untuk menjemput warga KB untuk memeriahkan konsert ini mendapat ganjaran disisi Allah.
Semoga usaha murni ini memberi kesedaran kepada masyarakat Sabah amnya dan penduduk KB khasnya.

Monday, December 7, 2009

Kem Kepimpinan Pelajar 2009 (KemPin ’01) KRUkb

4-6/12/09 (Jumaat-Ahad)
Kg. Rosok Kota Belud banner made by psskb
Alhamdulillah program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan izin Allah walaupun berbekalkan tenaga penggerak yang terhad dan kehadiran peserta yang kurang memuaskan. Sebahagian peserta yang terpilih tidak dapat menghadiri program inidi saat2 akhir kerana pelbagai masalah yang dihadapi. Sayabas dan tahniah diucapkan kepada adik2 peserta yang berjaya mengikuti program ini.

Syukur juga dipanjatkan kerana program ini mencapai objektifnya walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Namun, bagi seorang pejuang halangan dan rintangan itu tidaklah melemahkan semangat perjuangan kerana itulah asam garam perjuangan. Para peserta, AJK juga penceramah yang tersesat jalan menuju tapak program menunjukkan perjuangan itu penuh rintangan. Namun, kita dapat menjumpai tapak program itu apabila mengikuti jalan yang grable bukanlah jalan yang senang dan mudah.


Nasi yang bubur dihari pertama program juga dirasakan begitu enak apabila dicampur dengan bahan2 perasa. Jika hari pertama nasi tidak habis, pada hari kedua dulang menjadi licin dan hari ketiga tidak sabar menunggu masa makan. Begitulah ibaratnya perjuangan, akan menjadi manis jika dilakukan dengan hati yang ikhlas dan penuh kefahaman bukan atas dasar semangat semata-mata. Apatah lagi ditambah dengan perisa ukhwah fillah sesama sahabat seperjuangan.


Pesanan buat adik2 yang baru mengenal erti perjuangan dan kepada sahabat2 yang telah arif tentang perjuangan, ingatlah matlamat perjuangan kita iaitu menegakkan Islam di muka bumi Allah ini dan mencari redhaNya. Hayatilah dan fahamilah lagu tema program ini...


Gelombang Keadilan

Kan melangkah kaki dengan pasti

Menerobos segala onak duri

Generasi baru yang telah di nanti

Tak takut cita-cita gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang

Ku tumbangkan segala kezaliman

Dengan tulus ikhlas untuk keadilan

Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah

Takkan henti walau sejenak

Cita kami hidup mulia

Atau syahid mendapat syurga.


Teruskan perjuangan walau dimana kita berada dalam keadaan apa jua pun.

- Kita bukanlah pemula dan pengakhir kepada perjuangan ini tetapi penyambung kepada rantai perjuangan yang dimulakan oleh para Rasul dan Nabi terdahulu.

- La tahzan wala takhof, innallaha ma’ana.

Thursday, December 3, 2009

QIAM NOV KRUKB




29/11/09 (Ahad)

Progrqm qiamullail bulanan KRUkb bagi bulan November telah dijalankan seperti biasa. Walaupun kehadiran peserta tidak ramai namun program bulanan ini dapat juga diteruskan.