Labels

Saturday, February 20, 2010

Qiam Feb akan datang!

Insya' Allah qiam KRUKB akan datang pada
Tarikh: 26 Feb 2010 (Jumaat)
Tempat: Masjid KB
Masa: 4.30 petang (pendaftaran)

Sila bersedia untuk kuiz Bahasa Melayu. Ajak rakan2, kawan2, teman2 dan sahabat2 yang lain.

BPO kali ke2 KRUKB

14 Feb 2010 (Ahad)
Masjid Pekan KB

Alhamdulillah BPO kali ke2 KRUKB berjaya dilaksakan pada minggu lalu dengan kehadiran 40 orang peserta yang terdiri daripada AJK KRU KB, wakil KRU sekolah dan KRU KM. Tahniah buat adik2 yang berjaya mengikuti program ini. Semoga gerak kerja selepas ini dapat dilaksanakan dengan licin.Antara pengisian program ini adalah slot pengisian dan LDK bagaimana cara2 membuat kertas kerja program, membuat risalah, penerangan justifikasi tugas setiap ajk dan banyak lagi.
LDK
Tidak dilupakan juga, terima kasih buat semua fasilitator2 dari IPG Kent dan UiTM yang datang dari jauh kerana sudi meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada adik2 peserta.faci muslimin dari UiTMbarisan faci dar IPG Kent dan muslimat PSSKB

Sunday, February 7, 2010

Akan datanng: BPO kali ke-2


Assalamu'alaikum... salam ukhwah fillah...

Insya' Allah...Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) kali ke-2 KRU KB akan di adakan pada:

TARIKH : 14 Feb 2010
MASA : 8.00 pagi - 4.00 petang

YURAN : RM2.00


Tempat akan dimaklumkan kemudian. Penyertaan adalah kepada semua ahli jawatankuasa KRU KB 2010 dan 4 orang wakil KRU setiap sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah Sempen, SMARD, SMATS, Semtasi dan Pekan II.

Harap maklum...

Saturday, January 30, 2010

Qiam Januari KRUKB 2010

29-30 Jan 2010
Masjid Pekan KB
Alhamdulillah...program bulanan ini dapat diteruskan untuk tahun ini. Walaupun kehadiran agak sedikit berbanding program2 sebelum ini disebabkab kesibukan persekolahan pada awal tahun ini namun program bulanan ini dapat dijalankan juga dengan baik. Tahniah dan terima kasih buat AJK pelaksana.Program qiamullail pada tahun ini agak berlainan dengan program qiamullail tahun lalu kerana terdapat beberapa pembaharuan seperti quiz akademik yang dimulakan dengan subjek SEJARAH pada Januari ini. Pertandingan quiz ini dimenangi oleh SMK Arshad, tempat kedua SMK Pekan II, tempat ketiga SMKA Tun Said dan saguhati SMK Taun Gusi dan SMK Pekan. Selain itu, aktiviti amal kebajikan juga dilaksanakan yakni membersihkan kawasan masjid termasuk bilik air.
mujahiden KB
Untuk acara kemuncak iaitu majlis penutupan diadakan penyampaian hadiah untuk pemenang quiz, pelancaran tabung KRUKB dengan penyerahan tabung kepada pengerusi KRUKB oleh pengerusi PSSKB. Akhir sekali ialah pelancaran kumpulan nasyid KRUKB yang sempat memperdengarkan beberapa buah lagu nasyid sebelum lambaian ukhwah.
pelancaran tabung KRUKB
Semoga bertemu lagi untuk program qiamullail akan datang. Siap sedia untuk menjawab soalan quiz. Ajak rakan2, kawan2 dan sahabat2 yang lain!