Labels

Sunday, March 28, 2010

QIAMULLAIL BULAN MAC KRUKB

27 MAC, Sabtu; program qiamullail bulanan KRU KB telah pun dijalankan dengan baiknya.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang masih sudi hadir dan berjaya mengikuti program ini. Semoga kehadiran adik2 semua dinilai di sisi Allah dan mendapat sedikit input dari pengisian yang diberikan.

khusyu'nye dengar ceramah

Jika qiamullail bulan lalu jumlah peserta mencecah 123 orang, namun bulan ini jumlah peserta meningkat ke 154 orang. Tahniah diucapkan kepada semua ajk pelaksana yan telah bertungkus lumus kerana berjaya melaksanakan program ini dengan kehadiran peserta yang ramai kali ini.

sabar ye dik...

Qiamullail bulan ini yang bertemakan ‘anakku Sazali’ diserikan lagi dengan kehadiran Kak Jannah dari Papar yang menyampaikan slot pengisian yang agak menyentuh hati peserta dan ajk. Diharapkan perkongsian ilmu yang disampaikan dapat dihadamkan, diambil iktibar, dihayati dan diamalkan. Semoga kita tergolong dalam golongan anak2 yang soleh solehah yang menjadi penyejuk mata ibu ayah.

slot pengisian Kak Jannah

Di akhir program ini turut diadakan riadah yang begitu mencabar sekali. Tahniah kepada yang berjaya menempuh cabaran tersebut. Main bukan sekadar main, tapi ada isi tersirat disebalik permainan itu. Maka, fikir2 lah dan renung2 lah....

apa la dorang buat nie?

riadah pagi

Kami dari pihak ajk penganjur dan pelaksana memohon kemaafan andai ada yang tertengking, terteriak, termarah, tersilap kata, terlanjur bahasa sepanjang program ini. itu semua bukanlah niat dihati tetapi tidak disengajakan. Semoga perkenalan kita membuahkan ukhuwah Fillah yang kekal selamanya.

wat pe tu Munir?


Andai ada jarum yang patah,

Jangan simpan di dalam peti,

Andai ada silap dan salah,

Jangan simpan di dalam hati.


Kalau ada sumur diladang,

Boleh kami menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Bulan hadapan kita bertemu lagi...


Jangan serik untuk mengikuti program seperti ini kerana ada sesuatu yang tersirat dan tersurat disebaliknya. Salam ukhwah fillah abdan abada...

Sunday, March 21, 2010

QIAM KRU KB MAC 2010

Insya’ Allah program qiamullail pada bulan ini akan diadakan pada:


Tarikh : 27hb Mac 2010

Hari : Sabtu

Tempat : Masjid Pekan KB


Semua ahli KRU dan PSS KB dijemput hadir. Ajak rakan2, kawan2 dan sahabat2 yang lain. Jumpa di sana!

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Tahniah diucapkan buat sahabat kita Sdr. Sezan Safsin kerana selamat diijabkabulkan pada 20hb Mac 2010 yang lalu dengan pasangannya Sdr. Qamariah Makmud. Semoga berbahagia selalu dan terus kekal ke akhir hayat :)
Antara ahli PSS yang turut memeriahkan majlis.

Pencarian Lirik Lagu.

Assalamualaikum WBT

Buat sahabat yang dikasihi kerana Allah SWT sekalian,

Selaras dengan program pelancaran secara rasmi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Peringkat Negeri Sabah, beberapa aturan dan langkah dinamik memantapkan kelab ini telah dilakukan. KRU akan dilancarkan secara rasmi dibawah kelolaan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) setelah bertapak dan beroperasi selama 3 tahun dalam masa terdekat.
Atas pesetujuan Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU, Insya-Allah selepas ini logo yang terbaru akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama. Sekalung ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menyumbangkan idea dan cadangan-cadangan kreatif dalam penghasilan logo. Untuk makluman, tempahan baju rasmi kelab telah dilakukan dan kini hanya menunggu detik diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.

KRU seterusnya bakal mengorak satu lagi langkah baru dengan cetusan idea mewujudkan LAGU TEMA KRU. Sekali lagi idea kreatif dan cadangan bernas sahabat-sahabat dalam mewujudkan lirik yang padu amat diperlukan. Buah fikiran berbentuk ‘point’ turut diterima.

Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:

-Ukhuwwah dan persaudaraan (WAJIB)

-Ilmu kefahaman

-Keimanan atau ketakwaan

-Keikhlasan hati

-Amal yang benar

-Kesungguhan dalam kerja

-Pengorbanan dan kepatuhan

-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)

Ringan-ringankan minda dan jemari anda,

sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:

zulhilmey@gmail.com (Pengarah program)

ATAU

yuyushira@ymail.com (Timbalan Pengarah program)

SEBELUM 25 APRIL 2010.