Labels

Saturday, June 27, 2009

Hollywoodisme itu "inspirasi" atau sebaliknya?

Siapa tak kenal Hollywood? Nyaris seluruh manusia di bumi ini kenal atau sedikitnya pernah mendengar istilah itu. Namun tahukah Anda jika nama Hollywood ternyata menginspirasikan banyak sekali studio-studio besar di banyak negara dunia, yang juga terkait dengan produksi film. Kita semua tahu bahwa Hollywood yang dikuasai jaringan Yahudi AS itu tidak sekadar bikin film dan mendatangkan uang yang besar. Ada sisi ideologis di balik berdirinya mesin industri hiburan terbesar dan terlengkap di dunia ini. Misinya sederhana: mempromosikan The American Dreaming ke seluruh umat manusia.



Apa sebenarnya “The American Dreamin” tersebut? Ini tak lain adalah: Kebebasan, Kebebasan, dan Kebebasan. Liberalisme. Dalam benak orang banyak, kebebasan yang digaungkan Hollywood tentu positif. Bebas untuk berekspresi, bebas untuk berbicara, bebas untuk berkreasi, bebas untuk berpikir, dan sebagainya. Bukankah ini bagus?
Tapi nanti dulu, kebebasan seperti itu sebenarnya sekadar kedok bagi liberalisme absolut yang menempatkan akal manusia pada kekuasaan mutlak. Tidak ada batas-batas, apalagi agama. Inilah sebenarnya tujuan para pendiri Hollywood, yakni membuat seluruh manusia di bumi ini terseret dalam arus liberalisme sehingga tidak mau lagi tunduk pada yang namanya iman. Yang ada hanyalah pikiran(dan nafsu).



Sudah terlalu banyak kisah nyata bagaimana kemaksiatan terjadi di Hollywood. Tulisan ini tidak akan membahas hal tersebut, namun memaparkan kepada kita semua betapa nama ‘Hollywood’ ternyata menginspirasikan banyak negara untuk mengadaptasi namanya untuk studio-studio film mereka. Tapi nanti dulu, siapa tahu, ya siapa tahu, kenyataan ini ternyata bukan sekadar “inspiring name” tetapi yang terjadi sebenarnya merupakan jaringan (Hollywod network) yang memuat visi dan misi yang sama dengan induknya. Siapa tahu? Inilah daftar sejumlah studio-studio di berbagai negara yang namanya diambil dari nama ‘Hollywood’:


· Bollywood (Mumbai, India).
· Chollywood (Peruvian)
· Dhaliwood (Dhaka, Bangladesh).
· Dollywood (Taman Hiburan di Tennesse, AS)
· Etyekwood (nama lain Korda Studios di Budapest, Hongaria)
· Hollyhammar (Swedia)
· Hollywood North (Vancouver, Toronto, di Canada)
· Kollywood (Chennai, Tamil Nadu, Selatan India).
· Lollywood (Lahore, Pakistan).
· Mollywood (Industri FilmMalayalam India).
· Mollywood (Industri FilmMormon).
· Nollywood (Nigeria).
· Pollywood (Peshawar, Pakistan).
· Sollywood (Industri Film Sindhi).
· Tollywood (Andhra Pradesh).
· Tollywood (Bengali Barat, India).
· Trollywood (Trollhättan Municipality, Swedia).
· Valleywood (Wales).
· Wellywood (Wellington, New Zealand).



Tentang Hollywood dan Jaringan Yahudi AS yang berkuasa di dalamnya, tentang sejarah dan agenda terselubungnya, tentang pengaruh global Hollywoodisme terhadap budaya dunia--termasuk di Indonesia, akan dibahas dalam majalah eramuslim digest edisi 3 yang insya Allah akan terbit awal Oktober 2007.(Rizki)

Sabra dan Shatila dalam kenangan

Pada 11 September 1982, Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon, arkitek kepada penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 2000 orang pengganas masih berada di kem-kem pelarian Palestin di sekitar Beirut, Ibu Negara Lubnan. Bagaikan agenda drama yang kemas dirancang, Presiden Lubnan Bashir Gemayel, telah dibunuh apabila ibu pejabatnya telah diletupkan dengan bom oleh sekumpulan bersenjata pada 14hb September. Beliau merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel. Pada 15hb September 1982, tentera Israel telah menguasai Beirut Barat dengan mengelilingi serta mengunci mati laluan ke kem Sabra dan Shatila yang padat diduduki oleh pelarian Palestin dan orang awam Lubnan.



Pada sebelah petangnya, kem-kem pelarian ini telah dikelilingi sepenuhnya oleh kereta kebal dan tentera Israel yang menjaga setiap laluan keluar masuk kem-kem ini dalam rangka memantau setiap orang yang keluar atau masuk ke kem. Laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang. Keesokannya 16hb September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan kem Shatila untuk membersihkan ‘sarang pengganas’. Mesyuarat tersebut berakhir pada 3 petang.



Lewat petang 16hb September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel masuk ke kem pelarian bersenjatakan senapang, pisau dan kapak masuk ke kem pada jam 6.00 petang. Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak mereka. Ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tentera Israel menerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut.



Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orangorang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut. Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya, Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini. Pada Jumaat 17 September, laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel.



Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan. Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982.Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yangdikelar-kelar anggota badannya.Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:-

• ”Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkanrumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian.”

• ”Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supayamenggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan
diri.”

• "Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepadaorang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri" Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.



Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Beliaulah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata,


• ”Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang palestin dari Gaza dan Tebing barat ke
Jordan."

» (New York Times, 17hb Mei 1982)
• "Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati”

» (Ha'aretz, 25hb Februari 1983).
• “Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”

» (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).



Kini September 2007, tepat 25 tahun setelah berlalunya tragedi hitam Sabra dan Shatila. Kem Shatila kini dihuni oleh lebih 30 ribu pelarian Palestin merupakan penempatan pelarian yang ke tujuh terbesar di Lubnan daripada keseluruhan pelarian palestin di Lubnan yang kini berjumlah melebihi 500 ribu orang. Rata-rata mereka hidup dengan penuh kepayahan dan keperitan. Bekalan air dan elektrik adalah dalam keadaan yang minimum di penempatan yang sempit lagi dhaif ini. 80 peratus dari kalangan mereka adalah miskin dan terpaksa saban hari mengikat perut kelaparan. Hanya 14 peratus di kalangan remaja anak-anak pelarian ini berjaya menamatkan persekolahan menengah mereka dan majoriti yang dewasa adalah penganggur kerana mereka dinafikan dari memiliki hak-hak asasi mereka termasuk bekerja di 72 bidang pekerjaan di Lubnan.



Oh Sabra dan Shatila....bilakah sinaran mentari baru akan menerangi hidupmu?


Dr Zainur Rashid Zainuddin,
Catatan perjalanan
(Sabra dan Shatila 20-23hb Jan 2007 & 13-20hb Mei 2007)

SHALAT DENGAN MENGGUNAKAN SUTRAH ATAU PEMBATAS

Oleh
Syaikh Khalid al Husainan



Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
"Artinya : Apabila ada yang shalat diantara kalian maka sholatlah dengan menggunakan
pembatasr dan hendaklah dia mendekati pembatas tersebut, janganlah membiarkan seorang pun lewat antara dirinya dan pembatas tersebut"
[1]



Ini merupakan dalil/nash yang umum tentang sunnahnya mengambil sutrah ketika sholat baik di masjid maupun di rumah. Sutrah berlaku baik bagi laki-laki maupun perempuan. Ada sebagian orang-orang yang mengerjakan sholat telah melarang dirinya dari sunnah (menggunakan sutrah) tersebut sehingga dijumpai ketika sholat, mereka tidak menggunakan sutrah.



Sunnah ini berulang kali berlaku bagi seorang muslim dalam kesehariannya. Hal (menggunakan sutrah) itu berlaku juga pada sunnah-sunnah yang Rawatib, pada Sholat Dhuha, Tahiyatul Masjid, Sholat Witir, dan sunnah tersebut juga berlaku bagi seorang perempuan yang sholat sendirian di rumahnya. Sedangkan ketika sholat berjamaah maka yang menjadi penghalang/tabir bagi para makmum adalah imam sholat.



Permasalahan-Permasalahan Seputar Sutrah

[a]. Sutrah ketika sholat dapat menggunakan apa-apa yang berada di arah kiblat seperti tembok, tongkat, atau tiang dan tidak ada pembatasan tentang bentangan/lebar sutrah.

[b]. Tinggi sutrah kira-kira setingggi mu'akhiraturr [2], yaitu yang ukurannya kira-kira satu jengkal tangan.

[c]. Jarak antara kedua kaki dan sutrah adalah kira-kira tiga hasta (siku sampai ujung jari tengah) dan diantara dia dengan sutrah masih ada tempat (ruang) untuk melakukan sujud.

[d]. Sesungguhnya sutrah (tabir penghalang) disyariatkan bagi imam dan orang-orang yang sholat secara munfarid (sendiri) baik sholat wajib lima waktu maupun shalat sunnat.

[e]. Sutrah makmum mengikuti sutrah imam, maka diperbolehkan melewati makmum apabila
ada hajat (kepentingan).



Faedah Menerapkan Sunnah Ini

[a]. Sesungguhnya sunnah tersebut (dengan menggunakan sutrah ketika sholat) menjaga sholat agar tidak terputus yang disebabkan oleh lalu lalangnya siapa saja yang bisa
memutuskan/membatalkan sholat (yaitu perempuan, keledai, dan anjing yang hitam) atau
mengurangi pahalanya.

[b]. Mencegah pandangan dari melihat orang-orang yang lalu lalang karena orang yang memakai sutrah secara umum pandangannya ke arah sutrah dan pikirannya terkonsentrasi pada makna bacaan sholat.

[c]. Orang yang sholat memakai sutrah telah memberikan kesempatan bagi orang yang berlalulalang maka tidak perlu menjauhkan orang-orang yang berlalu lalang di depannya.



[Disalin dari kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam, Penulis Khalid Al-Husainan, Penerjemah Zaki Rachmawan]


Foote Note
[1]. Hadits Riwayat. Abu Dawud no. 697 dan 698. Ibnu Majah no. 954 dan Ibnu Khuzaimah
1/93/1. [Lihat Sifat Shalat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam oleh Syaikh Al-Albany hal. 82.]
[2]. Sandaran pada bagian belakang pelana kuda yang ukurannya kira-kira dua pertiga dziraa' (1
dziraa'= sepanjang siku-siku tangan sampai ujung jari tengah) [Lisaanul arab III/1495]

Thursday, June 18, 2009

Bediuzzaman Syed Nursi

Seorang tokoh islam yang terkenal dengan penulisan Risale-i Nur. Satu hasil penulisan yang penting sekaligus memberikan impak yang besar kepada sesiapa sahaja yang mengkajinya. Beliau dilahirkan dalam tahun 1877 di Nurs, sebuah kawasan di Tenggara Anatolia. Kemampuan beliau dalam menelaah sungguh menakjubkan sehingga pada umur 16 tahun, beliau sudah diberikan gelaran Bediuzzaman yang bermaksud Kekaguman Zaman. Ini kerana beliau sudah mampu menewaskan ulama-ulama yang ada ketika itu dalam perbahasan-perbahasan yang diadakan. Dalam proses pembelajaran beliau, beliau telah mempelajari akan perlunya satu sistem pendidikan yang menyeluruh dibentuk di Turki menggantikan sistem pendidikan sedia ada.



Pada 1900, kesedaran timbul dalam hatinya untuk memperjuangkan islam sepenuhnya kesan daripada parlimen british yang mengangkat al-Quran semasa persidangan, bersumpah menjauhkan umat islam daripada al-Quran. Beliau kemudian mengusulkannya kepada Sultan Abdul Hamid namun ia membawa kepada pemenjaraan beliau kerana penggunaan bahasa yang kasar semasa perjumpaan itu. Di mahkamah beliau sekali lagi bersikap sedemikian dan dihantar oleh para hakim ke pusat rawatan mental. Namun apa yang dikatakan oleh doktor yang menjalankan diagnosis bahwa jika Syed Nursi tidak siuman, maka tidak ada seorang pun yang siuman di dunia ini.Namun, perjuangannya di tika awal ini menimbulkan penentangan terhadapnya dari pemerintah ketika itu. Beliau memperjuangkan kemerdekaan dan constituitonalism yang dilihatnyaperlu mengikut hukum syariah islam.



Dalam bulan-bulan seterusnya pada 1908, beliau memberikan ceramah umum berkenaan kemerdekaan, legality, pendidikan dan kesatuan di dalam artikel-artikel surat khabar dan juga di dalam kehidupan sehariannya. Beliau bergerak aktif di dalam pergerakan Ittihad-I Muhammedi(Kesatuan Muhammadan atau Persatuan Muslim Bersatu), yang mana tesk nya membawa kepada insiden 31 Mac 1909 di Turki. Ia menjadi alas an penangkapannya namun beliau dibebaskan kerana tiada bukti kukuh. Beliau kemudiannya mengembara ke seluruh Istanbul untuk menjelaskan perihal kepentingan konstitusi dan pembentukan semula sistem pendidikan untuk membolehkan sistem islam diterapkan dan membawa kepada pembangunan asas dan perpaduan dunia islam.



Beliau juga menerangkan idea-ideanya tentang reformasi pendidikan yang disarankan di dalam universiti yang dirancangnya. Perdebatan dan perbincangan yang beliau hadapi semasa pembentangan idea-ideanya itu dibukukan dalam dua bahagian, satu untuk para ulama yang bertajuk Munakahat(1911) dan Munazarat(1913) buat masyarakat umum.Perjalanan beliau kemudiannya beralih ke Damsyik dimana khutbah beliau yang sangat terkenal telah disampaikan iaitu Khutbah Damsyik. Isi khutbah tersebut termasuk ramalan beliau dengan dalil bahwa islam punyai masa depan yang jelas dengan penerimaan terhadapnya yang meluas dan al-Quran diterima pakai oleh setiap insan. Selain itu beliau juga menyentuh tentang ‘ubat’ bagi penyakit hati yan hanya boleh didapati daripada al-Quran.



Cita-cita beliau untuk mendirikan Medrasatu-Zehra di Van tercapai apabila menerima biayaan daripada Istanbul untuk membinanya namun ia tidak siap kerana Perang Dunia Pertama meletus. Biayaan ini hanya diperolehinya setelah usul-usul dibuat kepada Sultan Abdul Hamid II dan kepada Sulatan Mehmed Resad. Namun usahanya yang tidka pernah padam membuahkan hasil walau cita-cita utamanya tidak tercapai.Semasa PD1 berlaku, Bediuzzaman mengetuai pasukan tentera yang digelar ‘Tentera Bertopi Bulu’. Beliau diberi posisi Komando Regimen oleh Enver Pasya yang merupakan Ketua Komando ketika itu untuk membentuk dan mengetuai pasukannya di bahagian timur Turki.



Pasukan ini digeruni oleh pihak Rusia yang mana teras pasukannya dibentuk oleh pelajar-pelajarnya yang bersemangat tinggi. Semasa peperangan sedang berjalan, beliau tidak pernah menghentikan proses pengajarannya kepada murid-muridnya. Kerana kekuatan pasukannya, mereka dijadikan pasukan tambahan semasa mempertahankan Pasinler ketika pencerobohan Rusia pada January 1916. Ketika di barisan hadapan inilah, Bediuzzaman Said Nursi menulis komentar atau tafsirannya terhadap al-Quran yang bertajuk Isharat al-’Ijaz. Pasukannya telah terlibat dalam tugas-tugas evakuasi orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak Armenian, mengumpul artileri berat dan beberapa gerakan serbuan yang diakhir peperangan membuahkan medal peperangan atas jasa-jasanya.



Pada 1918, beliau ditahan oleh pihak Rusia setelah kejatuhan Bitlis dan diletakkan di kem tahanan perang di Kosturma di Volga. Beliau berjaya melarikan diri pada musim bunga tahun yang sama dan menuju ke Istanbul. Dalam perjalanan ke Istanbul, beliau telah melawat Switzerland kerana ingin mengetahui perihal adanya kesatuan yang dibentuk di atas satu kefahaman di kalangan rakyat Switzerland. Namun apa yang ditemuinya adalah satu kesatuan yang lemah yang tidak berasaskan aqidah yang sama, tetapi hanya satu kefahaman yang sama yang berasaskan akal fikiran. Dalam perjalanan beliau ke Istanbul, beliau melalui Laut Hitam dan Tiflis, Georgia. Setibanya beliau di Istanbul pada 20 Jun 1918, tanpa pengetahuan beliau, beliau ditugaskan untuk memantau Daru’l-Hikmeti’l-Islamiye yang merupakan sebuah institusi yang mencari penyelesaian di kalangan orang-orang berpengetahuan dalam masalahmasalah berkaitan islam dan akhlak masyarakat.



Namun beliau menerima tugas tersebut kerana ia mencakupi bidang akademik semata. Ketika period tersebut, beliau menulis pelbagai buku dalam menelaskan topik-topik utama agama, menerangkan kedudukan al-Quran dalam ketamadunan ketika itu, penulisan menentang penjajahan. Antara lain usaha beliau adalah menubuhkan Hilal-i Ahdar Cemiyeti (Bulan Sabit Hijau) yang menentang dan berusaha menghentikanpengagihan alkohol dan bahan ketagihan lain. Pada 1920, Said Nursi mengalami perubahan mental dan rohani, kesan daripada pencarian dalaman yang akhirnya membawa kepada pemikiran yang meletakkan al-Quran sebagai sumber panduan hidup yang sebenar dan bebas daripada pengaruh falsafah pemikiran manusia.



Di sini bermulanya satu kisah yang penting dalam sejarah hidup Said Nursi kerana ia kemudiannya membawa kepada penulisan Risale-i Nur. Pada musim luruh 1922, Said Nursi kembali ke Ankara selepas jemputan para pemimpin di sana selepas kemenangan Perang Kemerdekaan pada penghujung September. Pada 1 November 1922, telah berlangsungnya Perhimpunan Nasional, yang menjatuhkan kesulatanan di Turki, 3 Mac 1924, jatuhnya khalifah islam, 1925 tertutupnya kubur-kubur sufi dan arahan-arahan sufi dimansuhkan, 1 Januari 1926, Kod Sivil Swiss dipakai guna di Turki, 3 November 1928, penggunaan bahasa arab diharamkan dan bahasa latin digunakan, Januari 1932, azan bahasa arab diharamkan. Semua ini berlaku di sekitar pemerintahan Mustaffa Kemal.



Ketika itu, Said Nursi menerima pelbagai tawaran untuk menjadi pegawai dalam kerajaan, mengharapkan pemikirannya akan berubah. Di dalam pemerintahan Turki punyai dominasi oleh mereka yang mahukan sekulariti dan westernization. Said Nursi mengetahui bahwa ia akan hanya membawa kepada kejatuhan dan kehancuran, maka baliau ke Van pada 17 April 1923, meninggalkan Ankara kembali. Namun sebelum baliau kembali, beliau sempat meyakinkan para politikus untuk membina universiti yang diusulkannya dan diberi peruntukan sebanyak 150,000 lira. Akan tetapi, langkah itu dilihat sebagai menghidupkan islam di dalam masyarakat dan seterusnya pembinaannya dihentikan.Di Van, Nursi mengeluarkan diri dari arena politik dan sosial, mengasingkan diri bersama beberapa orang muridnya dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.



Kini bermulanya kehidupan baru Said Nursi, memasuki fasa kedua kehidupannya bagi yang memerhatikan perubahannya itu. Pada February 1925, beliau dibuang daerah ke barat Anatolia. Beliau dihantar ke Burdur, di mana pengajarannya mendapat sambutan dan sekali lagi beliau diasingkan. Kali ini ke Barla. Di sini bermulanya penulisan Risale-i Nur, February 1926. Hasil penulisannya yang pertama bertajuk Hari Kiamat dan Akhirat siap pada musim bunga 1926. Pada 1934, beliau dihantar kembali ke Isparta, kerana penulisannya yang bertambah dan berjaya menarik lebih ramai murid. Di Isparta, beliau di kawal dengan ketat, pergerakannya terbatas namun beliau terus menulis. Penjara Eskisehir, April 1935. Said Nursi bersama 120 pelajarnya di tahan dan dipenjarakan atas tuduhan menentang pembentukan kerajaan baru dan menjadi ahli persatuan rahsia yang mampu mengganggu gugat keamanan awam.



Said Nursi di tuduh juga menggunakan agama sebagai bahan berpolitik dan meyampaikan arahan dalam konteks Sufism yang ketika itu diharamkan di Turki. Pada 1936, 96 pelajarnya dibebaskan tetapi Said Nursi dan yang lainnya dipenjarakan selama 11 bulan atas tuduhan menulis penerangan lengkap berkaitan pemakaian islam sebelum pengenalan kod sivil yang baru. Setelah dibebaskan, beliau di hantar ke Pergunungan Ilgaz, selatan Laut Hitam, di kawasan Kastamonu. Di sini, Syed Nursi diletakkan di dalam balai polis selama 3 bulan sebelum dipindahkan ke sebuah rumah yang berhadapan dengan balai polis tersebut. Namun di dalam rumah itu, beliau menerima kawalan yang amat ketat dengan kehadiran dua atau tiga pegawai polis di dalam rumah tersebut bersama-samanya dan beberapa orang pelajarnya.



Di sini juga Syed Nursi menyambung penulisan Risale-i Nurnya dan pada ketika ini, penulisannya adalah masih secara rahsia. Pelajar-pelajarnya yang setia kerap datang untuk menyampaikan pesanannya kepada pelajarpelajarnya yang berada di Isparta serta membimbing mereka dalam menyampaikan risalahnya. Penyebaran Risale-i Nur berjalan secara sulit dan dihantar oleh posmen Nur. Di sini, antara 1936-1940, beliau selesai menulis Risale-I Nur Ketiga hingga Kesembilan, yakni bahagian-bahagian dalam Risale-i Nur dan bahagian ketujuh, Tanda Yang Agung (The Supreme Sign - Ayetul-Kubra) juga selesai ditulis di sini. Bahagian ketujuh ini merupakan bahagian yang penting kerana menggambarkan pemikiran Said Nursi terhadap alam yang diperhatikannya selama 20 tahun, semenjak dari sebelum perubahannya ke dalam fasa kedua kehidupannya ini lagi.



Setelah perkembangan penentangan dilihat semakin ketara oleh pihak berkuasa Turki, mereka sekali lagi menahan Syed Nursi pada 27 September 1943. Beliau dihantar ke Penjara Denizli. Di sini, seramai 126 pelajarnya juga turut ditahan bersamanya, atas dakwaan yang sama seperti di Eskisehir; percubaan merancang penentangan pembentukan kerajaan Turki baru dan penglibatan dengan organisasi rahsia. Di penjara ini, beliau menulis Buah-Buah Keimanan(Fruits of Belief) yang mana banyak memotivasikan pelajar-pelajarnya yang turut ditahan bersamanya. Malah penulisannya juga banyak membentuk banduan-banduan yang lain di penjara itu. Pada Jun 1944, beliau dibebaskan dari Penjara Denizli tetapi terus berada di bandar Denizli sehingga datang arahan untuk beliau dihantar ke Emirdag, utara Afyon. Pihak berkuasa Turki sedaya upaya ingin meletakkan beliau di tempattempat yang terpancil di mana pergerakannya tidak mendapat sambutan seperti tempat-tempat yang pernah didudukinya.



Beliau tetap berada di Afyon sehingga penangkapan besar-besaran ketiga ke atas pelajar-pelajarnya pada Januari 1948. Beliau sekali lagi menulis bagi memotivasikan pelajar-pelajarnya dan di sini juga beliau siap menulis Risale-I Nur. Beliau mengumpulkan koleksi Risale-I Nur dan seperti sebelumnya, pelajar-pelajarnya menyalin dengan tangan semua salinan Risale-I Nur untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar yang lain. Sehingga pada 1947, barulah mereka mencetak menggunakan mesin pencetak.Di dalam tahun 1947 juga, beliau menulis surat kepada Hilmi Uran, bekas menteri dalaman Turki, memberi amaran tentang bahaya komunisma dan ideologi-ideologi sekular yang lain serta menunjukkan bahawa hanya kehidupan berlandaskan al-Quran sahaja yang akan memberikan kejayaan dan mampu menghalang perkembangan pergerakan-pergerakan itu.Selama 20 bulan beliau ditahan di Penjara Afyon, yang mana beliau pada umur lebih 70 tahun terpaksa ditahan di dalam penjara dan terpaksa menghadapi hukuman buang negeri di merata-rata tempat yang beliau duduki.



Beliau mengalami tekanan yang hebat daripada pihak berkuasa Turki pada ketika ini dan seperti biasa, beliau diasingkan daripada banduan yang lain. Antara tahun 1948-49, 50 pelajarnya ditahan lai di penjara yang sama dengan tuduhan seperti di Denizli. Walaupun keputusan Mahkamah Afyon telah dibatalkan melalui Mahkamah Rayuan, namun, pihak berkuasa Turki melakukan penangguhan pembebasan sehingga cukup tempoh hukuman yang telah dibatalkan itu. Akhirnya pada 20 September 1949, beliau telah dibebaskan dan beliau menetap di sebuah rumah sewa di Afyon bersama 3 orang pelajarnya.Pada tahun 1950, bermulalah kehidupan Syed nursi dalam fasa ketiga. Yang mana beliau sekali lagi menampakkan perubahan pada dirinya apabila bermulanya kenaikan kuasa sekular di Turki. Pilihanraya tahun 1950 berpihak kepada parti demokrat menewaskan parti republican rakyat yang telah memegang tampuk pemerintahan selama 25 tahun.



Sebulan selepas 14 May, iaitu pada 16 Jun 1950,pihak berkuasa baru membatalakan secara sah akan pengharaman azan di dalam bahasa arab. Pada 14 Julai 1950 pula, telah diadakan pengampunan umum, di mana Syed Nursi telah turut sama dibebaskan daripada hukumanhukuman dan ikatan-ikatan yang telah lama diletakkan ke atasnya. Dengan parti demokrat mengetuai politik Turki, kebebasan aktiviti keagamaan diberikan oleh pihak berkuasa dan parti demokrat dengan jelas menampakkan stigma penentangan terhadap komunism. Ini telah memberikan Syed Nursi peluang untuk mengikut langkah-langkah politk Turki dengan lebih teliti serta memberikan nasihat serta pandangannya di dalam pemerintahan Turki yang baru itu. Perubahan sikapnya terhadap politik inilah yang dikatakan sebagai fasa ketiga kehidupannya yang mana sebelum ini, beliau tidak menggalakan penglibatan anak muridnya di dalam politik sama sekali.



Namun begitu, beliau tetap tegas di dalam aspek pengeksploitasian unsur-unsur agama di dalam berpolitik buat para pelajarnya.Tahun 1951 melihatkan sokongan Syed Nursi kepada kerajaan Turki di dalam menghantar askar ke Korea untuk menentang komunism dan turut menghantar seorang pelajarnya ke sana. Pada Februari 1951, beliau menerima surat terima kasih daripada Vatican atas penghantaran Risale Zulfikar kepada mereka. Pada 4 Ogos 1951 juga, Presiden Celal Bayar mengumumkan pembinaan sebuah unversiti di Van yang mana Syed Nursi melihatnya sebagai pengganti universiti yang dicadangkannya dahulu. Setelah 27 tahun tidak ke Istanbul, akhirnya beliau kembali ke sana untuk memberikan jawapan ke atas pertuduhan yang diterimanya atas buku tulisan pelajarnya yang bertajuk Panduan Buat Pemuda.



Namun beliau didapati tidak bersalah atas tuduhan itu. Dalam lawatannya selama 3 bulan itu juga, beliau telah melawat Partriach Greek Ortodoks Istanbul yang mana beliau inginkan kesatuan dengan orang-orang Kristian agar bersama menentang arus atheism yang semakin laju.Pada februari 1955, beliau menulis surat kepada perdana menteri dan presiden Turki atas penandatanganan Baghdad Pact sebagai langkah awal dalam mencapai keamanan di rantau itu. Tahun berikutnya, Risale-I Nur telah dibenarkan untuk diedar secara umum dan atas kebenarannya, anak muridnya mencetak koleksi Risale-I Nur. Pada ketika ini, beliau menamakannya sebagai ‘festival Risale-I Nur’.



Dari tahun 1957 sehingga 1960, beliau banyak melawat pelajar-pelajarnya yang berada di sekitar Turki. Namun kesihantan beliau semakin merosot dan ia merupakan detik-detik terakhir beliau menemui pelajar-pelajarnya untuk memberikan peringatan terakhir. Pada 23 Mac 1960, beliau meninggal dunia di Urfa dan peninggalannya hanyalah seutas jam, jubah dan beberapa alatan asas namun pelajarnya sudah mencecah ratusan ribu ketika itu dan perjuangannya memberikan lebih daripada harta-harta yang mampu dunia berikan.Pada 27 May 1960, pemberontakan militan telah merampas kuasa dari parti demokrat dan pada 12 Julai 1960 telah memusnahkan kubur Syed Nursi. Mayat beliau kemudian di bawa ke tempat yang tidak diketahui dan ditanam semula.

Tuesday, June 16, 2009

Pahlawan Berserban Merah

(Pahlawan Berserban Merah) Oleh: Abu Dujanah JrNama penuh beliau ialah Abu Dujana Sammak ibn Kharsha. Beliau merupakan seorang dari kaum Ansar dan merupakan antara yang terawal di kalangan mereka yang menerima Islam. Di dalam sirah, beliau terkenal dengan keberaniannya dan sesuatu yang unik tentang beliau ialah beliau memakai semutar merah yang dililitnya pada kepalanya. Apabila beliau memakai semutar merah ini,



ia melambangkan bahawa semangat juang dan jihad beliau sedang memuncak dan beliau bersedia untuk berjihad dan syahid di jalan Allah s.w.t. Di dalam Perang Uhud, yang merupakan perang yang penting di dalam sejarah Islam selepas Perang Badar, Rasulullah melarang tenteranya dari memulakan peperangan kecuali setelah menerima arahan dari Baginda, Rasulullah menampil dirinya yang lengkap dengan baju besi, seraya merangsang sahabatnya untuk berperang, mengingatkan mereka supaya bersabar dan berdaya juang di saat pertembungan sengit,



seterusnya Rasulullah memberi semangat keberanian dan pertahanan diri pada jiwa-jiwa sahabatnya, pada kemuncaknya Rasulullah mengeluar dan menjulang pedangnya dengan berkata: “Siapakah yang sanggup mengambil pedang ini dan menunaikan haknya dengan sebenar? Maka bangunlah beberapa orang untuk mengambilnya, di antara mereka ialah Ali bin Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Umar bin al-Khattab, akhirnya bangun Abu Dujanah Sammak bin Kharsyah sambil bertanya: “Apakah haknya wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah (s.a.w): “Hendaklah pukul muka-muka musuh Allah hingga melentok”. Maka jawab Abu Dujanah: “Akulah orangnya yang akan menunaikan hak pedang itu wahai Rasulullah”. Lantas Baginda pun menyerahkan pedang itu kepada Abu Dujanah.



Abu Dujanah adalah seorang wira yang berani, beliau menyombong semasa berhadapan dengan seteru, beliau mempunyai semutar berwarna merah, orang ramai akan mengetahui bahawa beliau akan berperang hingga ke titisan darah terakhir bila mana beliau membelit kepalanya dengan semutar merah itu. Sebaik sahaja beliau menerima pedang itu dari Rasulullah, terus beliau membelit kepalanya dengan semutar merahnya itu, beliau berjalan di antara dua saf dengan lagak kesombongannya, di ketika itu Rasulullah bersabda: “Sebenarnya lagak jalan sebegini dibenci Allah kecuali di suasana sebegini”. Ketika asakan begitu sengit di sekeliling panji musyrikin ianya juga berlaku di tempat-tempat yang lain, semangat orang Islam semakin memuncak di kalangan mereka, hingga dengan itu mereka terus menerkam ke arah tentera musyrikin bagaikan ombak melanda benteng, dengan selogan yang mereka laungkan di hari Uhud, “Amit, Amit” matilah matilah.



Abu Dujanah pula yang telah pun membelit kepalanya dengan semutar merah, menghunus pedang Rasulullah dengan tekad melaksanakan tugasnya yang dijanjikan, beliau meluru ke tengah-tengah orang ramai, asal bertembung dengan musyrik pasti dikerjakannya, beliau bagaikan menolak barisan musyrikin dengan asakannya. Sebelum ini al- Zubair bin al-Awwam terkilan juga; “Semasa ku memohon supaya Rasulullah menyerah pedangnnya itu pada ku lalu Baginda enggan memberinya pada ku malah diserahkan kepada Abu Dujanah, ku berbisik pada diriku, bukankah aku ini anak Sofiah ibu saudaranya, daku ini dari bangsa Quraisy pula, daku yang datang sendiri di hadapan Baginda, daku yang mendahuluinya,


namun Baginda tidak memberikannya, demi Allah aku ingin lihat apa yang beliau hendak lakukan? Aku ekorinya, kemudian aku ternampak beliau mengeluarkan sehelai kain merah lalu dililit kepalanya”, maka orang-orang Ansar pun berkata: “Abu Dujanah sudah pun bawa keluar semutar maut”, di masa itu beliau berdendang: Daku ini yang dijanji kekasihku Semasa dipinggir di tepian tamar itu Ku bukan wira di belakang saf Pukulan ku pukulan pedang Rasul dan Allah. Setiap musyrik melintasi di hadapannya pasti dicantas, di masa itu terdapat seorang wira di kalangan musyrikin yang tegas, ku berdoa semoga wira Islam Abu Dujanah bertemu dengan wira musyrik itu, dengan izin Allah mereka berdua bertemu,



masing-masing saling memukul lawannya, si musyrik tadi menetak Abu Dujanah dengan pedangnya, tapi Abu Dujanah sempat menangkis dengan perisainya menyebabkan pedangnya patah, apa lagi Abu Dujanah pun menghayun pedangnya ke badan wira kafir tadi menyebabkan beliau terhumban ke tanah. Abu Dujanah merempuh baris’an-barisan peperangan hingga sampai ke barisan pemimpin kaum ibu musyrikin, tanpa disedarinya kata Abu Dujanah: “Di sana ku nampak seorang manusia yang mencakar seterunya, aku mara ke hadapannya sebaik sahaja aku hendak menetaknya tiba-tiba beliau menjerit, baru aku tahu yang ianya seorang perempuan, daku pun tidak jadi membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah, dari membunuh seorang perempuan”.



Perempuan itu rupanya Hindun binti Utbah. Kata al-Zubair bin al-Awwam: “Daku melihat Abu Dujanah menghayun pedangnya ke atas kepala Hindun binti Utbah, kemudian beliau tidak jadi menetaknya, ku berkata hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahui sedemikian”. Pada permulaan peperangan, Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada kumpulan pemanah supaya menjaga bahagian belakang kaum muslimin daripada serangan pihak musuh. Tetapi apabila kaum musyrikin mula berundur, kaum muslimin pada ketika itu Nampak seperti berada di ambang kemenangan.



Pada ketika itulah, 40 orang dari kumpulan pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas Bukit Uhud telah turun untuk mengumpul harta perang yang ditinggalkan oleh kaum musyrikin di atas sangkaan mereka telah mencapai kemenangan. Apabila kaum musyrikin melihat keadaan ini, mereka pun bertindak untuk menyerang kaum muslimin dari arah belakang. Pada ketika ini, kaum muslimin berada di ambang bahaya kerana tersepit di antara dua kumpulan kafir quraisy. Oleh sebab ini, askar quraisy telah berjaya mendekati Rasulullah s.a.w dan mencederakan baginda.



Selepas itu, ramai di antara para sahabat yang hebat membentuk perisai atau benteng untuk mempertahankan baginda. Antaranya ialah Abu Dujana. Beliau menerima banyak panahan dan tikaman tetapi sedikit pun tidak tergerak daripada posisinya. Ini membuktikan betapa cintanya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w sehingga sanggup berbuat demikian.Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, ketika di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, ketika Abu Bakar sedang memerintah, Abu Dujana mati syahid ketika menentang askar Musaylima al-Kadzhab yang merupakan pendusta yang menamakan dirinya rasul yang seterusnya.