Labels

Tuesday, November 24, 2009

MAKLUMAN:

QIAM bulan November insya' Allah akan diadakan pada:
- 29/11/09 (Ahad)
- Tempat biasa
- Masa seperti biasa.

Kehadiran amat digalakkan sempena cuti sekolah dan Raya Aidil Adha ini.

Diskusi Ilmu KRUKB

24/11/09 (Selasa)
Alhamdulillah usrah KRU muslimat telah dijalankan untuk kedua kalinya pada musim cuti sekolah ini dengan kehadiran yang amat memuaskan berbanding usrah yang pertama Sabtu lalu.

Untuk pengetahuan dan makluman adik2 KRU, usrah muslimat insya' Allah akan dijalankan 2 kali seminggu dan tarikh, masa dan hari akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Bagi adik2 yang sememangnya berkelapangan bolehlah mengikuti majlis ilmu ini dan boleh menghubungi kakak2 PSS untuk maklumat lanjut.

Ayuh bangunlah adik-adikku! Manfaatkan masa lapang yang ada sebelum datangnya masa sempit.

QIAM PSS (muslimat)

23/11/09 (Isnin)
Alhamdulillah, walaupun dengan kehadiran yang kurang memuaskan dapat juga qiam ahli muslimat PSSkb ini dijalankan tanpa perancangan yang terperinci. Hanya bermatlamat untuk mengumpulkan sahabat2 yang baru pulang ke kawasan sempena cuti semester ini.

Kehadiran 7 orang ahli sudah memadai untuk permulaan ini dengan harapan penggerak2 ini dapat tarbiyah dalaman disamping tugas utama mentarbiyah para pelajar. Majlis ilmu ini diimarahkan dengan kehadiran Kak Su & Kak Seri yang memberi pengisian dan perkongsian ilmu selepas maghrib dan isya'.

24/11/09 (Selasa)
Qiamullail ahli PSS yang jarang diadakan secara berjemaah ini walau pun dalam kuantiti yang sedikit amat bermakna dengan kehadiran sahabat seperjuangan yang sekian lama tidak bersua muka.

Semoga sahabat2 yang tidak dapat hadir dapat merasai kemanisan ukhwah ini dan semoga bertemu pada masa akan datang.

Monday, November 16, 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KE-8 SMATS

KOTA BELUD, 14 November; Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) kali ke-8 SMKA Tun Said telah diadakan di Dewan Utama SMATS bermula pagi hingga tengah hari Sabtu lalu.

MAC kali ini amat meriah dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan dan semangat untuk anak-anak agar terus berusaha menuju kejayaan. Majlis dimeriahkan lagi dengan majlis graduasi pelajar tingkatan 5 yang cantik dan segak dengan jubah graduasi mereka.

Diharapkan dengan penyampaian anugerah ini dapat meningkatkan semangat dan usaha para pelajar dalam perjuangan akademik mereka. Semoga berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan datang bermula 18/11/09 hingga 18/12/09. Selamat menduduki peperiksaan dan selamat menjawab!

IHTIFAL PASTI 2009


KOTA BELUD, 14 November; Ihtifal PASTI telah diadakan pada hari Sabtu lalu bertempat di Pasti Al-Firdaus Kota Belud bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.


Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran para ibu bapa pelajar yang memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran pada tahun ini dan kepada pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan khas dari pelajar tahun 5 dan 6 yang mana mereka menyampaikan lagu dan pentomen yang menarik hati. Semoga dengan berlangsungnya majlis ini dapat memberi galakan dan semangat kepada para pelajar untuk terus maju dengan lebih cemerlang dalam pelajaran, dunia juga akhirat.

Thursday, November 5, 2009

AL FUTUR

DEFINISI

Dari sudut bahasa, futur dibahagikan kepada dua makna:

* Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak.

* Malas, menangguh, berlengah sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.

Dari sudut istilah pula, futur merupakan suatu penyakit yang mungkin akan atau telah menimpa sebahagian “amilin”.

Tahap futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh dan melengah-lengahkan manakala tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.


SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA FUTUR

i. Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan didalam agama.

ii. Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan.

iii. Mufaraqah (meninggalkan) jama’ah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan.

iv. Kurang mengingati mati dan hari akhirat.

v. Pengabaian melakukan ibadat harian.

vi. Mengambil makanan yang haram atau syubhat.

vii. Penumpuan amilin keatas sudut tertentu dari ajaran Islam.

viii. Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan.

ix. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab disamping kekurangan tenaga amilin.

x. Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.

xi. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.

xii. Sambil lewa menjalankan tugas samada diperingkat individu atau diperingkat jama’ah.

xiii. Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh.


KESAN FUTUR

Kesan yang akan diperolehi adalah begitu parah dan berbahaya. Ia akan dirasai oleh samada para amilin itu sendiri mahupun gerakan Islam yang di dokong.

Para amilin akan berkurangan perhatian dan tumpuan mereka untuk melakukan ketaatan keada Allah. Kemungkinan sikap ini akan terus kekal keakhir hayatnya. Akibatnya ia akan memikul bebanan dosa lantaran tidak patuh kepada suruhan Allah.

Kesan yang berlaku keatas gerakan Islam pula ialah terpaksa melalui perjalanan yang panjang dalam perjuangan, bebanan yang berat dan memerlukan pengorbanan yang banyak. Ini merupakan sunnatullah kerana Allah tidak akan memberikan kemenangan dan kekuasaan kepada orang yang malas, lalai dan tidak konsisten dalam perjuangan. Sesungguhnya kemenangan hanya diberikan kepada para amilin yang berjuang secara sistematik, berterusan serta cemerlang


MENGUBATI FUTUR

i. Menjauhkan diri dari melakukan maksiat samada yang besar mahupun kecil.

ii. Berterusan melakukan ibadah harian

iii. Mengingati waktu afdhal beramal-ibadat

iv. Tidak keterlaluan dalam agama

v. Meletakkan diri dalam barisan jama’ah

vi. Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya.

vii. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan.

viii. Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan

ix. Sentiasa mendampingi orang-orang soleh yang berjihad dikalangan hamba Allah.

x. Memberi hak kepada badan.

xi. Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus.

xii. Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, dan biografi.

xiii. Sentiasa mengingati mati dan soal kubur.

xiv. Sentiasa mengingati syurga dan neraka

xv. Selalu menghadiri majlis ilmu

xvi. Menerima Islam secara keseluruhan.

xvii. Muhasabah keatas diri setiap hari.

Apakah Benar Engkau Pejuang??...

Tetapi tidak mahu menerima ujian

Tetapi rosak oleh pujian

Tetapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Tetapi tidak begitu setiakawan

Tetapi tidak sanggup berkorban

Tapi ingin jadi pimpinan

Tetapi amat susah menerima pandangan

Menjadi pengikut agak segan

Tetapi tolak ansur tidak engkau amalkan

Tapi tidak sanggup menerima cabaran

Tetapi kesihatan dan kerehatan

Tidak sanggup engkau korbankan

Tetapi tidak mahu menerima ujian

Masa tidak sanggup engkau luangkan

Diri tidak engkau tingkatkan

Disiplin diri engkau abaikan

Janji kurang engkau tunaikan

Kasih sayang engkau cuaikan

Tetamu engkau abaikan

Ilmu berjuang engkau abaikan

Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Pandangan engkau tidak selaraskan

Iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang hendak engkau perjuangkan????....