Labels

Thursday, November 5, 2009

AL FUTUR

DEFINISI

Dari sudut bahasa, futur dibahagikan kepada dua makna:

* Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak.

* Malas, menangguh, berlengah sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.

Dari sudut istilah pula, futur merupakan suatu penyakit yang mungkin akan atau telah menimpa sebahagian “amilin”.

Tahap futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh dan melengah-lengahkan manakala tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.


SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA FUTUR

i. Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan didalam agama.

ii. Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan.

iii. Mufaraqah (meninggalkan) jama’ah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan.

iv. Kurang mengingati mati dan hari akhirat.

v. Pengabaian melakukan ibadat harian.

vi. Mengambil makanan yang haram atau syubhat.

vii. Penumpuan amilin keatas sudut tertentu dari ajaran Islam.

viii. Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan.

ix. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab disamping kekurangan tenaga amilin.

x. Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.

xi. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar.

xii. Sambil lewa menjalankan tugas samada diperingkat individu atau diperingkat jama’ah.

xiii. Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh.


KESAN FUTUR

Kesan yang akan diperolehi adalah begitu parah dan berbahaya. Ia akan dirasai oleh samada para amilin itu sendiri mahupun gerakan Islam yang di dokong.

Para amilin akan berkurangan perhatian dan tumpuan mereka untuk melakukan ketaatan keada Allah. Kemungkinan sikap ini akan terus kekal keakhir hayatnya. Akibatnya ia akan memikul bebanan dosa lantaran tidak patuh kepada suruhan Allah.

Kesan yang berlaku keatas gerakan Islam pula ialah terpaksa melalui perjalanan yang panjang dalam perjuangan, bebanan yang berat dan memerlukan pengorbanan yang banyak. Ini merupakan sunnatullah kerana Allah tidak akan memberikan kemenangan dan kekuasaan kepada orang yang malas, lalai dan tidak konsisten dalam perjuangan. Sesungguhnya kemenangan hanya diberikan kepada para amilin yang berjuang secara sistematik, berterusan serta cemerlang


MENGUBATI FUTUR

i. Menjauhkan diri dari melakukan maksiat samada yang besar mahupun kecil.

ii. Berterusan melakukan ibadah harian

iii. Mengingati waktu afdhal beramal-ibadat

iv. Tidak keterlaluan dalam agama

v. Meletakkan diri dalam barisan jama’ah

vi. Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya.

vii. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan.

viii. Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan

ix. Sentiasa mendampingi orang-orang soleh yang berjihad dikalangan hamba Allah.

x. Memberi hak kepada badan.

xi. Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus.

xii. Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, dan biografi.

xiii. Sentiasa mengingati mati dan soal kubur.

xiv. Sentiasa mengingati syurga dan neraka

xv. Selalu menghadiri majlis ilmu

xvi. Menerima Islam secara keseluruhan.

xvii. Muhasabah keatas diri setiap hari.

0 comments:

Post a Comment