Sunday, March 21, 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU!
Pencarian Lirik Lagu.
Atas pesetujuan Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU, Insya-Allah selepas ini logo yang terbaru akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama. Sekalung ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menyumbangkan idea dan cadangan-cadangan kreatif dalam penghasilan logo. Untuk makluman, tempahan baju rasmi kelab telah dilakukan dan kini hanya menunggu detik diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:
-Ilmu kefahaman
-Keimanan atau ketakwaan
-Keikhlasan hati
-Amal yang benar
-Kesungguhan dalam kerja
-Pengorbanan dan kepatuhan
-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)
Ringan-ringankan minda dan jemari anda,
sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:
zulhilmey@gmail.com (Pengarah program)
ATAU
yuyushira@ymail.com (Timbalan Pengarah program)
PESANAN BUATMU TEMAN
Perkara utama yang perlu dijaga ialah hubungan kita dengan Al-Khaliq. Solat, bacaan qur’an, zikir al-ma’thurat dan qiamullail perlu dijaga kerana ianya penguat hati dan rohani kita. Sebabnya, banyak ujian dan dugaan yang pasti berkunjung apatah lagi buat insan yang bergelar pendokong dakwah Islam.
Andainya perkara utama ini lulus, namun ianya masih tidak lengkap jika hubungan sesama manusia tidak baik. Terutamanya hubungan dengan ibubapa. Walaupun realitinya kebebasan kita terhalang oleh ibubapa, namun bijaklah mengurus masalah ini. Perlahan-lahan dalam memahamkan ibubapa kita. Ibubapa mana yang tidak sayangkan anaknya, sudah tentu mereka risau jika anak kesayangannya sering keluar rumah. Walaupun kaluarnya kita dari rumah untuk gerak kerja Islam, namun maklumkanlah keluarga kita terlebih dahulu. Patuhilah arahan mereka selagi mana tidak bertentangan dengan syariat Islam. Perjuangan Islam tidak pernah menyingkirkan ibubapa dari pendokongnya bahkan mengutamakan lagi mereka. Pasti ada jalan penyelesaiannya walaupun agak lambat mereka memahami kita. Namun, bersabarlah demi kelancaran gerak kerja Islam yang kita bawa.
Hati guru-guru perlu dititikberatkan kerana Allah tidak redha dengan ilmu kita jika guru kita tidak meredhainya. Silap-silap kita boleh terkandas bukan sahaja di medan akademik bahkan juga di medan perjuangan. Na’uzubillahi min dzalik... Memanglah sijil akademik bukan pengukur tahap ilmu dan keupayaan dakwah kita, tetapi ianya adalah wasilah untuk kelangsungan perjalanan dakwah dan gerak kerja kita. Lagi pula, Allah mengangkat tinggi martabat orang yang berilmu dan masyarakat menghormati orang-orang yang berilmu. Maka, gunakanlah masa dan peluang yang ada dengan sebaiknya.
Hubungan dengan rakan-rakan dan teman-teman juga perlu dijaga kerananya mereka adalah antara mad’u kita. Kita bukan berdakwah dengan pokok-pokok, haiwan-haiwan tetapi dengan manusia. Dan adakalanya teman-teman kita jadi pembantu kita dalam perjuangan ini. Misalnya, mereka membantu dalam akademik seandainya kita mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Mereka juga turut membantu perjuangan kita dengan menghadiri program-program yang kita anjurkan. Oleh itu, perbaikilah hubungan yang retak agar tidak berkecai.
Seterusnya, jagalah hubungan kita dengan masyarakat sekitar. Walaupun pelbagai macam tohmahan dan fitnah yang kita terima namun pekakkanlah telinga untuk itu jika kita yakin kita di jalan yang benar. Tetapi, sensitif lah dengan isu agama Islam yang kita cintai. Segala mehnah dan tribulasi itu menjadi penguat kita dalam perjuangan ini.
Sedangkan Rasulullah SAW menghadapi banyak dugaan dan cabaran inikan pula kita manusia biasa. Jadikan sirah Rasul sebagai pedoman dalam perjalanan dakwah ini.
Allahu ghoyatuna,
ar-rasul qudwatuna,
al-Qur’an dusturuna,
al-jihadu sabililuna,
al-mautu fi sabilillah asma amanina...
Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami,
Al-Qur’an pedoman hidup kami,
jihad adalah jalan hidup kami,
mati dijalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi...
REHLAH MUSLIMAT
13hb Mac 2010, Sabtu
Rehlah muslimat KRU KB telah diadakan selepas selesainya usrah muslimat pada pagi Sabtu itu. Walaupun ramai yang menghadiri usrah, namun tidak semuanya dapat mengikuti rehlah yang tidak dirancang pada petang itu. 
Pada mulanya, aktiviti ini sekadar untuk mengisi kekosongan pada cuti sekolah. Namun, objektif utamanya ialah untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli yang sekian lama tidak bertemu serta menyemai semangat kerjasama dalam pasukan.
Aktiviti yang ringkas ini juga dapat memupuk kesatuan dan mempraktikkan ilmu pengurusan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti walaupun perancangan dalam masa yang singkat.
Bagi sahabat2 yang tidak berpeluang mengikuti aktiviti ini jangan bersedih kerana kita akan mengadakan lagi rehlah besar-besaran pada masa akan datang.

