Labels

Tuesday, May 15, 2012

Brochure Rasmi PSS 2012/13


Muka Depan : Muat Turun di sini.


Muka Belakang : Muat Turun di sini.


Sahabat2 dialu-alukan utk muat turun brochure dan sebarkan...syukran :)




























http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=f5dagjpd25oi21k

Monday, May 14, 2012

Bengkel Fasilitator "Young Murabbi" 2012


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Program Bengkel Fasilitator kali pertama berjaya dijalankan pada 13 Mei 2012. Ini merupakan julung-julung kali PSS Kota Belud menganjurkan program bengkel fasilitator. Program ini bertujuan melatih adik-adik merangkap bakal fasilitator pada program Kem Remaja Islam (KRIS) yang akan diadakan 2 minggu lagi, InsyaAllah. Oleh itu, PSS Kota Belud mengambil inesiatif untuk mendedahkan kepada mereka kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang fasilitator yang cemerlang.
       Walaupun kekurangan tenaga kerja, Alhamdulillah atas kerjasama adik-adik KRUKB, semua persiapan untuk program ini dapat dijalankan mengikut perancangan. Lokasi awal program bertempat di Pasti Al-Firdaus Kota Belud namun atas sebab-sebab tertentu, Program Bengkel Fasilitator berpindah lokasi ke Masjid Pekan Kota Belud. Pendaftaran peserta yang bermula seawal 8.30 pagi menyaksikan semangat adik-adik yang datang awal ke tapak program. Seramai 12 orang muslimat dan 5 orang muslimin telah hadir sebagai peserta dalam program kali ini. Walaupun ada yang sibuk membuat persediaan untuk ujian/peperiksaan, namun masa tetap diluangkan untuk datang ke program.




Slot pertama bermula pada pukul 9 pagi. Kuliah dasar yang bertajuk “I’am Young Murabbi” telah disampaikan oleh pengerusi PSSKB sendiri, saudara Iqbal Fikri Anafiah. Antara pengisian yang diberikan termasuklah pengertian fasilitator, ciri-ciri seorang fasilitator, peranan fasilitator dalam mengendalikan kumpulan, kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang fasilitator dan beberapa aspek yang perlu ada pada setiap individu yang bergelar fasilitator. Saudara Iqbal mangingatkan adik-adik peserta bahawa untuk menjadi seorang fasililator yang cemerlang, kita mesti selalu “UPDATE ILMU” dan betulkan niat .. ingat tu adik2 ^_^


Pengerusi PSSKB 

 Kuliah Dasar disampaikan secara santai oleh Sdr. Iqbal


Selepas mendengar kuliah dasar, Latihan dalam Kumpulan (LDK) pun bermula. Semua peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan memandangkan hanya ada 2 orang kakak  dan 3 orang abang PSS. Ramai lagi sebenarnya srikanda2 dan srikandi2 PSSKB, tapi masih meneruskan perjuangan di tempat orang. Semoga balik nanti membawa ilmu yang berguna untuk menyebarkan Islam di bumi Kota Belud, InsyaAllah. Pelbagai bentuk LDK yang diterapkan kepada peserta diantaranya berbentuk taaruf, motivasi, dan keyakinan diri. Selepas kakak-kakak dan abang-abang fasilitator menerangkan pelaksanaan LDK kepada setiap kumpulan, adik-adik akan masuk ke dalam kumpulan yang lain dan berfungsi sebagai pengendali kepada LDK yang telah mereka alami sebentar tadi. Walaupun ada yang rasa gementar dan tidak yakin, namun mereka tetap berusaha untuk memberi kefahaman kepada rakan-rakan sekumpulan tentang LDK yang cuba mereka sampaikan. Kerjasama dalam ahli kumpulan juga jelas dapat dilihat dalam aktiviti ini.

Khusyuk dengar kak zahariah bercakap

Pendapat yang panjang lebar dari adik Wafi :) bakal2 Imam Muda ni..

Berakhirnya LDK, semua peserta menunaikan solat zohor secara berjemaah. Selesai solat, makan secara berjemaah pula. Walaupun makanan yang disediakan tidak seberapa oleh kakak-kakak, namun adik-adik ni tetap berselera manikmati juadah makan tengah hari. Alhamdulillah :) bersyukur dengan apa yang ada.

chef  muslimah beraksi di dapur ;)

~berselera adik2 makan~

Program masih belum berakhir, slot yang terakhir ialah penerangan tentang semua LDK yang telah dilaksanakan. Rupanya ada yang tersirat di sebalik apa yang adik-adik lakukan semasa latihan dalam kumpulan tadi. Sekali lagi, kesimpulan diberikan oleh Sdr. Iqbal Fikri mengenai keseluruhan pengisian yang telah disampaikan pada hari itu. 
Semoga semua peserta yang hadir mendapat sesuatu yang bermanfaat daripada program ini. Semoga akan lahir bakal-bakal fasilitator yang mewarnai lagi gerak kerja dakwah di bumi ini. Buat adik-adik yang kami sayangi kerana Allah., teruskan usaha menjadi “Young Murabbi” yang diredhai oleh Allah S.W.T.

..Wallahulam..

Monday, May 7, 2012

Jum Ke KRISKB 2012!!

Assalamualaikum Warahmatullah..


Sekali lagi pada tahun ini PSS & KRU Kota Belud akan menganjurkan Kem Remaja Islam (KRIS) kali ke 5. Program tahunan ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar disekitar Kota Belud dan penyertaan juga dibuka untuk sahabat-sahabat yang berada di kawasan lain. Masa berbaki 17 hari lagi untuk menyiapkan segala kelengkapan untuk program pada kali ini. Membawa tema "Membina Generasi Al-Fateh" ,dengan harapan adik2 peserta bakal mencontohi ketokohan dan kepimpinan sultan Muhammad Al-Fateh..



Thursday, May 3, 2012

Program Qiamullail Kali ke-3 KRU KB


        Pada 28-29 april lepas,KRUKB telah mengadakan Qiamullail kali ke-3 dengan jayanya.Lokasi Qiam kali masih sama seperti qiam-qiam lepas yang bertempatkan di Masjid Pekan Kota Belud. Penyertaan kali ini sebanyak 57 orang peserta daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar kota belud menghadirkan diri untuk turut serta dalam program bulanan qiamullail.Seramai 25 orang ajk yang terdiri daripada ahli-ahli KRU terlibat dalam menjayakan program ini.
Pendaftaran peserta
Ahlan Wasahlah Adik-adik... :)

      Qiamullail kali ini bertemakan ‘‘HAYYA ALASOLAH’’yang bermaksud menyeru kita untuk mendirikan sembahyang.Tujuan KRUKB meletakkan tema HAYYA ALASOLAH ini kerana untuk mendedahkan kepada para peserta bahawasanya solat itu tersangat penting dalam hidup kita.  Sepertimana yang kita tahu solat ini merupakan rukun islam yang kedua .Selain itu,solat juga merupakan tiang agama. KRUKB juga ingin mendedahkan kepada para peserta tentang kelebihan solat. 

       Qiamullail kali ini lebih kepada praktikal daripada qiam yang sebelumnya.Pada Slot LDK & USRAH ,ajk pengisian telah merancang untuk memperlihatkan kepada para peserta betapa pentingnya solat itu sebagai tiang agama. Setelah selesai menunaikan solat maghrib,para peserta dikumpulkan mengikut kumpulan yang diberi semasa USRAH & LDK.Para Naqib/Naqibah memainkan peranan setiap kumpulan masing-masing.Tajuk yang diberi pada masa itu ialah MUHASABAH SOLAT.Para Naqib/Naqibah menanyakan soalan kepada para peserta bagaimana solat mereka,keluarga mereka solat kah,apa perasaan meningalkan solat,apa perasaan menunaikan solat & apa yang mereka faham tentang solat????


Para peserta muslimin sedang khusyuk mendengar Usrah & Ldk yang disampaikan oleh Naqib mereka.

Adik-adik muslimat..wajah-wajah baru yang hadir dalam Qiam kali ini

 Muhasabah solat yang dipimpin oleh Ukhti Nisa 

        Program ini diteruskan lagi dengan ceramah yang bertajuk”HAYYA ALASOLAH”.Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Saiffuddin.Ceramah ini memberikan pengisian yang menarik untuk para peserta,yang mana pengisiannya tentang kewajipan solat,hukum meninggalkan solat,ibadat yang pertama dihitung di akhirat dan banyak lagi.Alhamdullilah penceramah dapat menyampaikan pengisian yang begitu menarik untuk para peserta.Setelah selesai ceremah disampaikan,para peserta disediakan dengan slot”BOTOL BERACUN”.Slot ini begitu mendebarkan hati para peserta.Apabila botol terhenti di antara peserta maka peserta itu akan disoal oleh ajk qiam.

   Ceramah "HAYYA ALASOLAH" yang disampaikan oleh Ustaz Saifuddin.

Ceramah yang disampaikan oleh Us. Saifuddin banyak memberi ilmu baru berkenaan solat kepada adik-adik yang hadir. Kewajipan kita sebagai muslim untuk mendirikan solat ,cara solat yang betul , dan kesan meninggalkan solat disentuh dalam ceramah kali ini. Ustaz Saifuddin yang kerap memasukkan unsur-unsur kecindan dalam penyampaian mencuit hati adik-adik. Walaupun penat dan mengantu, mereka tetap memberikan perhatian pada ceramah yang disampaikan. 

Selepas sesi ceramah, satu lagi slot khas yang diadakan ialah aktiviti "botol beracun" , ramai di kalangan peserta yang sudah pernah bermain permainan ini, tapi uniknya kali ini.. soalan/denda yang dikenakan adalah berkisar tentang solat. Soalan akan diajukan oleh fasilitator dan rakan-rakan peserta yang lain. 

Seorang adik muslimin tekun mencari jawapan soalan diajukan oleh abang fasinya

Adik kepada pengerusi KRUKB.. jadi pserta bertuah pada malam itu
Alhamdulillah .. dapat juga jawab.. ^_^

Pada keesokan harinya, Slot ”KEMBARA FARDHU AIN’’ diadakan. Ia hampir serupa dengan permainan explorace. Permainan ini menguji kebijaksanaan para peserta untuk menjawab semua soalan-soalan yang disediakan serta dapat mengaplikasikan ilmu yang telah disampaikan dalam slot-slot sebelum itu. Para peserta didedahkan tentang rukun solat,cara-cara mengambil wuduk yang sempurna,praktikal solat ,syarat sah solat dan banyak lagi tentang solat yang diselitkan didalam kembara ini.Harap apa yang telah diberi dalam program kali ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta.

Stesen yang banyak menguji kefahaman para peserta. 

Amali solat 

Akhi Hashim mengajukan soalan kepada adik-adik berkaitan solat

Disebabkan muslimin awal meninggalkan tapak program selepas habis majlis penutupan. Tinggallah srikandi-srikandi Islam yang sempat mengambil gambar dengan kakak-kakak Fasilitator dan AJK..

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim 

Jumpa lagi di program yang lain. ^_^