Labels

Monday, May 14, 2012

Bengkel Fasilitator "Young Murabbi" 2012


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Program Bengkel Fasilitator kali pertama berjaya dijalankan pada 13 Mei 2012. Ini merupakan julung-julung kali PSS Kota Belud menganjurkan program bengkel fasilitator. Program ini bertujuan melatih adik-adik merangkap bakal fasilitator pada program Kem Remaja Islam (KRIS) yang akan diadakan 2 minggu lagi, InsyaAllah. Oleh itu, PSS Kota Belud mengambil inesiatif untuk mendedahkan kepada mereka kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang fasilitator yang cemerlang.
       Walaupun kekurangan tenaga kerja, Alhamdulillah atas kerjasama adik-adik KRUKB, semua persiapan untuk program ini dapat dijalankan mengikut perancangan. Lokasi awal program bertempat di Pasti Al-Firdaus Kota Belud namun atas sebab-sebab tertentu, Program Bengkel Fasilitator berpindah lokasi ke Masjid Pekan Kota Belud. Pendaftaran peserta yang bermula seawal 8.30 pagi menyaksikan semangat adik-adik yang datang awal ke tapak program. Seramai 12 orang muslimat dan 5 orang muslimin telah hadir sebagai peserta dalam program kali ini. Walaupun ada yang sibuk membuat persediaan untuk ujian/peperiksaan, namun masa tetap diluangkan untuk datang ke program.




Slot pertama bermula pada pukul 9 pagi. Kuliah dasar yang bertajuk “I’am Young Murabbi” telah disampaikan oleh pengerusi PSSKB sendiri, saudara Iqbal Fikri Anafiah. Antara pengisian yang diberikan termasuklah pengertian fasilitator, ciri-ciri seorang fasilitator, peranan fasilitator dalam mengendalikan kumpulan, kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang fasilitator dan beberapa aspek yang perlu ada pada setiap individu yang bergelar fasilitator. Saudara Iqbal mangingatkan adik-adik peserta bahawa untuk menjadi seorang fasililator yang cemerlang, kita mesti selalu “UPDATE ILMU” dan betulkan niat .. ingat tu adik2 ^_^


Pengerusi PSSKB 

 Kuliah Dasar disampaikan secara santai oleh Sdr. Iqbal


Selepas mendengar kuliah dasar, Latihan dalam Kumpulan (LDK) pun bermula. Semua peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan memandangkan hanya ada 2 orang kakak  dan 3 orang abang PSS. Ramai lagi sebenarnya srikanda2 dan srikandi2 PSSKB, tapi masih meneruskan perjuangan di tempat orang. Semoga balik nanti membawa ilmu yang berguna untuk menyebarkan Islam di bumi Kota Belud, InsyaAllah. Pelbagai bentuk LDK yang diterapkan kepada peserta diantaranya berbentuk taaruf, motivasi, dan keyakinan diri. Selepas kakak-kakak dan abang-abang fasilitator menerangkan pelaksanaan LDK kepada setiap kumpulan, adik-adik akan masuk ke dalam kumpulan yang lain dan berfungsi sebagai pengendali kepada LDK yang telah mereka alami sebentar tadi. Walaupun ada yang rasa gementar dan tidak yakin, namun mereka tetap berusaha untuk memberi kefahaman kepada rakan-rakan sekumpulan tentang LDK yang cuba mereka sampaikan. Kerjasama dalam ahli kumpulan juga jelas dapat dilihat dalam aktiviti ini.

Khusyuk dengar kak zahariah bercakap

Pendapat yang panjang lebar dari adik Wafi :) bakal2 Imam Muda ni..

Berakhirnya LDK, semua peserta menunaikan solat zohor secara berjemaah. Selesai solat, makan secara berjemaah pula. Walaupun makanan yang disediakan tidak seberapa oleh kakak-kakak, namun adik-adik ni tetap berselera manikmati juadah makan tengah hari. Alhamdulillah :) bersyukur dengan apa yang ada.

chef  muslimah beraksi di dapur ;)

~berselera adik2 makan~

Program masih belum berakhir, slot yang terakhir ialah penerangan tentang semua LDK yang telah dilaksanakan. Rupanya ada yang tersirat di sebalik apa yang adik-adik lakukan semasa latihan dalam kumpulan tadi. Sekali lagi, kesimpulan diberikan oleh Sdr. Iqbal Fikri mengenai keseluruhan pengisian yang telah disampaikan pada hari itu. 
Semoga semua peserta yang hadir mendapat sesuatu yang bermanfaat daripada program ini. Semoga akan lahir bakal-bakal fasilitator yang mewarnai lagi gerak kerja dakwah di bumi ini. Buat adik-adik yang kami sayangi kerana Allah., teruskan usaha menjadi “Young Murabbi” yang diredhai oleh Allah S.W.T.

..Wallahulam..

0 comments:

Post a Comment