Labels

Friday, August 30, 2013

Rumah Terbuka Aidilfitri PSS dan KRU Kota Belud 2013


17 Ogos 2013, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Kota Belud meraihkan lebaran tahun ini dengan mengadakan rumah terbuka aifidlfitri 2013. Rumah terbuka Aidilfitri adalah acara tahunan yang diadakan oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) untuk meraihkan aidilfitri dan merapatkan silaturrahim antara semua ahli khususnya dan masyarakat Kota Belud amnya. Sambutan kali ini diadakan dengan penuh sederhana mengingatkan musibah yang melanda saudara kita di Mesir.

Program dimulakan dengan ucapan yang disampaikan oleh Sdr. Iqbal Fikri bin Anfiah merangkap Pengerusi PSS Cawangan Penaja Kota Belud. Ucapan alu-aluan yang disampaikan banyak menyentuh tentang pentingnya ukhuwwah dalam memastikan semua gerak kerja yang dilakukan oleh PSS dan KRU berjalan lancar dan mendapat redha Allah S.W.T. Selain itu juga, Sdr. Iqbal juga sempat mengulas peristiwa berdarah di Mesir yang berlaku ketika ini. Ia bukanlah satu isu umat Islam di sana sahaja, namun ia merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu di ambil peduli oleh setiap individu. Sebagai saudara seakidah, kita haruslah sentiasa mendoakan mereka di sana dan memberi sokongan dan bantuan dari pelabagai sudut termasuklah bantuan kewangan bagi yang berkemampuan.




Sambutan pada kali ini turut dihadiri oleh Saudara Hasmadi Hasbi yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Pusat. Kami dari PSS Kota Belud mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir bersama dalam majlis sambutan rumah terbuka aidilfitri pada tahun ini. Walaupun sambutan agak sederhana, namun kemeriahan tetap dapat dirasai oleh semua yang hadir. Apa yang diharapkan agar aidilfitri pada tahun ini dapat mengeratkan lagu ukhuwwah antara kita untuk sama-sama memantapkan lagi gerak kerja kita di masa akan datang. InsyaAllah. 





Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kota Belud mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Thursday, August 8, 2013

Aidil Fitri yang Barokah

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar wa lillaahil hamdu.

Takbir bergema memecah kesunyian pagi,tanda umat manusia seluruh dunia merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa di atas kesempatan yang telah diberikan untuk merayakan hari raya Aidil Fitri pada tahun ini.Setelah sebulan Allah berikan kepada kita untuk melatih diri melawan hawa nafsu,memantapkan ibadah fardhu dan sunat serta menjaga akhlak dan peribadi,maka dengan sifat Ar-Rahman yang ada pada Allah,kita diberi peluang untuk merayakan hari kemenangan ini.

Bulan Ramadhan yang berlalu semestinya meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri seorang hamba yang benar-benar menghayati 'hadiah' Ramadhan yang telah diberikan oleh Allah SWT.Sebulan Ramadhan digunakan semaksima mungkin bagi melatih diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa dan dekat kepadaNya.Ibadah fardhu diperhebat,ibadah sunat ditambah,tadarus Al-Quran diganda,malah qiyamullail dipanjangkan.Tidak hairanlah jika orang yang benar-benar menghayati Ramadhan akan terasa sedih dengan pemergian Ramadhan.

Kerana itulah Allah mengurniakan Syawal sebagai hadiah kepada semua umat Islam di atas segala mujahadah yang telah dilakukan di bulan Ramadhan.Hari umat Islam bergembira merayakan Aidil Fitri di samping keluarga tercinta.Semua ahli keluarga pulang ke desa bagi sama-sama merayakan Aidil Fitri yang mulia.Ditambah lagi dengan tradisi kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi,menambahkan lagi kemanisan Aidil Fitri.

Namun,di sebalik kegembiraan kita meraikan Syawal,terdapat beberapa perkara yang bertentangan dengan syariat yang mungkin kita terlepas pandang.Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sudah sebati dengan kehidupan pada hari raya sehingga kadang-kadang kita bersalaman dengan orang yang bukannya mahram kita.Akhlak sesama ajnabi tidak dipelihara sehingga kita terlupa batas-batas pergaulan yang telah Islam tetapkan.Bukan itu sahaja,pembaziran juga berlaku apabila terdapat tuan rumah yang menyediakan juadah yang terlalu banyak sehingga akhirnya dibuang di tong sampah sahaja.

Mari kita muhasabah.Inikah hasil didikan yang telah kita dapat selama sebulan yang baru sahaja berlalu?Di mana hendak kita letakkan martabat iman kita kalau kita melupakan terus tarbiyah yang pernah kita lalui di bulan Ramadhan?Oleh itu,marilah kita bersama-sama meraikan Aidil Fitri ini dengan penuh kesyukuran dan keimanan,bukannya dengan kemaksiatan dan kemurkaan Tuhan.

Berikut merupakan perkara-perkara yang dapat kita lakukan agar hari lebaran ini dirayakan dengan mengikut syariat Islam.Jaga akhlak ketika beraya dan berkunjung ke rumah saudara mara.Jaga batas-batas pergaulan sesama ajnabi.Amalkan sikap bersederhana ketika beraya,elakkan pembaziran dan kawal nafsu makan.Banyakkan mengingati Tuhan yang telah banyak memberi nikmat kepada kita.

Selain itu,jangan lupa untuk membuat penambahbaikan pada amalan kita.Mantapkan ibadah fardhu,perbanyakkan ibadah sunat serta perhebatkan qiyamullail.Jangan lupa untuk melakukan puasa sunat 6 hari kerana sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal,seolah-olah dia telah berpuasa setahun." (H.R Muslim)
Seandainya Ramadhan tu diandaikan sebagai satu madrasah,maka sebelas bulan akan datang merupakan waktu untuk kita memanfaatkan segala latihan yang kita lalui di bulan Ramadhan.

Sesungguhnya Syawal ini bukannya pesta makanan,akan tetapi ia adalah pesta kesyukuran yang sepatutnya membawa kita lebih dekat dengan Tuhan,bukannya melalaikan kita sehingga tenggelam dalam kemurkaan.Marilah kita sama-sama menjadikan Aidil Fitri kali ini sebagai wadah untuk kita mencari keredhaan dari Ilahi.Ketahuilah,Aidil Fitri yang barokah itu dapat dikecapi jika ia dapat mendekatkan kita kepada Yang Esa.

Akhiru kalam,kami dari pihak Persatuan Siswazah Sabah cawangan Kota Belud ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.


Tuesday, June 4, 2013

Sehari Bersama Mahasiswa

Istimewa buat anda yg bgelar mhasiswa/i: PSS KB akan mgadakan 'Pgrm Sehari Bersama Mahasiswa' pd 6hb ini, Khamis bmula jam9.00 pagi d Dwn Masjid KB. Antra acara menarik adlh kuliah ilmu n indoor games menanti anda. Smua mahasiswa/i IPT/ kolej/ maktab n bakal mhasiswa/i (pljr Pra-U) d jemput hadir. Pyertn adlh PERCUMA! Jgn lepaskn peluang ini, dtg lah beramai2. Sila respon khadiran anda slewatnya pd hr Selasa. Taip SBM n hntr ke 0148558109. Sebarkn kpd rakan2 anda. Jumpa d sana;-).

Islam Agamaku

Forum 'Islam Agamaku' akan diadakan pada 7hb Jun (Jumaat) ini di Kg. Ejuk Kota Belud anjuran PSS KB dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah. 
Tentatif:
6.00 ptg: Bergerak ke tapak program
: Solat Maghrib berjemaah
: Makan ringan
: Solat Isyak berjemaah
: Forum Islam Agamaku
: Penyampaian Cenderahati
: Bersurai
Orang ramai dijemput hadir. Sebarkan.....