Labels

Wednesday, May 30, 2012

Program Tahsin Solat Siri 2/2012

KOTA BELUD, 3o Mei: Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah sekali lagi telah mengadakan Program Tahsin Solat Siri 2/2012 bermula jam8.00 pagi tadi berakhir jam2.30 petang. Program kali ini diadakan di Masjid Kg. Kota Peladok bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan solat dan cara pelaksanaan yang betul sebagaimana yang ditentukan oleh hukum syarak serta sebagai pendedahan kepada masyarakat mengenai bahaya tidak mengerjakan solat.
Ceramah 1: Menuju Kesempurnaan Solat oleh Ust. Surayah (JHEAINS)
Terdapat lebih 80 orang ibu bapa, remaja dan kanak-kanak meyertai program ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah kuliah yang bertajuk ‘Menuju Kesempurnaan Solat’ yang disampaikan oleh Ustazah Surayah Salin dari JHEAINS Kota Kinabalu dan kuliah ‘Bagaimana Mendirikan Solat’ yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi Saifuddin iaitu Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah. Antara pengisian lain program ini ialah praktikal solat serta solat Zohor berjemaah.
Ceramah 2: Bagaimana Mendirikan Solat oleh Us. Ahmad Fauzi (Timb. Presiden PSS)
Keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik sehingga akhir program. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab dan Majlis Penangguhan Program serta penyerahan cenderahati kepada pihak masjid atas komiten dan kerjasama baik yang diberikan.
Praktikal Solat Wanita
Harapan kami semoga usaha yang murni ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat. Pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Masjid Kg. Kota Peladok dan JAKIM Cawangan Sabah kerana sudi membantu menjayakan program ini agar berjaya mencapai matlamatnya. Semoga sumbangan dan bantuan yang diberi mendapat ganjaran oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.
Antara peserta yang hadir

0 comments:

Post a Comment