Labels

Tuesday, August 21, 2012

Kem Remaja Cemerlang (KRC) Kota Belud 2012



Alhamdulillah,bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana Persatuan Siswazah Sabah Kota Belud(PSSKB) dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Belud(KRUKB) telah berjaya menjayakan sebuah lagi program iaitu Program Kem Remaja Cemerlang 2012 yang telah berlangsung pada 4-5 0gos 2012 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said, Kota Belud. Sasaran peserta terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR,SPM dan SPTM.
Lokasi KRC KB 2012
 Program bermula pada pagi sabtu iaitu pada pukul 8.00 pagi, semua peserta diminta berkumpul di Masjid Pekan Kota Belud. Ada juga dikalangan peserta yang dihantar sendiri ke tapak program. PSS mengucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup ke sana walaupun agak jauh dari pekan. Selepas sesi pendaftaran peserta, taklimat diberikan oleh kem kom program berkenaan peraturan dan tentatif sepanjang program berjalan. Keseluruhan aktiviti dijalankan di sekitar dewan SMKA Tun Said. 

            Kuliah dasar yang pertama pada program kali ini disampaikan oleh Ustaz Jumat, dimana kuliah dasar ini berkisarkan tentang Sejarah. Penyampaian yang penuh dengan semangat menyebabkan adik-adik peserta lupa akan keletihan mereka. Penceramah menekankan tentang pengertian sejarah menurut perspek islam, kepentingan sejarah islam kepada seluruh individu muslim, tokoh-tokoh sejarah islam,serta  cabaran-cabaran terhadap sejarah kita pada masa kini. Keistimewaan Sejarah Islam dan perbezaannnya dengan ideologi manusia dan kesan sejarah islam yang mantap turut disentuh pada masa kegemilangan khulafah Ar-Rasyidin.  

 Selepas selesai menyampaikan kuliah dasar pertama.Aktiviti yang seterusnya ialah
Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yg bertemakan Pandu Diri, LDK kali ini bertujuan agar peserta memberikan sepenuh perhatian dengan arahan yang diberikan ketua kumpulan mereka.
 Setelah selesai melakukan KD dan LDK Pertama,Peserta beserta Ajk dan Fasi bersiap-siap Menunaikan Solat Fardhu Zohor.Selepas menunaikan Solat Fardhu Zohor,peserta diberi masa beberapa minit untuk berehat.
            Seterusnya KD-2 berjalan dengan lancarnya yang bertajuk “Antara Permata dan Kaca” yang disampaikan oleh penceramah ke-2.LDK ke-2 dijalankan selepas semua peserta,ajk dan fasi selesai menunaikan fardhu Asar dan bacaan Al-Mathurat.LDK ke-2 iaitu “Aku adalah Dia,Dia adalah Aku”bertujuan untuk mengenali diri masing-masing di kalangan peserta.
            Pada 6.20 petang,peserta telah pun berkumpul di dewan makan untuk berbuka puasa.Selepas Berbuka,Solat Fardhu Maghrib ditunaikan dan Slot Kuliah Maghrib disampaikan Oleh Akhi Umar yang bertajuk ”Ahlan WaSahlan Ramadhan”.Kuliah Maghrib disampaikan berkaitan dengan ramadhan,tidak lupa juga diselitkan kisah Rasulullah SAW beserta Sahabat menjalani ibadah Ramadhan.
            Selepas Kuliah Maghrib disampaikan,Solat Isyak ditunaikan secara berjemaah.Selepas solat isyak selesai,solat sunat tarawih juga dilakukan secara berjemaah sebanyak lapan rakaat beserta witir.Selepas menunaikan solat tarawih,aktiviti seterus peserta ialah menuju ke dewan untuk mendengar foru  yang akan di sampaikan oleh tiga panel jemputan.Forum yang disampaikan bertajuk “Sharing Is Caring”,forum ini menceritakan tentang ciri yang perlu ada pada pelajar cemerlang.Selain itu,matlamat seorang pelajar hendaklah betul dan tepat.Seterusnya,pengalaman ahli panel dalam bergelar seorang pelajar.
 Program ini disertakan dengan qiamulail yang dilakukan berjemaah pada pukul 3.30pagi.Selepas menunaikan qiamulail,kami semua bersahur dan solat fardhu subuh berjemaah.Tadarus juga turut dilakukan selepas bacaan Al-mathurat(pagi).Selepas bertadarus,senaman pagi dilakukan dengan pelbagai aktiviti.Walaupun,pada masa tu puasa tapi ianya tidak menghalang kami untuk melakukan senaman.
Tepat Jam 7.30 pagi,LDK ke-3 dijalankan yang bertajuk “success in Your hand”,di mana peserta diminta untuk menulis surat wasiat kepada diri mereka.Selesai sahaja Ldk ke-3,KD ke-3 dijalankan yang bertajuk “Tips dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan” di sampaikan Oleh Ustaz Saifuddin.
Tepat jam 9.30 pagi,Slot Muhasabah dilakukan,slot muhasabah amat menyentuh perasaan peserta serta ajk sekali,kerana muhasabah ini tentang ibu bapa.Selepas Slot Muhasabah,penutupan rasmi dijalankan dengan teraturnya,program kali ini dirasmikan oleh Pengetua SMK(A) TUNSAID iaitu Encik Azman.Dengan rasminya penutupan ini,berakhirlah Program Kem Remaja Cemerlang(KRC) Kali Ke-4. 



koleksi gamabar, klik di sini

Disediakan Oleh, 

Nurul Alya
Setiausaha Program,
Kem Remaja Cemerlang(KRC) Kota Belud 2012


Wednesday, August 8, 2012

Amalan Mulia di Bulan Mulia


babySembilan belas hari dari bulan Ramadan sudah pun berlalu. Sudahkah kita maksimalkan untuk memanfaatkan bulan yang lebih mulia dari sebelas bulan lainnya? Sungguh sangat merugi bagi yang menyia-nyiakan bulan Ramadan.

Dalam sebuah riwayat, Allah Ta'ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:-
"Rabb kita tabaroka wa ta'ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: 'Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni'."
(Riwayat Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)

Dalam satu minggu ada waktu yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu hari Jumaat. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabada:-
"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum'at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini."
(Riwayat Muslim, no. 854)

Dalam satu bulan pun ada beberapa hari yang diistimewakan Allah Ta'ala, iaitu tiga hari (15, 16, 17) setiap bulannya. Didalamnya kita disunnahkan untuk berpuasa. Dari Abdullah bin 'Amr, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali lipat, seolah ia seperti berpuasa sepanjang masa."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan an Nasai)

Terakhir adalah kelipatan setiap tahun. Dalam satu tahun ada satu bulan yang dimuliakan Allah Ta'ala. Didalamnya diturunkan Al-Quran untuk pertama kalinya. Di dalamnya pintu Syurga dibuka dan pintu Neraka ditutup. Didalamnya segala amal ibadah akan dilipatgandakan. Di dalamya jika kita panjatkan, maka akan diijabah. Tiada lain bulan tersebut adalah bulan Ramadan. Ya bulan yang kini kita sedang rasakan.

Sungguh beruntung bagi kita yang diberikan kesempatan untuk beribadah di dalam bulan Ramadan. Dalam
sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dalam hadist lain Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala Allah maka diampuni dosanya yang terdahulu."
(Riwayat Bukhari)

Dan pintu tersebut dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa. Selain itu, sesuai dengan akhir firman Allah la'allakum tattaquun. Sehingga hasil akhir dari puasa adalah meraih gelar taqwa. Semoga.
Ramadan seakan menjadi sarana yang paling isitmewa untuk menjadikan diri kita termasuk dari orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana tidak? Hari demi harinya, jam demi jamnya, minit demi minitnya, detik demi detiknya menjadi waktu yang sangat istimewa dan sangat merugi kija kita lewatkan. Begitupun dengan Nabi dan para sahabatnya. Mereka tidak pernah melakukan di bulan Ramadan, kecuali amalan ibadah kepada Allah Ta'ala.

Kecintaan mereka terbukti dari kesedihan mereka ketika akan berpisah dengan bulan Ramadan. Seakan mereka ingin setiap bulan itu adalah bulan Ramadan. Selain itu terbukti dari do'a yang mereka amalkan 'Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya'baana wa ballighnaa Ramadhan.' Makna dari doa tersebut tiada lain adalah rasa harap akan jumpa dengan bulan Ramadan.

Di antara amalan Rasulullah pada bulan Ramadan sebagai berikut:-
1. Solat Tarawih
Tidak jauh berbeda dengan solat malam yang kita laksanakan di luar bulan Ramadhan. Perbezaannya mungkin hanya dalam pengamalannya, iaitu berjama'ah. Rasulullah SAW bersabda:-
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (shalat tarawih) atas dasar iman dan kesucian, diampuni segala dosanya yang terdahulu"
(Riwayat Bukhari)
Selain solat sunat tarawih berjama'ah, juga biasanya dilasanakan setelah shalat Isya berjama'ah.

2. Membaca Al-Quran dan terjemahannya
Allah berfirman yang bermaksud:-
"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."
(Surah Al-Baqarah ayat 185)

Maka sayugianya kita memanfaatkan waktu kita di bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadist bahawa pahala setiap huruf Al-Quran yang kita baca adalah sepuluh.
Apalagi di bulan Ramadan yang penuh berkah, tentunya akan dilipat gandakan beberapa lipat. Selain itu jiwa dan hati mereka yang mengamalkan akan selalu dalam keadaan tenang. Rasulullah SAW bersabda:-
"Orang-orang yang berkumpul dalam masjid dan mereka membaca Al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, maka kepada mereka aan diturukan ketenengan jiwa, dilimpahkan rahmat, dikelilingi malaikat dab nereja disebut-sebut Allah di antara orang sekitarnya.."
(Riwayat Bukhari)
3. I'tikaf di Masjid
Sebuah kegiatan yang dilaksanakan di dalam masjid. Kegiatan ini diisi dengan beberapa amalan ibadah lainnya, seperti tilawah Al-Quran, dzikir, mendirikan shalat sunnah dan lain sebagainya. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW selalu melaksanakan I'tikaf. Apalagi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.
Hal tersebut terlihat dari sebuah hadist yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra. bahwa Rasulullah SAW ketika menyisir, beliau hanya mengeluarkan kepalanya saja agar bisa disisirkan oleh isterinya. Sedangkan badannya masih ada di dalam masjid agar tetap dalam keadaan I'tikaf.

4. Shadaqah
Shadaqah juga merupakan salah satu amalan mulia yang sangat-sangat digalakkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Shadaqah yang paling utama (afdhal)adalah shadaqah di bulan Ramadan."
(HR Tirmizi)

Dalam hadist tersebut sudah jelas makna dan apa yang harus kita lakukan. Jika seperti itu, pasti di balik amalan ibadah tersebut ada pahala yang berlipat-lipat. Jadi tidak aneh lagi jika di bulan Ramadan ini, dengan mudah kita dapati orang-orang baik yang mengeluarkan hartanya untuk sedekah.

Mungkin tak usah jauh kita ke Indonesia. Di sekitar kita, khususnya di masjid-masjid, baik besar atau pun kecil akan menyediakan ma'idatu Rohman (Hidangan kasih sayang). Di jalan-jalan pun demikian. Tidak sedikit orang-orang Mesir, ketika mendekati waktu maghrib mereka bersiap di sisi jalan untuk memberikan makanan atau minuman kepada mereka yang berada dalam perjalanan (kenderaan). Serta tidak jarang, di antara kita (masisir) ada yang mendapatkan daging firah setiap hari untuk buka puasa.

Hal tersebut tiada lain, sebuah rasa sadar terhadap keberkahan Ramadan. Mereka benar-benar tak ingin tertinggalkan keberkahan bulan tersebut. Kerana mereka tahu, tidak ada jaminan untuk tahun depan kembali lagi bertemu dengan bulan suci Ramadan.

Semoga dengan mengamalkan amalan-amalan ibadah di atas dan amalan yang lainnya, kita termasuk orang-orang yang mendapatkan tujuan puasa tersebut. La'allakum tattaquun, iaitu predikat bertaqwa. Allah berfirman yang maksudnya:
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu"
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Ketika kita bertaqwa, kita pun akan menjadi orang yang paling mulia di hadapan Allah Ta'ala. Kita lihat seseorang yang dimuliakan oleh orang tuanya. Mereka diberi sebelum meminta, kebutuhannya selalu terpenuhi, hari-harinya tak lepas dari kasih sayang, selalu dilindungi. Itu mulia di hadapan manusia, apalagi di hadapan Allah Ta'ala?

sumber: iluvislam.com

JIHAD? PERJUANGAN???

Mungkin kita selalu mendengar perkataan ‘perjuangan’. Pasti ramai juga yang mengatakan; “selamat berjuang”, “teruskan perjuangan”, dan macam-macam lagilah yang dikaitkan dengan perjuangan. Tetapi, adakah kita faham apa itu pejuangan dan apakah yang sebenarnya diperjuangkan?

Malaysia bertungkus-lumus memperjuangan kemerdekaannya 50 tahun dahulu, bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain sehabis baik memperjuangkan hak bangsanya, pelajar berhempas pulas memperjuangkan akademiknya dan Rasulullah serta pengikut-pengikutnya bersusah-payah memperjuangkan syiar agama Islam.
Apakah pula yang kita perjuangkan??? Rasulullah telah bersabda:“Barangsiapa mengatakan la ilaha illallah, maka dia adalah dai’e”

Dan Allah juga ada mewahyukan:

"Kalian adalah
ummat terbaik yang dilahirkan untuk (membimbing dan memperbaiki) manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah...." (Al-Qur'an, Ali-'Imran, 3: 110).

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Sudah pasti tugas dakwah ini tidak terpikul di bahu orang yang bergelar ustaz atau ustazah sahaja, tetapi semua yang mengaku Islam.


Saya akan mengulas sedikit tentang perjuangan dalam konteks Islam, yakni lebih dikenali sebagai jihad. Dalam buku PEPERANGAN RASULULAH S.A.W. ada menyentuh, jihad terdapat dua bentuk iaitu jihad umum dan khusus. Pengertian jihad umum ialah se
gala usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala Thagut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah dan ia merangkumi pelbagai jenis iaitu jihad mali (harta), tablighi (menyampaikan dakwah), ta’limi (pembelajaran), siyasi (politik), dan qital (peperangan). Adapun jihad khusus, ia ditujukan para ulama’ kepada qital fi sabilillah iaitu berperang di jalan Allah SWT. Untuk maklumat tambahan bolehlah mencari buku tersebut untuk mengetahui sirah perjuangan Rasulullah SAW.

Dan pastinya dalam perjuangan ini terdapat perbagai mehnah dan tribulasi yang sedia menanti. Dalam buku RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH karangan Us. Fathi Yakan ada menyebut bahawa 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam iaitu:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii)
Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya

iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya


Ketahuilah wahai sahabatku, sesungguhnya Allah SWT pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an dengan firmanNya:


“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al Ankabut: 1-3)


Maka, bersabarlah duhai sahabatku. Semoga terus istiqamah di jalan dakwah ini. Kita bukanlah pemula dan pengakhir rantai perjuangan,tetapi penerus rantai perjuangan ini agar tidak terputus.
-Raudhah-

Wednesday, August 1, 2012

Bengkel Media PSS dan KRU Kota Belud



28 Julai 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) kawasan penaja Kota Belud telah menganjurkan bengkel media buat julung-julung kalinya. Sasaran utama bengkel ini adalah ahli PSS dan KRU Kota Belud . Menyedari hakikat bahawa kemahiran dalam bidang media sangat penting untuk dikuasai, PSS Kota Belud mengambil inesiatif untuk mengadakan bengkel media  buat pertama kalinya. Penguasaan beberapa kemahiran dalam media diharap akan memudahkan lagi gerak kerja PSS dan KRU di peringkat kawasan. 
Bengkel Media setengah hari ini dikendalikan oleh Sdr.Hasmadi Hasbi yang merupakan Exco I Urusan Media PSS. Beberapa aspek berkenaan media telah dikupas satu persatu oleh beliau, diantaranya ialah asas berblog, asas facebook, asas fotografi, asas poster dan asas videografi. Penyampaian sdr. Hasmadi yang sangat santai semasa merungkai satu persatu tajuk-tajuk yang dibawa menyebabkan ia sangat mudah difahami dan banyak ilmu baru  yang diperoleh dalam bidang media. Para peserta juga berpeluang mengajukan soalan-soalan berkaitan media semasa bengkel dijalankan.
Pembentangan daripada Sdr.Hasmadi
Gigih meng'install' perisian ke dalam komputer peserta

Selepas selesai pembentangan, bengkel diteruskan lagi  dengan aktiviti “hands-on”. Amali penggunaan salah satu perisian video iaitu Sony Vegas diberikan kepada perserta. Menurut sdr. Hasmadi, penguasaan beberapa asas kemahiran dalam media akan lebih mudah dikuasai jika dilaksanakan melalui “hands-on” dan bukannya teori semata-mata. Amali seperti ini sangat menarik kerana para peserta berpeluang mencuba sendiri bagaimana untuk menggunakan perisian tersebut dibantu dengan tutorial yang ditunjukkan oleh Sdr. Hasmadi.
Penceramah sedang membantu peserta 

Peserta seronok mencuba perisian yang baru dipelajari

Diantara peserta yang menghadiri bengkel media

Bengkel berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Walaupun rasa tidak cukup setengah hari digunakan untuk bengkel seperti ini, namun apa yang disampaikan oleh sdr. Hasmadi sudah cukup untuk kami selaku ahli KRU dan PSS Kota Belud untuk memanfaatkan media sebagai salah satu medium untuk menyampaikan Islam. Selain itu juga, peserta diingatkan untuk membetulkan niat dalam semua perkara termasuk dalam urusan media sekalipun. Niat yang betul dan disertai dengan ibadah yang mantap seperti melazimi solat istikharah akan memudahkan lagi usaha kita. InsyaAllah. Dari pihak PSS Kawasan Penaja Kota Belud, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Hasmadi Hasbi kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan PSS dan KRU Kota Belud. Semoga usaha ini dinilai sebagai satu ibadah di sisi Allah S.W.T.



Disediakan Oleh :
Zahariah Mastar
Exco ICT dan Penerbitan 
PSS Kawasan Penaja Kota Belud