Labels

Wednesday, August 8, 2012

JIHAD? PERJUANGAN???

Mungkin kita selalu mendengar perkataan ‘perjuangan’. Pasti ramai juga yang mengatakan; “selamat berjuang”, “teruskan perjuangan”, dan macam-macam lagilah yang dikaitkan dengan perjuangan. Tetapi, adakah kita faham apa itu pejuangan dan apakah yang sebenarnya diperjuangkan?

Malaysia bertungkus-lumus memperjuangan kemerdekaannya 50 tahun dahulu, bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain sehabis baik memperjuangkan hak bangsanya, pelajar berhempas pulas memperjuangkan akademiknya dan Rasulullah serta pengikut-pengikutnya bersusah-payah memperjuangkan syiar agama Islam.
Apakah pula yang kita perjuangkan??? Rasulullah telah bersabda:“Barangsiapa mengatakan la ilaha illallah, maka dia adalah dai’e”

Dan Allah juga ada mewahyukan:

"Kalian adalah
ummat terbaik yang dilahirkan untuk (membimbing dan memperbaiki) manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah...." (Al-Qur'an, Ali-'Imran, 3: 110).

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Sudah pasti tugas dakwah ini tidak terpikul di bahu orang yang bergelar ustaz atau ustazah sahaja, tetapi semua yang mengaku Islam.


Saya akan mengulas sedikit tentang perjuangan dalam konteks Islam, yakni lebih dikenali sebagai jihad. Dalam buku PEPERANGAN RASULULAH S.A.W. ada menyentuh, jihad terdapat dua bentuk iaitu jihad umum dan khusus. Pengertian jihad umum ialah se
gala usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum atau perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala Thagut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah dan ia merangkumi pelbagai jenis iaitu jihad mali (harta), tablighi (menyampaikan dakwah), ta’limi (pembelajaran), siyasi (politik), dan qital (peperangan). Adapun jihad khusus, ia ditujukan para ulama’ kepada qital fi sabilillah iaitu berperang di jalan Allah SWT. Untuk maklumat tambahan bolehlah mencari buku tersebut untuk mengetahui sirah perjuangan Rasulullah SAW.

Dan pastinya dalam perjuangan ini terdapat perbagai mehnah dan tribulasi yang sedia menanti. Dalam buku RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH karangan Us. Fathi Yakan ada menyebut bahawa 5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam iaitu:

i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii)
Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya

iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya


Ketahuilah wahai sahabatku, sesungguhnya Allah SWT pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an dengan firmanNya:


“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al Ankabut: 1-3)


Maka, bersabarlah duhai sahabatku. Semoga terus istiqamah di jalan dakwah ini. Kita bukanlah pemula dan pengakhir rantai perjuangan,tetapi penerus rantai perjuangan ini agar tidak terputus.
-Raudhah-

0 comments:

Post a Comment