Alhamdulillah,bersyukur
kepada hadrat Ilahi kerana Persatuan Siswazah Sabah Kota Belud(PSSKB) dengan
kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Belud(KRUKB) telah berjaya menjayakan
sebuah lagi program iaitu Program Kem Remaja Cemerlang 2012 yang telah
berlangsung pada 4-5 0gos 2012 yang bertempat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Tun Said, Kota Belud. Sasaran peserta
terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR,SPM dan SPTM.
Lokasi KRC KB 2012 |
Program bermula pada pagi sabtu iaitu pada
pukul 8.00 pagi, semua peserta diminta berkumpul di Masjid Pekan Kota Belud. Ada
juga dikalangan peserta yang dihantar sendiri ke tapak program.
PSS mengucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup ke sana walaupun agak jauh dari
pekan. Selepas sesi pendaftaran peserta, taklimat diberikan oleh kem kom
program berkenaan peraturan dan tentatif sepanjang program berjalan.
Keseluruhan aktiviti dijalankan di sekitar dewan SMKA Tun Said.
Kuliah
dasar yang pertama pada program kali ini disampaikan oleh Ustaz Jumat, dimana
kuliah dasar ini berkisarkan tentang Sejarah. Penyampaian yang penuh dengan
semangat menyebabkan adik-adik peserta lupa akan keletihan mereka. Penceramah
menekankan tentang pengertian sejarah menurut perspek islam, kepentingan
sejarah islam kepada seluruh individu muslim, tokoh-tokoh sejarah islam,serta
cabaran-cabaran terhadap sejarah kita pada masa kini. Keistimewaan Sejarah
Islam dan perbezaannnya dengan ideologi manusia dan kesan sejarah islam yang
mantap turut disentuh pada masa kegemilangan khulafah Ar-Rasyidin.
Selepas selesai menyampaikan kuliah dasar
pertama.Aktiviti yang seterusnya ialah
Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yg bertemakan Pandu Diri, LDK kali ini bertujuan agar peserta memberikan sepenuh perhatian dengan arahan yang diberikan ketua kumpulan mereka.
Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yg bertemakan Pandu Diri, LDK kali ini bertujuan agar peserta memberikan sepenuh perhatian dengan arahan yang diberikan ketua kumpulan mereka.
Setelah selesai melakukan KD dan LDK
Pertama,Peserta beserta Ajk dan Fasi bersiap-siap Menunaikan Solat Fardhu Zohor.Selepas
menunaikan Solat Fardhu Zohor,peserta diberi masa beberapa minit untuk berehat.
Seterusnya
KD-2 berjalan dengan lancarnya yang bertajuk “Antara Permata dan Kaca” yang
disampaikan oleh penceramah ke-2.LDK ke-2 dijalankan selepas semua peserta,ajk
dan fasi selesai menunaikan fardhu Asar dan bacaan Al-Mathurat.LDK ke-2 iaitu
“Aku adalah Dia,Dia adalah Aku”bertujuan untuk mengenali diri masing-masing di
kalangan peserta.
Pada
6.20 petang,peserta telah pun berkumpul di dewan makan untuk berbuka
puasa.Selepas Berbuka,Solat Fardhu Maghrib ditunaikan dan Slot Kuliah Maghrib
disampaikan Oleh Akhi Umar yang bertajuk ”Ahlan WaSahlan Ramadhan”.Kuliah
Maghrib disampaikan berkaitan dengan ramadhan,tidak lupa juga diselitkan kisah
Rasulullah SAW beserta Sahabat menjalani ibadah Ramadhan.
Selepas
Kuliah Maghrib disampaikan,Solat Isyak ditunaikan secara berjemaah.Selepas
solat isyak selesai,solat sunat tarawih juga dilakukan secara berjemaah
sebanyak lapan rakaat beserta witir.Selepas menunaikan solat tarawih,aktiviti
seterus peserta ialah menuju ke dewan untuk mendengar foru yang akan di sampaikan oleh tiga panel
jemputan.Forum yang disampaikan bertajuk “Sharing Is Caring”,forum ini
menceritakan tentang ciri yang perlu ada pada pelajar cemerlang.Selain
itu,matlamat seorang pelajar hendaklah betul dan tepat.Seterusnya,pengalaman
ahli panel dalam bergelar seorang pelajar.
Program ini disertakan dengan qiamulail yang
dilakukan berjemaah pada pukul 3.30pagi.Selepas menunaikan qiamulail,kami semua
bersahur dan solat fardhu subuh berjemaah.Tadarus juga turut dilakukan selepas
bacaan Al-mathurat(pagi).Selepas bertadarus,senaman pagi dilakukan dengan
pelbagai aktiviti.Walaupun,pada masa tu puasa tapi ianya tidak menghalang kami
untuk melakukan senaman.
Tepat Jam 7.30 pagi,LDK
ke-3 dijalankan yang bertajuk “success in Your hand”,di mana peserta diminta
untuk menulis surat wasiat kepada diri mereka.Selesai sahaja Ldk ke-3,KD ke-3
dijalankan yang bertajuk “Tips dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan” di
sampaikan Oleh Ustaz Saifuddin.
Tepat jam 9.30 pagi,Slot
Muhasabah dilakukan,slot muhasabah amat menyentuh perasaan peserta serta ajk
sekali,kerana muhasabah ini tentang ibu bapa.Selepas Slot Muhasabah,penutupan
rasmi dijalankan dengan teraturnya,program kali ini dirasmikan oleh Pengetua
SMK(A) TUNSAID iaitu Encik Azman.Dengan rasminya penutupan ini,berakhirlah
Program Kem Remaja Cemerlang(KRC) Kali Ke-4.
koleksi gamabar, klik di sini
Disediakan Oleh,
Nurul Alya
Setiausaha Program,
Kem Remaja Cemerlang(KRC) Kota Belud 2012
0 comments:
Post a Comment