Labels

Monday, November 4, 2013

Salam Imtihan!

Tidak lama lagi peperiksan SPM dan STPM akan berlangsung di seluruh negara.Pastinya adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan ini berasa sangat gemuruh menanti hari itu tiba.Ada juga yang sudah berasa yakin untuk menghadapi peperiksaan kerana berasa cukup dengan persediaan yang telah mereka lakukan.Ramai yang menganggap peperiksaan ini seperti perjuangan antara hidup dan mati,kerana peperiksaan inilah yang akan menjadi penanda aras ke mana arah tuju mereka suatu hari nanti.

Walau bagaimanapun perasaan adik-adik semua,jangan pernah melupakan Allah dalam setiap perancangan kita.Mungkin kita sudah bersungguh dalam berusaha,namun keberhasilan usaha kita itu segalanya terletak pada ketentuan Allah.Walaupun kita berusaha bersungguh-sungguh,namun kejayaan itu telah Allah tentukan bukan milik kita,maka ia tidak akan berlaku.Letakkan Allah di hadapan dalam setiap tindak tanduk kita.Insya Allah hidup kita akan lebih diberkati dan kejayaan akan mengiringi.Ingatlah kalam cinta dari Allah dalam surah ali-'Imraan ayat 159 yang bermaksud:

Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,kenapa ada orang yang tak solat,tak tutup aurat,tak ikut perintah Allah,tapi boleh berjaya dalam peperiksaan.Malah dapat 'straight A' lagi.Yang solatnya tak tinggal,amalannya mantap,tidak juga mendapat kejayaan.Pasti pernah kadang-kadang terlintas di fikiran kan?

Pembaca yang disayangi sekalian,
Sebenarnya,kejayaan itu merupakan satu ujian buat kita.Ada orang yang berjaya,langsung terus melupakan Allah.Ada juga yang sebelum berjaya,memang tidak bergantung harap kepada Allah.Dan apabila berjaya,dia terus semakin jauh dari Allah.Kenapa hal ini berlaku?Kerana kejayaan itu tidak diredhai oleh Allah.Bahkan ada juga yang apabila berjaya,mereka berkata,"Lihatlah aku.Aku tak solat.Tak jaga aurat.Tapi boleh berjaya."Inilah yang dikatakan istidraj:nikmat yang Allah kurniakan kepada orang yang kufur,agar bertambah kekufuran mereka.Ada yang berjaya dalam hidup,punya karier yang bagus,punya wang dan harta kekayaan,namun jiwanya tidak tenang.Kerana dia tidak mendahulukan Allah dalam kehidupannya.Lantas dia tenggelam dalam ujian kesenangan.

Hakikatnya hidup ini adalah ujian.Allah berfirman dalam surah al-Mulk ayat 2:

"(ALLAH) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ”

Peperiksaan yang bakal adik-adik hadapi juga merupakan satu ujian.Ujian yang menentukan adakah anda akan bergantung harap kepada Allah,ataupun melupakan Allah dan menumpukan terus kepada usaha.Ingat!Jika tidak ada redha Allah dalam hidup kita,maka jadilah kita insan yang terumbang-ambing.Ya,kita boleh saja berjaya,namun kejayaan itu menyebabkan kita semakin jauh dari Tuhan.Kita boleh saja punya harta yang banyak,namun harta itu akan menyebabkan kita tenggelam dalam kesenangan.Jika tiada iman,maka kita akan sanggup berbuat apa sahaja yang kita suka.

Oleh itu,bermula dari peperiksaan ini,latih diri untuk menjadi hamba Allah yang mengaku lemah di hadapanNya,bukan menjadi orang yang bongkak dan menyombong diri.Perbanyakkan doa dan solat sunat,hinakan diri di hadapan Allah dengan harapan doa kita akan diterima.Jika kelak doa kita itu tidak diterima,yakinlah bahawa Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.Yakinlah dengan janji Allah,

“ dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (Surah Ibrahim ayat 7)

Moga-moga adik-adik semua bakal mendapat kejayaan sebagaimana yang andaa inginkan.Dan jangan sekali lupa untuk menyerahkan segala pengharapan kita kepada Allah.

Akhiru kalam,selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM dari kami,Persatuan Siswazah Sabah kawasan penaja Kota Belud.

Selamat berjuang!



Friday, August 30, 2013

Program Syabab Mumtaz 2013


           Pada 25 Ogos 2013, Persatuan Siswazah Kota Belud telah mengadakan program Syabab Mumtaz buat kesekian kalinya. Ia merupakan penjenamaan semula daripada program Kem  Remaja Cemerlangayang merupakan program tahunan bagi Persatuan Siswazah Sabah (PSS). Program sehari ini mensasarkan adik-adik yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Penyertaan dibuka kepada semua sekolah menengah sekitar Kota Belud dan seramai 86 orang pelajar telah terlibat dalam program Syabab Mumtaz pada tahun ini.




                   Bertemakan “Selangkah ke Mercu Kecemerlangan, kami mengharapkan peserta-peserta mendapat sedikit sebanyak teknik belajar dan tips-tips menghadapi peperiksaan melalui program ini. Pengisian telah disampaikan oleh Ustaz Nazmi Abd Ghani yang juga merupakan seorang guru. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Slot pertama yang disampaikan oleh penceramah bertajuk ‘7 Habits of Highly Effective Student’. Slot ini membincangkan ciri-ciri seorang murid yang efektif. Slot yang kedua pula bertajuk ‘Berjaya dengan menjadi kekasih Allah’. Sebagai seorang pelajar muslim, kejayaan yang kita kejar dalam lapangan akademik haruslah diiringi dengan redha Allah S.W.T. Pelajar Muslim yang Berjaya haruslah taat akan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah, dengan akhlak yang baik, InsyaAllah kejayaan dunia dan akhirat akan dapat dikecapi.








            Slot terakhir dalam program ini disampaikan sendiri oleh Sdr. Ahmad Fauzi bin Saifuddin yang merupakan penasihan PSS Kota Belud. Beliau menyampaikan slot ‘Universiti Pengalaman hidup’ di mana dalam slot ini, Sdr. Ahmad Fauzi berkongsi tentang pengalaman hidup beliau sebagai seorang pelajar di peringkat rendah hinggalah ke peringkat universiti. Banyak cabaran yang perlu dihadapi sepanjang bergelar pelajar, oleh itu setiap individu perlulah menyiapkan diri dengan persediaan mental dan fizikal apabila berhadapan dengan cabaran ini. Sebagai seorang pelajar Muslim juga, bekalan ilmu agama sangat perlu dititik beratkan sebagai perisai kita daripada sebarang pengaruh yang negatif di sekolah mahupun di kampus.









            Akhir kalam, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) cawangan Penaja Kota Belud mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir dalam program Syabab Mumtaz pada tahun ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Syabab Mumtaz 2013. Semoga amal ini mendapat ganjaran ibadah disisi Allah S.W.T.





Bengkel Pengurusan Organisasi (BPO) Special 2013

Kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun (Saidina Ali)

Pada 13-14 Ogos 2013, satu bengkel pengurusan organisasi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) telah diadakan di Dewan Masjid Pekan Kota Belud. Program dua hari ini telah dianjurkan oleh PSS Kota Belud untuk meningkatkan kemahiran pengurusan adik-adik Kelab remaja dalam beberapa aspek. Antara slot yang diberikan penekanan dalam bengkel ini ialah pengurusan mensyuarat, sistem fail dan surat-menyurat, pengurusan kewangan, teknik pengucapan awam dan protokol pengendalian majlis. . Seramai 15 orang ahli KRU yang terdiri daripada majlis tertinggi dan majlis exco telah menyertai bengkel selama 2 hari ini. Sebelum pengisian diberikan, taujihat telah disampaikan oleh Sdr. Ahmad Fauzi bin Saifuddin merangkap penasihat Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Kota Belud. Beliau banyak memberikan motivasi kepada ahli-ahli KRU untuk sentiasa ikhlas dan bersemangat dalam meneruskan gerak kerja dakwah ini.



Slot pertama iaitu pengurusan mesyuarat telah disampaikan oleh Pengerusi PSS Kota Belud, Sdr. Iqbal Fikri bin Anafiah. Beliau banyak menyentuh tentang bagaimana untuk mengurus sesuatu mesyuarat dengan baik dan bagaimana memastikan mesyuarat yang dijalankan akan dapat mencapai satu keputusan yang dipersetujui bersama. Slot yang kedua pula disampaikan oleh Sdr. Azizi bin Osman berkenaan sistem fail dan surat-menyurat. Kemahiran ini sangat penting untuk dikuasai oleh semua ahli kerana setiap kali pengendalian sesuatu program, surat-menyurat adalah perkara asas yang perlu dilakukan oleh ahlijawatankuasa sebelum program dijalankan.

Slot pertama oleh Sdr. Iqbal Fikri

Sdr. Azizi menyampaikan slot pengurusan surat-menyurat

Slot seterusnya ialah pengurusan kewangan, pengisian telah diberikan oleh Sdri Dila binti Rebin meggantikan Sdri. Sariah Manung selaku Bendahari PSS Kota Belud. Pengurusan kewangan adalah satu pengurusan yang tidak kurang pentingnya dalam organisasi. Ia merupakan isu sensitif dan penyelewengan kewangan dalam sesebuah organisasi akan menyebabkan perpecahan dan ketidakpercayaan orang lain terhadap organiasi itu. Selepas menyampaikan teori, satu amali telah dijalankan dimana semua peserta diminta untuk merangka satu anggaran perbelanjaan bagi program Syabab Mumtaz 2013.

Slot pengurusan kewangan

Slot terakhir pada hari pertama ialah teknik pengucapan awam dan pentas anak muda. Slot ini telah disampaikan oleh Sdri. Zahariah Mastar. Ini merupakan julung kalinya slot pengucapan awam dimuatkan sebagai satu pengisian dalam bengkel pengurusan organisasi. Slot ini menekankan tentang bagaimana menghasilkan satu ucapan yang berkesan dan dapat difahami oleh pendengar. Penyampai juga memuatkan beberapa teknik untuk melatih diri sebelum berucap di hadapan khalayak dan  bagaimana untuk mengatasi masalah gemuruh dalam diri. Ahli-Ahli KRU seharusnya mempunyai kemahiran berucap yang baik kerana banyak program mahupun aktiviti yang menuntut mereka berkomunikasi dengan masyarakat amnya dan peserta program khususnya. Selesai penyampaian teori, satu pentas anak muda diadakan. Beberapa orang peserta dipilih secara rawak dan diminta untuk menyampaikan pidato pendek dihadapan secara spontan.


Pentas anak muda. Seorang daripada peserta sedang menyampaikan pidato

Slot yang terakhir telah disampaikan oleh Sdri Halimatuh Saadiah Abd Rashid berkaitan protokol pengendalian majlis. Walaupun ada dikalangan adik-adik KRU mempunyai pengalama yang banyak dalam mengendalikan protocol majlis, namun masih banyak ilmu yang perlu dipelajari dalam memastikan perjalanan majlis rasmi yang dianjurkan oleh PSS dan KRU berjalan dengan lancar dan mengikut protokol yang sepatutnya. Selesai kesemua pengisian yang disampaikan, satu majlis penutupan telah diadakan bagi menyampaikan cenderahati kepada semua penceramah. 




Tinggilah harapan agar bengkel yang diadakan ini dapat memberikan sedikit sebanyak input kepada semua kepimpinan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kota Belud ke arah menghasilkan gerak kerja yang progresif, prihatin dan professional di masa akan datang. 

Rumah Terbuka Aidilfitri PSS dan KRU Kota Belud 2013


17 Ogos 2013, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Kota Belud meraihkan lebaran tahun ini dengan mengadakan rumah terbuka aifidlfitri 2013. Rumah terbuka Aidilfitri adalah acara tahunan yang diadakan oleh Persatuan Siswazah Sabah (PSS) untuk meraihkan aidilfitri dan merapatkan silaturrahim antara semua ahli khususnya dan masyarakat Kota Belud amnya. Sambutan kali ini diadakan dengan penuh sederhana mengingatkan musibah yang melanda saudara kita di Mesir.

Program dimulakan dengan ucapan yang disampaikan oleh Sdr. Iqbal Fikri bin Anfiah merangkap Pengerusi PSS Cawangan Penaja Kota Belud. Ucapan alu-aluan yang disampaikan banyak menyentuh tentang pentingnya ukhuwwah dalam memastikan semua gerak kerja yang dilakukan oleh PSS dan KRU berjalan lancar dan mendapat redha Allah S.W.T. Selain itu juga, Sdr. Iqbal juga sempat mengulas peristiwa berdarah di Mesir yang berlaku ketika ini. Ia bukanlah satu isu umat Islam di sana sahaja, namun ia merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu di ambil peduli oleh setiap individu. Sebagai saudara seakidah, kita haruslah sentiasa mendoakan mereka di sana dan memberi sokongan dan bantuan dari pelabagai sudut termasuklah bantuan kewangan bagi yang berkemampuan.




Sambutan pada kali ini turut dihadiri oleh Saudara Hasmadi Hasbi yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Pusat. Kami dari PSS Kota Belud mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir bersama dalam majlis sambutan rumah terbuka aidilfitri pada tahun ini. Walaupun sambutan agak sederhana, namun kemeriahan tetap dapat dirasai oleh semua yang hadir. Apa yang diharapkan agar aidilfitri pada tahun ini dapat mengeratkan lagu ukhuwwah antara kita untuk sama-sama memantapkan lagi gerak kerja kita di masa akan datang. InsyaAllah. 





Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kota Belud mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Thursday, August 8, 2013

Aidil Fitri yang Barokah

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar wa lillaahil hamdu.

Takbir bergema memecah kesunyian pagi,tanda umat manusia seluruh dunia merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa di atas kesempatan yang telah diberikan untuk merayakan hari raya Aidil Fitri pada tahun ini.Setelah sebulan Allah berikan kepada kita untuk melatih diri melawan hawa nafsu,memantapkan ibadah fardhu dan sunat serta menjaga akhlak dan peribadi,maka dengan sifat Ar-Rahman yang ada pada Allah,kita diberi peluang untuk merayakan hari kemenangan ini.

Bulan Ramadhan yang berlalu semestinya meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri seorang hamba yang benar-benar menghayati 'hadiah' Ramadhan yang telah diberikan oleh Allah SWT.Sebulan Ramadhan digunakan semaksima mungkin bagi melatih diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa dan dekat kepadaNya.Ibadah fardhu diperhebat,ibadah sunat ditambah,tadarus Al-Quran diganda,malah qiyamullail dipanjangkan.Tidak hairanlah jika orang yang benar-benar menghayati Ramadhan akan terasa sedih dengan pemergian Ramadhan.

Kerana itulah Allah mengurniakan Syawal sebagai hadiah kepada semua umat Islam di atas segala mujahadah yang telah dilakukan di bulan Ramadhan.Hari umat Islam bergembira merayakan Aidil Fitri di samping keluarga tercinta.Semua ahli keluarga pulang ke desa bagi sama-sama merayakan Aidil Fitri yang mulia.Ditambah lagi dengan tradisi kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi,menambahkan lagi kemanisan Aidil Fitri.

Namun,di sebalik kegembiraan kita meraikan Syawal,terdapat beberapa perkara yang bertentangan dengan syariat yang mungkin kita terlepas pandang.Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sudah sebati dengan kehidupan pada hari raya sehingga kadang-kadang kita bersalaman dengan orang yang bukannya mahram kita.Akhlak sesama ajnabi tidak dipelihara sehingga kita terlupa batas-batas pergaulan yang telah Islam tetapkan.Bukan itu sahaja,pembaziran juga berlaku apabila terdapat tuan rumah yang menyediakan juadah yang terlalu banyak sehingga akhirnya dibuang di tong sampah sahaja.

Mari kita muhasabah.Inikah hasil didikan yang telah kita dapat selama sebulan yang baru sahaja berlalu?Di mana hendak kita letakkan martabat iman kita kalau kita melupakan terus tarbiyah yang pernah kita lalui di bulan Ramadhan?Oleh itu,marilah kita bersama-sama meraikan Aidil Fitri ini dengan penuh kesyukuran dan keimanan,bukannya dengan kemaksiatan dan kemurkaan Tuhan.

Berikut merupakan perkara-perkara yang dapat kita lakukan agar hari lebaran ini dirayakan dengan mengikut syariat Islam.Jaga akhlak ketika beraya dan berkunjung ke rumah saudara mara.Jaga batas-batas pergaulan sesama ajnabi.Amalkan sikap bersederhana ketika beraya,elakkan pembaziran dan kawal nafsu makan.Banyakkan mengingati Tuhan yang telah banyak memberi nikmat kepada kita.

Selain itu,jangan lupa untuk membuat penambahbaikan pada amalan kita.Mantapkan ibadah fardhu,perbanyakkan ibadah sunat serta perhebatkan qiyamullail.Jangan lupa untuk melakukan puasa sunat 6 hari kerana sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal,seolah-olah dia telah berpuasa setahun." (H.R Muslim)
Seandainya Ramadhan tu diandaikan sebagai satu madrasah,maka sebelas bulan akan datang merupakan waktu untuk kita memanfaatkan segala latihan yang kita lalui di bulan Ramadhan.

Sesungguhnya Syawal ini bukannya pesta makanan,akan tetapi ia adalah pesta kesyukuran yang sepatutnya membawa kita lebih dekat dengan Tuhan,bukannya melalaikan kita sehingga tenggelam dalam kemurkaan.Marilah kita sama-sama menjadikan Aidil Fitri kali ini sebagai wadah untuk kita mencari keredhaan dari Ilahi.Ketahuilah,Aidil Fitri yang barokah itu dapat dikecapi jika ia dapat mendekatkan kita kepada Yang Esa.

Akhiru kalam,kami dari pihak Persatuan Siswazah Sabah cawangan Kota Belud ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.


Tuesday, June 4, 2013

Sehari Bersama Mahasiswa

Istimewa buat anda yg bgelar mhasiswa/i: PSS KB akan mgadakan 'Pgrm Sehari Bersama Mahasiswa' pd 6hb ini, Khamis bmula jam9.00 pagi d Dwn Masjid KB. Antra acara menarik adlh kuliah ilmu n indoor games menanti anda. Smua mahasiswa/i IPT/ kolej/ maktab n bakal mhasiswa/i (pljr Pra-U) d jemput hadir. Pyertn adlh PERCUMA! Jgn lepaskn peluang ini, dtg lah beramai2. Sila respon khadiran anda slewatnya pd hr Selasa. Taip SBM n hntr ke 0148558109. Sebarkn kpd rakan2 anda. Jumpa d sana;-).

Islam Agamaku

Forum 'Islam Agamaku' akan diadakan pada 7hb Jun (Jumaat) ini di Kg. Ejuk Kota Belud anjuran PSS KB dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah. 
Tentatif:
6.00 ptg: Bergerak ke tapak program
: Solat Maghrib berjemaah
: Makan ringan
: Solat Isyak berjemaah
: Forum Islam Agamaku
: Penyampaian Cenderahati
: Bersurai
Orang ramai dijemput hadir. Sebarkan.....

Thursday, February 21, 2013

Muhasabah Perjuangan


            Assalamualaikum WBT kepada sahabat2, Alhamdulillah Allah telah memberikan hidayah untuk kalian membaca entri blog kali ini. 12 Rabiulawal yang lalu adalah tarikh kelahiran nabi junjungan Nabi Muhammad SAW, Annabi sollu alaih. Berselawatlah kepada baginda sebanyak-banyaknya agar kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat dari baginda Rasulullah dan terpilih menjadi golongan yang mencintai dan dicintai baginda kelak di hari kebangkitan. Semoga dengan selawat bukan hanya sekadar membangkitkan kecintaan kita terhadap peribadi Rasulullah SAW sahaja bahkan ia juga membangkitkan semangat untuk menyambung perjuangan Rasulullah. Dan perjuangan inilah tidak ramai umat Islam berminat akibat terpaksa melalui rintangan dan halangan yang menuntut agar seseorang itu berkorban masa, harta, jiwa dan raga.
            Sebagai umat yang mencintai Rasulullah, wajib untuk kita berusaha dan bersungguh-sungguh dalam meneladani baginda dalam memperjuangkan Islam dan mahu berjuang di jalan Allah. Firman Allah dalam Surah At-Taubah: 38-39 yang maksudnya :
            “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah SWT”, kamu berasa keberatan (suka tinggal dalam menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu adalah salah) kerana kesenangan hidup ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) diakhirat kelak. Jika kamu tidak keluar beramai-ramai ( untuk berperang pada jalan Allah SWT membela agama-Nya, Allah SWT akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan Ia akan mengantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memudaratkan Allah sedikit pun. Dan ingatlah Allah SWT Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

Perasaan perlu kepada Allah
            Kita perlu memahami dan menghayati, sekiranya kita tidak mahu berjuang di jalan Allah SWT, maka Allah SWT akan memilih orang lain untuk memperjuangkan Islam. Justeru itu, kita haruslah menggantungkan segala pengharapan dengan sepenuh hati dan perasaan agar kita terus dipilih oleh-Nya dalam perjuangan ini. Perasaan bergantung harap pada Allah SWT ini, akan melenyapkan semangat dan kecintaan kita kepada dunia, kedudukan nama dan mendambakan perhatian manusia serta pelbagai keadaan yang lain.
            Sesungguhnya kita perlu beriman bahawa kita tidak dapat memastikan usia kita akan kekal lama sepertimana yang kita harapkan. Kita akan mati apabila sudah tiba waktu dan masanya untuk menghadap Ilahi, dan kematian itu pasti menjelma. Perasaan ini juga akan  mencetuskan rasa keperluan kita kepada Allah SWT dan mendorong kita untuk untuk terus bekerja, berkhidmat serta berbakti kepada Allah SWT di jalan yang mulia ini.

Awasi permasalahan futur
            Perjuangan Islam yang sedang digerakkan kea rah kemenangannya ini amat memerlukan kepada komitmen kita dengan gerak kerja gerakan. Pada zaman ini, marhalah (peringkat) jihad memerlukan pemimpin jemaah yang mempunyai sifat jihad yang berterusan, yang tidak mengenal erti lemah, letih, tidak bersemangat dan sebagainya. Menjadi perkara yang aneh apabila seseorang muslim yang telah merasai kemanisan iman dan memahami hakikat Islam tetapi sanggup lari dari medan amal yang memenangkan Islam.
            Seseorang yang fikrahnya jelas mengenal Islam, akan sentiasa berusaha mencari ruang dan kesempatan untuk menyuburkan iman dan semangatnya bagi menyemarakkan kerja di dalam perjuangan, serta membetulkan kesalahan dan kesilapan di sepanjang kehidupannya.
            Seseorang yang menghidap penyakit futur, akan merasa jemu dan tidak bersemangat untuk menghadiri program-program gerakan serta berada di dua persimpangan. Keadaannya sama ada akan terus tenggelam dalam lautan futur, seperti terpengaruh dalam suasana persekitarannya sehingga terus tidak menghadiri gerak kerja (program) ataupin diselamatkan oleh Allah. Sekiranya Allah SWT ingin menyelamatkan orang yang futur ini, dia akan diberi peringatan oleh para sahabat seperjuangannya.

Permasalahan kelesuan hari ini
            Antara sifat-sifat mazmumah seperti mudah putus asa, lemah dan tidak bersemangat, apabila wujud dalam diri ahli-ahli gerakan ia akan menyebabkan berlakunya masalah keciciran dalam organisasi. Keciciran ini bukan sahaja melemahkan gerakan Islam itu sendiri, bahkan wujud dikalangan mereka yang terus meninggalkan kerja-kerja perjuangan. Sifat mazmumah yang wujud adalah berpunca daripada masalah gerakan dan individu itu sendiri.
            Antara perkara yang menyebabkan futur terbahagi kepada tiga punca, iaitu:

Pertama : berpunca daripada gerakan, iaitu:
            Sebahagian masalah yang berpunca daripada gerakan ialah:

a. lemah pada sudut tarbiah
            Al-Ustaz Fathi Yakan berkata: “sudut tarbiah kadang kala diletakkan pada sudut yang sangat terbatas, sedangkan sudut-sudut lain dalam gerakan seperti sudut pengurusan gerakan (kepejabatan), tanzim dan siasah yang diberi perhatian yang cukup serius. Gerakan yang mempunyai kelemahan dari sudut tarbiah ini akan mengakibatkan kejatuhannya. Kekuatan tarbiah hendaklah terus dilaksanakan dan tidak terhenti sekali pun pada waktu yang cukup kritikal ataupun dalam keadaan yang genting. Ahli gerakan (jemaah) memupuk hubungan dengan Allah SWT dan Islam itu sendiri. Manakala harakah dan tanzim hanyalah sebagai wasilah dan ia bukannya matlamat utama”.

b. pimpinan tidak memposisikan ahlinya pada kemahirannya
            pimpinan tidak memposisikan ahlinya pada kemahirannya juga merupakan faktor yang akan melemahkan sesebuah harakah (gerakan) dan faktor ini sangat membahayakan gerakan. Sesungguhnya kejayaan sesebuah harakah terletak pada kemahiran ahlinya dan kesesuaian tugasan yang diberikan. Dengan ini ia akan mengwujudkan  kejayaan dan peningkatan kualiti jemaah Islam. Harakah Islamiyyah kadang kala bertambah dan kaya dengan tenaga ahli jemaah. Namun, apabila tenaga-tenaga ini tidak digunakan, jemaah sekali lagi akan tersasar dalam menuju matlamatnya.

c. tidak membuat pemantauan selanjutnya terhadap gerak kerja ahli jemaah
             Tidak membuat pemantauan selanjutnya terhadap gerak kerja ahli jemaah, juga akan membawa kepada unsur mazmumah. Pemantauan selanjutnya yang dimaksudkan ialah pantauan yang dibuat dalam bentuk tanzim (organisasi) dan ukhuwah (persahabatan).

Kedua: berpunca daripada diri individu
                  Sebahagian masalah yang berpunca daripada individu ialah:
a) ahli yang tidak berdisiplin
b) permasalahan yang berpunca daripada sumber makanan dan mata pencarian
c) bersikap sambil lewa terhadap kerja-kerja gerakan.

Renungan terhadap surah Al-Asr
            Mengamalkan apa yang diajarkan di dalam surah al-Asr, khususnya terhadap penjagaan masa, seringkali diabaikan oleh sesetengah anggota jemaah. Lebih malang lagi, apabila penjagaan masa itu sering kali diabaikan oleh kepimpinan yang memegang amanah penting di dalam gerakan Islam. Tiada sebarang faedah jika surah ini yang sering dibaca pada setiap akhir majlis, apabila kita tidak mengamalkannya dalam realiti kehidupan.

Penutup  
            Semoga apa yang ditulis ini menjadi pengajaran kepada semua ahli jemaah untuk menuju ke gerbang kejayaan. Demi membangunkan satu kekuatan baru dalam era masa kini secara realitinya ummah sangat memerlukan cahaya penyelamat. Cahaya penyelamat itu bertujuan bagi melepaskan mereka daripada kezaliman yang sudah semakin serakah dalam mencengkam kebebasan dan hak yang hilang.
            Semoga Maulidur Rasul kali ini memberikan hembusan semangat baru agar kita lebih bersungguh-sungguh menjadi mata-mata rantai yang akan meneruskan perjuangan mulia Rasulullah SAW. Allahumma Salliy a'la sayidina Muhammad wa a'la .. alihi wa sohbihi wassallim.
p/s : sumber daripada buku Bingkisan Fikrah Pejuang oleh Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Hj Mohd Romli. Beliau telah mengijazahkan buku ini kepada semua hadirin yang hadir termasuk penulis pada majlis pengajiannya di Masjid An-Nur Jitra Kedah dan menghalalkannya untuk disebarkan. Semoga bermanfaat untuk ummah. Wallahualam.


Wednesday, January 9, 2013

Konvoi Motor PSS dan KRU Kota Belud


        29 November 2012 : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Kawasan Penaja Kota Belud telah mengadakan Konvoi motor ke Kg. Sayap Kota Bele. Konvoi ini telah disertai oleh 8 orang muslimin yang merupakan ahli PSS dan KRU Kota Belud dan enam buah motor telah digunakan untuk berkonvoi pada kali ini. Antara objektif penganjuran aktiviti ini ialah mengukuhkan silaturrahim dan ukhwah antara ahli. Semoga dengan aktiviti serupa ini, semangat ahli PSS dan KRU akan terus kuat untuk bergerak kerja.


Cebisan memori Konvoi Motor PSS dan KRU Kota Belud (Muslimin)











Ukhuwwah itu sangan manis.
semoga bertemu di konvoi yang akan datang

Tuesday, January 8, 2013

Qiamullail Bulanan PSS dan KRU Kota Belud


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh..
Alhamdulillah.. Pada november yang lalu,kelab remaja ukhuwwah  dan persatuan siswazah sabah kota belud (KRU&PSSKB) telah mengadakan Qiamulail  yang dilakukan pada musim cuti sekolah. Program Qiamulail bulan ini bertemakan  Jom Hijrah dimana ianya bersempena awal hijrah 1434.
   Program Qiamulail kali ini dihadiri sebanyak 33 orang peserta dari muslimin dan muslimat.                   Alhamdulillah,walaupun musim cuti sekolah dapat juga peserta-peserta yang mengikuti program ini meluangkan masa dengan menghadirkan diri ke taman-taman syurga.

Qiamulail kali ini berbeza daripada qiamulail yang sebelumnya kerana program kali ini mengajak semua peserta untuk berjelajah iaitu turun ke pekan mengedarkan risalah tentang hijrah sekaligus mengajar peserta-peserta kali ini cara berdakwah kepada masyarakat dan aktiviti ini dinamakan jelajah dakwah.


Seterusnya,selepas bersolat maghrib secara jemaah kami telah melakukan usrah secara berkumpulan.Usrah kali ini lebih kepada perbincangan tentang penghijrahan diri peserta.Selepas itu,kami solat isyak berjemaah dan sesudah siap mendirikan solat isyak terdapaat slot seterusnya iaitu ceramah agama yang bertajuk tentang hijrah yang disampaikan  oleh Ustaz Bonsu iaitu mufti JAKIM. Pengisian ceramah kali ini banyak menceritakan tentang penghijrahan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan juga ukhuwwah yang terjalin antara muhajirin dan ansar.

Usrah dilakukan selepas slot ceramah,peserta bersama Fasililator kumpulan masing-masing membuat bulatan cinta mereka yang mana intisari cerita tentang hijrah dan juga perjalanan setiap peserta semasa mengedarkan risalah kepada masyarakat.


Hari kedua peserta diisi dengan melakukan qiamulail pada 2/3 malam.Selepas qiamulail,solat subuh berjemaah dan membaca Al-mathurat. Slot seterusnya ialah peserta melakukan LDK di perkarangan kawasan masjid dengan melakukan 1 aktiviti yang memerlukan idea peserta-peserta untuk memikirkan cara penyelesaian bagi aktiviti tersebut.Selepas slot LDK,peserta dijamu dengan sarapan seterusnya melakukan kerja-kerja amal iaitu membersihkan kawasan masjid.Selepas selesai melakukan amal kebajikan, peserta berkumpul  di dalam masjid untuk slot resolusi dan seterusnya lambaian ukhuwwah dari peserta dan ajk .

Monday, January 7, 2013

Mari Mengenali Islam


Assalamualaikum para pembaca yang di kasihi, Selamat Tahun Baru Masihi   2013 yang pastinya bakal mencipta jalan kehidupan yang baru buat kita semua. Selagi belum sampai ajalnya. Oleh hal yang demikian, perihal pertama yang perlu kita pastikan di dalam kehidupan kita di tahun baru ini, kita perlulah hidup dengan Islam secara keseluruhannya. 

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (adzariyat: 56)

Mari kita belajar (ulangkaji bagi yang telah mengetahui) berkenaan Islam dan ciri-cirinya.


Islam menurut Abu A’la Al-Maududi ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”.Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.  (al-imran:19)

Ciri-ciri Islam ada 6, keenam ciri-ciri inilah yang membezakan Islam dengan agama yang lain.
1. Rabbaniyyah
2. Syumuliyyah
3. Alamiyyah
4. Waqi’eyyah
5. Inqilabiyyah
6. Thabat Wa Murunnah
Jum kita tinjau setiap satu-satu ciri Islam
1. Rabbaniyyah
Membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.
Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:

1. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyyah

a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
b. Mengenal fitrah
c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri
d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu

2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.

Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.
>Kesan sumber dan manhaj rabbani
a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
b. Terhindar dari pengaruh kekayaan
c. Islam sesuai untuk semua manusia
d. Mendapat penghormatan dan kehebatan

2. Syumuliyyah
Ia bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara.

1. Sudut kesyumulan Islam
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesame manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).
Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

2. Keadilan
Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga.

3. Kehakiman
Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.
Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah.

4. Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.
Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

5. Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

6. Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.

3. Alamiyyah

Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.

Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:

a. Dharuriyyat
Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.

b. Hajiyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.

c. Tahsiniyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.

4. Waqieyyah

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada.

5. Inqilabiyyah

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah.

6. Thabat dan Murunah

Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.
Semoga apa yang kita pelajari diatas memberi manfaat buat pembaca sekalian, sama-sama mempelajari dan memperbaharui ilmu yang kita ada semoga kita lebih dekat dengan NYA… J jumpa lagi di entry akan datang.
Wasalam…