Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kebenaran
Terukir namamu di dalam al-Quran...
Demikianlah bait-bait lagu yang sedikit sebanyak
menceritakan tentang perjalanan kekasih agung kita Rasulullah SAW.Begitu banyak
dugaan,cabaran, dan rintangan yang perlu dihadapi demi memastikan umatnya
mendapat cahaya Islam yang menerangi manusia yang berada di dalam kegelapan.
Apa yang Rasulullah tak hadapi?
Tentangan dari kaumnya,pemulauan dari orang-orang
Makkah,bagida dan para sahabatnya diancam bunuh,ada sahabat yang diseksa
sehingga syahid,banyak lagi bentuk penyeksaan yang dikenakan kepada Rasulullah
SAW dan para sahabat semata-mata untuk menyebarkan agama Islam yang dicintai
ini.
Sebagai seorang Muslim yang mengaku umat Nabi Muhammad
SAW,mari kita muhasabah.Bagaimana cinta kita kepada Rasulullah SAW?Penulis
ingin mengajak pembaca sekalian merenung dua kisah cinta yang begitu mendalam
kepada rasulullah SAW untuk kita beroleh iktibar.
1.Cintanya Bilal kepada Rasulullah.
Setelah Rasulullah SAW wafat,Bilal berpindh ke negeri Syam
kerana tempaat itu pernah didoakan oleh Rasulullah SAW.Beliau berpindah ke sana
kerana Madinah mengingatkannya setiap kenangan bersama dengan Rasulullah
SAW.Pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW lalu baginda
bertanya kepada Bilal,”Wahai Bilal,apakah keasingan ini?Tidakkah engkau ingin
menziarahi aku?”
Saidina Bilal terus bergegas ke Madinah.Sampai sahaja di
Madinah,beliau terus menangis.Kemudian beliau terjumpa Saidina Abu Bakar,khalifah
umat Islam ketika itu.Saidina Abu Bakar berkata kepada Bilal,”Wahai
Bilal,laungkanlah azan sebagaimana yang engkau pernah lakukan ketika Rasulullah
SAW masih hidup dahulu.” Bilal menjawab,”Wahai Amirul Mukminin,dahulu bila aku
habis sahaja azan,aku akan lalu di depan pintu rumah Rasulullah dan aku akan
berkata,solat ya Rasulullah.Maka sekarang bagaimana hendakku
lakukan itu?”
Jawapan yang sama juga diberikan ketika Saidina Umar memintanya melaungkan
azan.
Kemudian datang Saidina Hasan dan Saidina Husain,cucu
baginda Rasulullah SAW.Mereka berdua juga meminta agar Bilal melaungkan
azan.Maka Bilal pun mengalah.Bilal pun naik ke tempat melaungkan azan.
Sebaik sahaja Bilal melaungkan azan,terkejut penduduk
Madinah.Mereka menyangka Rasulullah telah diutuskan semula kerana suara azan
itulah yang sering bergema ketika Rasulullah SAW masih hidup.Apabila sampai
sahaja pada kalimah “Asy hadu anna Muhamadur Rasulullah”,Bilal menjadi lemah
dan tidak mempu menyempurnakan azannya.Beliau menangis teresak-esak kerana
teringatkan Rasulullah,sehingga esakannya itu didengari oleh penduduk
Madinah,lantas beliau pun turun dari tempat melaungkan azan.
2.Cinta pohon kurma kepada Rasulullah SAW.
Dikisahkan dalam sebuah hadis yang mutawatir,diceritakan
tentang kisah pohon kurma yang begitu tinggi cintanya kepada Rasulullah SAW.
Menjadi kebiasaan Rasulullah SAW apabila menyampaikan
khutbah,baginda akan berpaut pada pohon kurma yang telah mati.Namun apabila
jumlah umat Islam semakin ramai,baginda mengambil mimbar sebagai tempat untuk
menyampaikan khutbah.
Pada suatu hari,Rasulullah SAW menyampaikan khutbah di atas
mimbar,bukan di tepi pohon kurma tersebut seperti sebelum ini.Sedang Rasulullah
SAW menyampaikan khutbah,tiba-tiba terdengar tangisan seperti tangisan budak,semakin
lama semakin meninggi hingga Rasulullah SAW tidak dapat menyampaikan
khutbah.Para sahabat cuba mencari suara tersebut.Rupa-rupanya,suara tersebut datang
dari pohon kurma tadi.Maka Rasulullah SAW pun mendekati pohon kurma tersebut
lalu mengusapnya seperti seorang ibu yang mengusap anak kecilnya.Baginda
Rasulullah SAW terus mengusap pohon kurm itu sehingga tangisan tadi hilang.
Rupa-rupanya,pohon kurma tadi menangis kerana dia telah
berpisaah dengan Rasulullah SAW.Dahulu dia menjadi tempat Rasulullah SAW
berpaut ketika menyampaikan khutbah.Kini,dia telah terpisah sebanyak lapan
langkah dengan Rasulullah SAW kerana baginda menyampaikan khutbah di atas
mimbar.
Begitulah dua kisah tadi.
Saidina Bilal menangis mengenangkan Rasulullah SAW ketika
mengucap syahadah.
Pohon kurma yang mati menangis merindukan Rasulullah sekalipun
hanya berpisah lapan langkah sahaja dari Rasulullah SAW.
Jom muhasabah diri.
Bagaimana pula cinta kita kepada Rasulullah SAW?
Apa perkara yang di sekeliling kita yang boleh mengingatkan kita kepada Rasulullah SAW?
Bagaimana kita membuktikan cinta kita kepada baginda Rasulullah SAW?
Ada cukup hanya sekadar di bibir?
Apa perkara yang di sekeliling kita yang boleh mengingatkan kita kepada Rasulullah SAW?
Bagaimana kita membuktikan cinta kita kepada baginda Rasulullah SAW?
Ada cukup hanya sekadar di bibir?
Marilah kita bersama-sama menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘role
model’ dalam kehidupan kita kerana baginda Rasulullah itu adalah contoh teladan
yang terbaik sepanjang zaman.Dan jangan lupa,perbanyakkan selawat kepada
baginda Rasulullah SAW.Moga-moga kita tergolong di kalangan umat baginda yang
mendapat syafaat di akhirat sana.Aameen…
0 comments:
Post a Comment