Asslamulaikuam Wrahmatullah..
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T cuti sekolah ini
dapat diisi dengan satu lagi aktiviti usrah. Walaupun baru sahaja KRIS KB 2012
melabuhkan tirai, penat 3 hari 2 malam menjalankan program bukan alasan untuk
tidak menjalankan usrah. Usrah merupakan diantara nadi penguat rohani untuk
terus bergerak kerja. InsyaAllah. Usrah pada kali ini dijalankan di Masjid
Pekan Kota Belud. Kehadiran agak memberangsangkan memandang cuti sekolah dan
ada di kalangan sahabat-sahabat yang baru pulang dari semenanjung.
Seramai 10 orang KRU dan 4 orang PSS Muslimat hadir dalam
usrah kali ini. Pengisian yang dikendalikan oleh Sdri. Dila Rebin menyentuh bab
taqwa dan keseluruhan pengisian adalah menggunakan buku yang ditulis sendiri
oleh Ustaz Muhammad Afif Yahya. Mungkin kita agak selalu mendengar soal taqwa,
malah di sekolah sekalipun, taqwa kerapkali disebut oleh ustaz dan ustazah.
Namun sejauh mana kita mendalami pendefinisian sebenar taqwa dalam kehidupan
kita sebagai seorang muslim.
Berkata Imam Abud Abdillah ahmad bin Atha’ Al Rudzbari
syekh Syam di zamannya..
TAKWA itu mempunyai dua tugas iaitu zahir dan batin.
Tugas zahirnya ialah memelihara segala batasan-batasan syariat Allah. Tugas
batinnya ialah niat yang baik dan ikhlas kerana Allah S.W.T (dalam segala
amalannya).
Firman Allah yang bermaksud :
“Barangsiapa yang bertaqwa pada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 2-3)
“Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa.”
(Al Maidah: 27)
Syukran diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga perkongsian kita yang sedikit mampu menyuburkan kembali hati-hati kita dan dapat membantu kita untuk mencapai matlamat menjadi orang yang bertaqwa. InsyaAllah..
0 comments:
Post a Comment