5 Jun 2012 (Selasa)
Bertempat di
Masjid Pekan Kota Belud, telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah anjuran
Syukbah Remaja Masjid Pekan Kota Belud. Beberapa orang ahli PSS Kota Belud
telah mendaftar sebagai peserta dalam kursus pengurusan jenazah pada kali ini.
Seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada remaja, belia dan orang dewasa
di sekitar Kota Belud telah menghadirkan diri.
Menguruskan
jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja.
Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat islam. Dengan adanya sebahagian
umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab tersebut. Namun
dengan keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk
melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang
tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya
kepada generasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Atas
kesedaran itu, Syukbah Remaja Masjid Kota Belud telah mengadakan Kursus
pengurusan jenazah untuk mendidik masyarakat tentang cara pengurusan jenazah
yang betul terutamanya kepada generasi-generasi muda di kawasan ini.
Slot ceramah yang pertama bertajuk "Menuju Kematian" telah disampaikan oleh Ustazah Surayah daripada JHEINS Kota Kinabalu
Ceramah Pengurusan Jenazah pula telah disampaikan oleh Us. Rosli Anjam wakil daripada JHEINS Cawangan Kota Belud.
Tidak cukup dengan teori semata-mata, praktikal untuk cara
pengurusan jenazah yang betul turut diketengahkan kepada semua peserta kursus.
Ia bertujuan untuk menyediakan pengalaman secara langsung di samping menambah
lagi kefahaman para peserta tentang pengetahuan pengurusan jenazah.
Praktikal yang dilakukan oleh peserta muslimin
Beberapa orang peserta muslimat PSSKB tekun memerhatikan demonstrasi yang ditunjukkan oleh ustazah Suraya
Dengan adanya kursus ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat
memberi pengetahuan kepada peserta jika berlaku sesuatu kematian agar dapat
membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini,
moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat
agama kita. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment