Islam amat menitik beratkan masa
dalam kehidupan hambanya. Seperti firman Allah dalam surah al-Ashr. Surah ini
menerangkan bahawa sesiapa sahaja yang tidak dapat menggunakan masanya dengan
sebaik mungkin termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Tugas utama yang
dipikul oleh setiap orang Islam ialah menjaga masa. Masa perlu diberi
perhatian lebih dari harta benda.
Setiap detik-detik masa , setiap
muslim wajib mengawasinya supaya dapat dimanfa’atkan untuk agama dan dunianya,
untuk kebaikan dan kebahagian ummah, di sudut pembangunan rohani dan kebendaan.
Ahli Al Salaf sangat menjaga masa hinggakan Hassan Al-Basri di dalam ta’liknya,
dia berkata “saya lihat suatu kaum yang sangat-sangat menjaga masa hingga
melebihi dari kamu menjaga ringgit kamu itu!”.Umar bin Abdul Aziz berkata “sesungguhnya pertukaran malam dan
siang adalah untuk kamu. Oleh itu bekerjalah untuk malam dan siang”. Orang
yang mensia-siakan masa sangat-sangat dibenci Allah SWT. Oleh itu pepatah arab
ada berkata “waktu itu seperti pedang. Jika kamu tidak memotongnya, dia pula
memotong kamu”.
Kita sering membiarkan masa
terbuang dengan begitu sahaja tanpa digunakan untuk mempelajari ilmu yang
berguna, atau beramal soleh, atau memperbaiki atau membantu orang lain. Malah
hampir setiap waktu kita akan mengunakan masa dengan hal-hal yang melalaikan.
Sebagai contoh menonton cerita, bermain facebook, main game dan lain-lain lagi.
Marilah kita sama-sama muhasabah
diri kerana sesungguhnya umur kita tidaklah panjang, dimanakah kita menggunakan
masa kita selama ini. Abdullah bin Mas’ud telah berkata “belum pernah saya
menyesal. Melainkan penyesalan saya di setiap hari apabila terbenam matahari,
semakin singkat umur saya ini, sedangkan ‘amalan saya takut-takut tidak bertambah!!!”.Begitulah orang-orang
solih sering mengunakan masa dengan sebaiknya untuk dunia dan akhirat.
Marilah kita menjadi golongan yang beruntung ini.
Seorang penyair Islam ada bersyair,
Bila
berlalu sehari dalam hidupku;
Hidayatku
masih belum bertambah mutu;
Keranku
tidak dapat menambah ilmu;
Hari itu
tidak ertinya dalam hidupku.
Sekian
Wasalam.
Dipetik
dari kitab DETIK-DETIK MASA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM(DR> YUSUF AL-QARDAWI)
0 comments:
Post a Comment