Labels

Monday, April 2, 2012

:: SIBUK KITA VS SIBUK RASULULLAH ::

Assalamua'alaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua.. 

Apa khabar? how are you?  kaifa haluk? ogenki-desu ka? =)
harap semuanya sihat dan bertambah hebat dari hari ke sehari. kan umat Islam itu mesti lebih baik dari sebelumnya~ (^,^)v kan? kan?

So, pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih dikurniakan dua nikmat paling berharga dalam hidup kita....
eh? apa ya? o_o tak ingat la...

Ehem, ehem. macam mana boleh lupa ni? =.=' ha... tu la. lain kali kena selalu2 la pi usrah atau kuliah agama. So, tahniah pada yang masih ingat. Yang da lupa, nikmat terbesar dalam kehidupan kita adalah nikmat Iman dan Islam. Okaylah, I don't have to elaborate on that...because I have so much to tell you readers. =) please continue reading. sikit je.

Oya, before that, saya ingin meminta maaf atas kelewatan meng"up-date" blog ini.  kata kata arab, "al-waajibat akthar minal auqaat" (sesungguhnya kewajipan itu lebih besar dari waktu), memang sangat benar. Walaupun begitu, alhamdulillah, atas keizinan Allah jugalah saya dapat luangkan masa untuk up-date blog ini. Syukur...

Jadi pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tajuk di bawah ini sebagai tazkirah. Ini saya kopi pasta dari post dalam FB. Tapi, walaupun kopi pasta, saya harap kita betul2 faham dan cuba buat muhasabah dan refleksi diri. 
Muhasabah, bukan muhasarawak ya.. hehe..(maaf, gurau sikit ^_^) 

 :: SIBUK KITA VS SIBUK RASULULLAH ::

"Saya sibuk ni..."
"Tak sempat datang usrah kot.."
"Sibuklah. Banyak assignment..."
~Dialog manusia hari ini (Saya mengaku, saya pun salah seorang daripada mereka T.T)~

Hari ini kita merungut menyatakan kita sibuk..namun, cuba tanya diri kita kembali, adakah kesibukan diri kita menandingi KESIBUKAN Ar-Rasul..tahukah kamu, bahawa Rasulullah s.a.w merupakan MANUSIA YANG PALING SIBUK..namun, kita dapat lihat bagaimana dalam kesibukan, Baginda masih memperuntukkan masa untuk BERIBADAH kepada Allah sehingga BENGKAK KEDUA KAKINYA sedangkan beliau telah DIJANJIKAN SYURGA..

Sesungguhnya Baginda melakukan semua itu kerana mahu menjadi HAMBA yang bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah memberinya BANYAK NIKMAT..cuba ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t..

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
~ Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
~ Bermunajat kepada Allah setiap malam
~ Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
~ Berperang di jalan Allah
~ Melayani isteri-isteri
~ Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
~ Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
~ Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
~ Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
~ Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita..sibuk kerana hanya beberapa perkara :
~ Assignment, assignment dan assignment
~ berFacebook, Youtube
~ Dating dengan kekasih
~ menziarahi Tesco, Jusco
~ tengok drama korea, movie marathon dan lain-lain..

Melihat perbandingan hidup kita dengan Rasulullah, Baginda telah benar-benar hidup dengan kehidupannya..sedangkan kita telah MEMATIKAN DIRI sebelum kematian..Allah BERSUMPAH DENGAN MASA, dalam membicarakan kerugian manusia :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…"
(Surah Al-Asr: 1-2)

P/S : SIBUKKANLAH DIRI dengan Islam di usia muda ini, kerana jika sudah mula bekerja, lebih sukar..kejar pointer dunia (study)jangan sampai LUPA pointer akhirat..hidup di dunia bukan selama-lamanya pun..CGPA akhirat jauh lagi penting yang perlu kita accumulated..♥♥
kan...?  ._.

Dengan ini, saya berharap agar kita semua dapat sesuatu kesedaran dari segi penggunaan masa, kesedaran tentang akhlak kita dan niat dalam mencapai tujuan sebenar kita di dunia ini. Buat pembaca, all the best dalam mencari redha Allah. sama-sama kita berlumba berlari dan bantu membantu untuk mencapai syurga yang hakiki. =)

nota kaki - maaf jikalau penggunaan bahasa yang digunakan kurang berilmiah; niat saya hanya untuk menarik minat pembaca dalam memberi tazkirah santai. Salah silap, minta di maafkan. Jaga iman, jaga amal, tingkatkan taqwa. wallahu'alam.

:: mencari redha Allah di segenap penjuru::





0 comments:

Post a Comment