Labels

Friday, July 3, 2009

6 soalan al-Imam al-Ghazali perjelas sifat tawadhu

IMAM Al Ghazali terkenal sebagai ulama besar yang tekun mempelajari ilmu tasawuf di akhir hidupnya dan karya besarnya berjudul Ihya Ulumuddin menerangkan keutamaan sifat tawaduk dalam hidup manusia.

Imam Al Ghazali bertanyakan enam soalan kepada muridnya untuk mendapatkan pandangan mereka dan soalan penting itu ialah:

1. “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan ahli keluarga. Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati” kerana itu adalah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

2. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid -muridnya menjawab negara Cina, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam Al Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah betul tetapi, yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun keadaan kita atau kenderaan kita, kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

3. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapab itu benar kata Imam Al Ghazali tetapi yang paling dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. “Apa yang paling berat di dunia ini?”

Muridnya menjawab baja, besi dan gajah. Kata Imam Al Ghazali, semua jawapan itu benar tetapi, paling berat adalah ‘memegang amanah’. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin)

di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai masuk ke neraka kerana tidak mampu memenuhi amanah itu.

5. “Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Muridnya menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Al Ghazali tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Ada kalanya disebabkan kerja atau mesyuarat, kita meninggalkan solat.

6. “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar, kata Imam Al Ghazali tetapi yang paling tajam adalah ‘lidah manusia’ kerana dengan lidah, manusia mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

0 comments:

Post a Comment