Persoalan
sy masih lg confius ttg maksud sebenar air mustakmal. Ade bbrapa persoalan bermain di fikiran
1) adakah air dlm satu baldi kemudian kite cedok gune gayung / tangan maka baki yg tinggal tu dikira mustakmal ?
2) mandi dgn sebaldi air kemudian semasa mandi masuk percikan air mandian kedlm baldi semula. adakah mustakmal baki yg masih ade dlm baldi ?
3) (merujuk soalan ke2 ) adakah baki air dlm baldi itu bole digunakan utk wuduk @ mandi janabah. Syukran

Jawapan
Dipetik semula dari siri Syarh Fiqh Sunnah:
al-Sayyid adalah Sayyid Sabiq pengarang kitab F_Sunnah Air Terpakai Air Musta'mal didefinasikan sebagai air yangkurang dari dua kolah (216 liter) yang terpisah atau mengalir dari atau pada anggota tubuh seseorang yang berwudhu' atau mandi wajib. Contohnya ialah terjatuhnya semula air yang sedang digunakan bagi berwudhu' ke dalam bekas simpanan air yang digunakan sebagai sumber air wudhu' atau air yang sama (tidak mengalir dari sumber yang baru) yang digunakan bagi mengulang-basuh keseluruhan anggota wudhu' (HafidzFirdaus, Panduan Ibadah Musafir, Jahabersa, ms.29)
air musta’mal ini suci lagi menyucikan kata al-Sayyid dengan alasan, asalnya suci dan tiada suatu
alasanpun yang mengeluarkannya dari kesucian. Syarh: Pendapat al-Sayyid ini sudah pasti menggemparkan nusantara yang berpegang dengan pendapat syafi’iyah yang menetapkan air itu suci tapi tidak menyucikan (Dato’ Hj Ismail Kamus, Fardhu ‘Ain, at- Tafkir, ms 20)
Dalil-dalil al-Sayyid:
Dari Rubaiyi’ bte Mu’awwidz
Terjemahnya: "dan disapu kepalanya dengan sisa air pada tangannya.” [status hadith: sahih menurut Ahmad Syakir, tahqiq sunan atTermidzi (1/51), juga dikeluarkan oleh Abu Daud (#130)]
Dari jalur Abu Hurayrah ra
Terjemahnya: "Maha suci Allah,
orang mu’min tidak najis.” [Sahih, muttafaq alaih, alBukhari, kitab alGhusl,# 274]
Syarh: Kesucian air musta’mal adalah sangat jelas sekali. Ini adalah pendapat pilihan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (Majmu’ Fatawa (20/519), mujtahid kontemporer, Prof alQardhawi. Komentar beliau, kesucian air musta’amal bukanlah semuanya mutlak, ia hendaklah dilihat sejauh mana cara air itu menjadi musta’mal dan mengambil kira keadaan kesihatan semasa. Jika ada penyakit menular, maka hendaklah dihindarkan. Zaman dulu, seseorang menggunakan air dengan menyelam mukanya dalam besen, berkumur dan mencucui hidung dalam bekas itu, maka air musta’mal dari jenis ini hendaklah dijauhi. (Fiqh Thaharah, 41)
Dalil-dalil tambahan Dr alQardhawi:
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah berwudhu' dari air sisa lebihan mandian isteri baginda. Isterinya berkata, sesungguhnya saya telah mandi dengan air tersebut!" Nabi saw bersabda: [almaa thuhur laa yunajjisuhu syai'un] "Air itu suci dan tidak apa yang dapat menajisinya" [sahih oleh alZahabi, dikeluarkan oleh Ahmad, anNasa'iy, Ibn Majah, adDarimi, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al- Hakim] Bagaimana dengan pendapat asal Imam Syafi’iy berhubung dengan air musta’mal? Sdr Abu Iqbal Muhd Ya’akub MY dalam majalah i Mac 2006 membuat penyelidikan dalam kitab al-Umm dan mendapati Imam Syafi’iy membolehkan air musta’mal digunakan utk bersuci. (majalah i, karangkraf, Mac 2006, ms 69)
Rumusan: air musta’mal adalah suci lagi menyucikan selagi tidak berubah warna, bau dan rasanya, bukan ketika meletusnya wabak penyakit berjangkit dan cara penggunaan air yang hygenik

0 comments:
Post a Comment