Labels

Wednesday, June 27, 2012

Qiamullail Edisi Istimewa Julai 2012


Assalamualaikum Warahmatullah

                  Istimewa Julai ini! Qiamullail Perdana anjuran PSS&KRU KB kembali lg menemui anda. Qiamullail edisi istimewa pd kali ini tampil dengan tempat yang BERBEZA, pengisian yang BERBEZA, tentunya pengalaman juga akan BERBEZA dari program-program sebelum ini.. Ayuh remaja! jangan lepaskan peluang keemasan .. jumpa anda di sana!


Monday, June 25, 2012

Program Islam Agamaku, Kg. Suang Punggor Kota Belud

KOTA BELUD, 23 Jun; Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud meneruskan program kemsyarakatan dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah. Program kali ini bertapak di Kg. Suang Punggor Kota Belud yang penduduknya berbangsa Bajau Islam.
Sebelum berlepas ke check point ex-plorace
Check Point Solat
Program dimulakan seperti biasa dengan ceramah Menuju Kesempurnaan Solat yang disampaikan oleh Ust. Surayah dari JHEAINS KK dan ceramah fardhu 'ain yang disampaikan oleh Us. Aziz. Disamping itu, sukaneka kanak-kanak berjalan di padang sekolah SK Suang Punggor yang dijalankan oleh PSS dan dibantu oleh KRU KB. Kehadiran lebih 80 orang anak-anak kampung menggamatkan padang sekolah dengan aktiviti explorace fardhu 'ain dan aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, program berehat setelah solat zohor dan makan tengah hari untuk memberi laluan kepada persiapan forum pada malamnya.
Us. Aziz menunjukkan cara solat
Antara penduduk kampung yang hadir
Forum bermula jam8.00 malam setelah solat isya' dan makan malam. Forum yang bertajuk 'Islam untuk Semua' ini menampilkan Us. Melih yang merupakan guru SMK Usukan dan Ust. Surayah sendiri sebagai panel forum dan dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah. Program ini juga turut dipengerusikan oleh Sdr. Iqbal Fikri, Pengerusi PSS KB sendiri. Menurut penduduk kampung, inilah program yang dapat mengumpul penduduk yang paling ramai dan mereka mengharap agar PSS dapat mengadakan kuliah fardhu 'ain untuk kaum ibu setiap bulan.
Panel forum
Program kali ini turut mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung dan ahli PSS KB sendiri. Ribuan terima asih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga usaha murni untuk mengembalikan kegemilangan Islam ini mendapat keredhaan Allah SWT.
Khusyuk mendengar forum

Sunday, June 24, 2012

Forum Perdana Di Kg. Ambong Kota Belud



 9 Jun 2012 (Sabtu) : Persatuan Siswazah Sabah cawangan Kota Belud telah menganjurkan satu forum yang bertajuk "Islam Untuk Semua". Forum pada kali ini telah diadakan di Kg. Ambong Kota Belud. Beberapa orang ahli PSS dan KRU Kota Belud. Walaupun jarak Kg. Ambong yang agak jauh dr pekan, ini bukanlah penghalang untuk menjejaki saudara-saudara kita di sana dan menyampaikan risalah Rasulullah S.A.W


Ketibaan PSS dan KRU di Kg. Ambong Kota Belud

Bacaan Yasin dan tahlil bersama penduduk kampung

Selepas selesai solat Isyak, forum perdana pun bermula dengan menampilkan 3 orang ahli panel yang berpengalaman. Panel yang pertama ialah ustaz Rosli , panel kedua En. Jumat, dan Panel yang ketiga ialah sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin. 

Moderator sedang mengajukan soalan kepada para panel

Penerangan yang mantap dari Us. Rosli

Antara hadirin yang hadir

Adik-adik yang meluangkan masa untuk mendengar forum pada malam itu. 

Penyampaian cenderahati kepada panel

Penghargaan daripada PSS cawangan Kota Belud. 

          Semoga sedikit usaha untuk mendekati masyarakat ini dikira sebagai satu ibadah yang diterima oleh Allah S.W.T. PSS cawangan Kota Belud juga mengharapkan agar semua perkongsian dan isi yang disampaikan dalam forum yang bertajuk "Islam untuk semua" dapat memberikan ilmu yang baru untuk kita dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Semua yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari kelemahan kami sendiri. 

"Islam Untuk Semua"





Sunday, June 17, 2012

Program Islam Cara Hidup, Kg. Lentigi


Masjid Kg. Lentigi, KB
Kuiz Kanak2

KOTA BELUD, 16 Jun; Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Kota Belud (PSSKB) dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sabah meneruskan aktiviti dakwah dengan masyarakat. Tema program kali ini bertajuk 'Islam Cara Hidup' yang diadakan di Kg. Lentigi Kota Belud yang penduduknya berbangsa Bajau. 
LDK Fardhu 'Ain Kanak2
LDK Fardhu 'Ain Kanak2
Praktikal Solat Kanak2
Sukaneka kanak-kanak
Program yang bermula jam8.00 pagi ini dimulakan dengan pendaftaran, Ceramah 1 yang bertajuk 'menuju kesempurnaan Solat', minum pagi, Ceramah 2 yang bertajuk 'Toharoh, istinjak dan wudhu', praktikal solat serta sukaneka untuk kanak-kanak. Pengisian ceramah disampaikan oleh Ustazah Surayah Salin dari JHEAINS Kota Kinabalu. Pogram ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh anak-anak penduduk kampung dengan kehadiran 82 orang walaupun kehadiran ibu bapa hanya lebih kurang 40 orang.
Ceramah oleh Ust. Surayah (JHEAINS KK)
Seterusnya, program ini diteruskan pada malamnya dengan solat Maghrib dan Isya' berjemaah, makan malam dan Forum yang bertajuk "Islam Cara Hidup" yang menampilkan panel forum yang mantap iaitu Ust. Rohaya Sudiro (SMK Usukan), En. Azmin Awang (PSS KB) serta Us. Shamsuri (JAKIM) dan dipegerusikan oleh Sdr. Saibul (PSS KB). Kehadiran penduduk kampung pada malam program mencecah 200 orang termasuk penduduk dari kampung jiran iaitu Kg. Paka-paka dan Kg. Pangkalan Abai. 
Forum Islam Cara Hidup
Kehadiran penduduk kampung
Program ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penangguhan oleh Us. Shamsuri sendiri dan penyampaian cenderahati kepada peserta program dan pihak masjid yang memberikan komitmen yang baik sepajang program. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi Us. Shamsuri oleh Sdr. Saibul diperhatikan 
Pengerusi PSS KB Sdr. Iqbal Fikri

Rehlah Muslimin PSS & KRU KB





4 JUN 2012
       Assalamulaikum W.B.T alhamdulillah pada 4 jun yang lalu kru  kb (muslimin) telah mengadakan rehla yang bertempat di pantai terang bulan bersebelahan dengan kampung Kuala Abai.Rehla kali ini di lakukan secara santai sahaja tidak banyak aktiviti yang dilakukan dan rehla ini diketuai oleh Abang Fauzi yang merupakan timbalan presiden I persatuan siwazah sabah.Perjalanan yang sepatutnya bertolak ke tapak program pada jam 7 pagi terpaksa di tangguh beberapa jam di sebabkan hujan turun dengan lebatnya.Tepat jam 9.30 hujan pun telah reda dan kami pun bertolak ke tapak program.

Antara kenderaan yang di gunakan untuk mengangkut ahli kru


10.10 AM
    
    Kami pun tiba di pantai.Pekara pertama yang dilakukan setelah sampai ialah membersihkan tempat dan mencari kayu untuk menghidupkan api.
Antara tukang masak yang di import khas


Saudara saibullah


Sementara menunggu ikan masak untuk di makan kami pun pergi mandi di pantai yang diketuai oleh saudara Hashim



Ini ialah atlet yang akan pergi ke sukan olimpik landon





11.11 am
  Setelah sejam mandi akhirnya makanan siap di masak.Kami pun makanlah






Tidur atas pokok.kamu ingat cincai ka aku ini








Tepat jam 1.30 Petang, program rehlah sampai ke penghujungnya.. Apa yang penting, misi rehlah pada kali ini iaitu mengeratkan lagi tautan ukhuwah dan silaturrahim di kalangan ahli muslimin KRU dan PSS, InsyaAllah dapat dicapai. Mohon maaf atas sebarang kekerangan dan kelemahan, dan apa yang baik datang dari perancangan Allah S.W.T.
~Ukhuwah itu bagai seutas tasbih, ada awal tiada penghujung.Dicipta untuk mengingatinNya, dibahagi untuk cintaNya, dan diratib untuk redhaNya~








Tuesday, June 12, 2012

Kursus Pengurusan Jenazah 2012


5 Jun 2012 (Selasa)
Bertempat di Masjid Pekan Kota Belud, telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Syukbah Remaja Masjid Pekan Kota Belud. Beberapa orang ahli PSS Kota Belud telah mendaftar sebagai peserta dalam kursus pengurusan jenazah pada kali ini. Seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada remaja, belia dan orang dewasa di sekitar Kota Belud telah menghadirkan diri.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab tersebut. Namun dengan keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada generasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Atas kesedaran itu, Syukbah Remaja Masjid Kota Belud telah mengadakan Kursus pengurusan jenazah untuk mendidik masyarakat tentang cara pengurusan jenazah yang betul terutamanya kepada generasi-generasi muda di kawasan ini. 


Slot ceramah yang pertama bertajuk "Menuju Kematian" telah disampaikan oleh Ustazah Surayah daripada JHEINS Kota Kinabalu

Ceramah Pengurusan Jenazah pula telah disampaikan oleh Us. Rosli Anjam wakil daripada JHEINS Cawangan Kota Belud. 


Tidak cukup dengan teori semata-mata, praktikal untuk cara pengurusan jenazah yang betul turut diketengahkan kepada semua peserta kursus. Ia bertujuan untuk menyediakan pengalaman secara langsung di samping menambah lagi kefahaman para peserta tentang pengetahuan pengurusan jenazah. 

Praktikal yang dilakukan oleh peserta muslimin

Beberapa orang peserta muslimat PSSKB tekun memerhatikan demonstrasi yang ditunjukkan oleh ustazah Suraya



Dengan adanya kursus ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada peserta jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita. InsyaAllah.




Sunday, June 10, 2012

Rehlah PSS&KRU Muslimat Kota Belud


31 Mei 2012 
            Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. Muslimat KRU dan PSS Kota Belud dapat mengadakan Rehlah Kali ke-2 bagi tahun ini. Walaupun perancangan dilakukan pada saat-saat akhir, Alhamdulillah.. rehlah kali ini masih dapat dijalankan. Memandangkan sekarang merupakan musim cuti sekolah bagi adik-adik KRU . Kami mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama mereka agar ukhwah yang terjalin tidak pernah renggang walaupun dibatasi jarak dan komitmen yang banyak. 
            Lokasi pada kali ini tidak jauh dari tapak program KRIS yang baru sahaja melabuhkan tirai. Walaupun agak sukar mencari lokasi yang sesuai pada saat-saat akhir program bermula,  Sungai Kg. Tambulion juga akhirnya menjadi pilihan srikandi-srikandi Kota Belud. Seramai 19 orang muslimat telah menyertai rehlah kali ini. Aktiviti dimulakan selepas solat zohor disebabkan ada di kalangan adik-adik KRU yang terpaksa menghadiri kelas tambahan di sekolah.

Sebelum bergerak kerja(masak) 

Menyediakan makanan untuk dijamah sebentar lagi.. semua dalam mode lapar..

Merenung dan menghayati keindahan ciptaan Allah S.W.T..SubahanAllah

         Beberapa pengisian telah dirancang sepanjang program rehlah berlangsung, namun atas sebab-sebab yang tertentu seperti hujan kuat yang tiba-tiba membasahi bumi tambulion, beberapa aktiviti terpaksa dibatalkan.


Antara juadah yang disediakan


Solat di tepi Sungai Kampung Tambulion

Makan time.

Tepat jam 5.30 Petang, program rehlah sampai ke penghujungnya. Walaupun tidak semua yang perancangan tidak dapat berjalan seperti apa yang dirancang. Namun ada hikmah di setiap apa yang telah Allah tetapkan. Apa yang penting, misi rehlah pada kali ini iaitu mengeratkan lagi tautan ukhuwah dan silaturrahim di kalangan ahli muslimat KRU dan PSS, InsyaAllah dapat dicapai. Mohon maaf atas sebarang kekerangan dan kelemahan, dan apa yang baik datang dari perancangan Allah S.W.T.

~Ukhuwah itu bagai seutas tasbih, ada awal tiada penghujung.Dicipta untuk mengingatinNya, dibahagi untuk cintaNya, dan diratib untuk redhaNya~