31 Mei 2012
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. Muslimat KRU dan PSS Kota Belud dapat mengadakan Rehlah Kali ke-2 bagi tahun ini. Walaupun perancangan dilakukan pada saat-saat akhir, Alhamdulillah.. rehlah kali ini masih dapat dijalankan. Memandangkan sekarang merupakan musim cuti sekolah bagi adik-adik KRU . Kami mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama mereka agar ukhwah yang terjalin tidak pernah renggang walaupun dibatasi jarak dan komitmen yang banyak.
Lokasi pada kali ini tidak jauh dari tapak program KRIS yang baru sahaja melabuhkan tirai. Walaupun agak sukar mencari lokasi yang sesuai pada saat-saat akhir program bermula, Sungai Kg. Tambulion juga akhirnya menjadi pilihan srikandi-srikandi Kota Belud. Seramai 19 orang muslimat telah menyertai rehlah kali ini. Aktiviti dimulakan selepas solat zohor disebabkan ada di kalangan adik-adik KRU yang terpaksa menghadiri kelas tambahan di sekolah.
Sebelum bergerak kerja(masak)
Menyediakan makanan untuk dijamah sebentar lagi.. semua dalam mode lapar..
Merenung dan menghayati keindahan ciptaan Allah S.W.T..SubahanAllah
Beberapa pengisian telah dirancang sepanjang program rehlah berlangsung, namun atas sebab-sebab yang tertentu seperti hujan kuat yang tiba-tiba membasahi bumi tambulion, beberapa aktiviti terpaksa dibatalkan.
Antara juadah yang disediakan
Solat di tepi Sungai Kampung Tambulion
Makan time.
Tepat jam 5.30 Petang, program rehlah sampai ke penghujungnya. Walaupun tidak semua yang perancangan tidak dapat berjalan seperti apa yang dirancang. Namun ada hikmah di setiap apa yang telah Allah tetapkan. Apa yang penting, misi rehlah pada kali ini iaitu mengeratkan lagi tautan ukhuwah dan silaturrahim di kalangan ahli muslimat KRU dan PSS, InsyaAllah dapat dicapai. Mohon maaf atas sebarang kekerangan dan kelemahan, dan apa yang baik datang dari perancangan Allah S.W.T.
~Ukhuwah itu bagai seutas tasbih, ada awal tiada penghujung.Dicipta untuk mengingatinNya, dibahagi untuk cintaNya, dan diratib untuk redhaNya~
0 comments:
Post a Comment