KOTA BELUD, 23 Jun; Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud meneruskan program kemsyarakatan dengan kerjasama JAKIM Caw. Sabah. Program kali ini bertapak di Kg. Suang Punggor Kota Belud yang penduduknya berbangsa Bajau Islam.
Program dimulakan seperti biasa dengan ceramah Menuju Kesempurnaan Solat yang disampaikan oleh Ust. Surayah dari JHEAINS KK dan ceramah fardhu 'ain yang disampaikan oleh Us. Aziz. Disamping itu, sukaneka kanak-kanak berjalan di padang sekolah SK Suang Punggor yang dijalankan oleh PSS dan dibantu oleh KRU KB. Kehadiran lebih 80 orang anak-anak kampung menggamatkan padang sekolah dengan aktiviti explorace fardhu 'ain dan aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, program berehat setelah solat zohor dan makan tengah hari untuk memberi laluan kepada persiapan forum pada malamnya.
Us. Aziz menunjukkan cara solat
Forum bermula jam8.00 malam setelah solat isya' dan makan malam. Forum yang bertajuk 'Islam untuk Semua' ini menampilkan Us. Melih yang merupakan guru SMK Usukan dan Ust. Surayah sendiri sebagai panel forum dan dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Fauzi Saifuddin yang merupakan Timbalan Presiden Persatuan Siswazah Sabah. Program ini juga turut dipengerusikan oleh Sdr. Iqbal Fikri, Pengerusi PSS KB sendiri. Menurut penduduk kampung, inilah program yang dapat mengumpul penduduk yang paling ramai dan mereka mengharap agar PSS dapat mengadakan kuliah fardhu 'ain untuk kaum ibu setiap bulan.
Program kali ini turut mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung dan ahli PSS KB sendiri. Ribuan terima asih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga usaha murni untuk mengembalikan kegemilangan Islam ini mendapat keredhaan Allah SWT.
Khusyuk mendengar forum
0 comments:
Post a Comment