Labels

Thursday, December 30, 2010

AGM KRUKB 2010

Mesyuarat Agung Tahunan KRUKB
1 hb Januari 2010 (Sabtu)
8.00 pagi - 12.00 tengahari

Semua ahli KRUKB dijemput hadir.

Tahniah PMR 2010!


Syabas dan tahniah buat adik2 KRU KB yang cemerlang dalam PMR 2010 yang telah diumumkan 24hb lalu. Antara pelajar2 yang dikenalpasti ialah:
8A PMR 2010:
1) Zulfana (SMK Arshad)

7A PMR 2010:
1) Irwan (SMK Arshad)
2) Ezzaidy ( SMKA Tun Said)
3) Azmalida (SMKA Tun Said)

Tahniah juga buat adik2 yang lain yang tidak tertulis namanya dalam post ini (maklumat tidak diperolehi).
"Barangsiapa yang membantu agama Allah (Islam) nescaya Allah akan memberi pertolongan kepadanya dan mengukuhkan kedudukannya."

Hari Keluarga PSSKB 2010

Hari Keluarga PSSKB 2010
25 Disember 2010 (Sabtu)
Simpang Mangayau Kudat

Alhamdulillah... sebagai penutup tabir tahun 2010, PSSKB telah mengadakan Hari Keluarga PSSKB bersama KRUKB seminggu sebelum munculnya tahun baru Masihi 2011. Semoga gerak kerja tahun 2010 ini di nilai di sisi Allah dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.

Taklimat dari pengarah program Sdr. Saibul

Menunggu Tuan Guru mengimamkan bacaan doa
Singgah sebentar membeli jagung bakaranak sapa tue?
AJK makanan sibuk membakar ikan. Jom makan!Bahagianya dapat menghabiskan nasi setalam... Khusyuk mendengar amanat dari Penaung PSSKB Cg. JumatDengar bebaik pesanan tue..Muslimat PSSKB.. Semoga istiqamah dalam perjuangan Islam!

Bertemu lagi pada program2 dan aktiviti2 PSS dan KRU KB pada tahun hadapan 2011.

Friday, December 17, 2010

Memori KemPin '02 2010

Kem Kepimpinan Pelajar 2010 (KemPin '02)
15-17 Disember 2010 (Rabu - Jumaat)
Pondok Fi Dzilalil Qur'an Tamau KB

Alhamdulillah dengan izinNya program ini dapat dijalankan dengan baik walaupun ramai peserta dan AJK yang tidak dapat menghadiri program ini kerana peperiksaan SP
M dan STPM serta ada yang balik kampung sempena cuti sekolah ini. Namun, atas kesedaran tentang pentingnya berjuang demi Islam, terdapat juga AJK dan peserta yang datang selesai menghabiskan kertas terakhir peperiksaan mereka. Tahniah diucapkan! Semoga beroleh kejayaan dalam peperiksaan anda. Yakinlah bahawa janji Allah pasti benar!!

Ikutilah rakaman-rakaman sepanjang program KemPin '02 2010.
ketibaan peserta
pendaftaran
LDK1- jangan pandang belakang
LDK2- Kubur kita asing2
LDK3- Aiman tak kesah
LDK4- Produk Islam memang laris
bengkel penyelarasan KD
explorace- CP3
explorace- CP5
rehat2 sambil makan aiskrim
aiskrim lagi...
ahli PSSKB muslimat turut merakam kenangan makan aiskrim
AJK muslimat menaiki pick-up pulang dari tapak program
Dah sampai pun ke bilik gerakan utama...hehehe...

Terima kasih atas kerjasama dan usaha gigih para AJK dan fasilitator yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Buat adik-adik peserta, amalkan ilmu yang dikutip dari pengisian yang ada. Janganlah jemu mengikuti majlis-majlis ilmu. Kita adalah mata rantai perjuangan Rasulullah dah para sahabat, bukan pemula dan bukan pengakhir. Oleh itu, jagalah ia agar tidak putus. Semoga kita tergolong dalam golongan yang menerima syafaat Rasulullah. Ameenn...

PERJUANGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS :)

Monday, December 6, 2010

Sambutan Ma'al Hijrah muslimat PSSKB

Isnin, 1 Muharram 1432H; Muslimat PSSKB telah mengadakan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat PSSKB. Dengan kehadiran lebih 10 orang ahli PSSKB telah memeriahkan majlis ini. Antara pengisian majlis ialah bacaan doa akhir tahun, Solat Maghrib berjemaah, bacaan doa awal tahun, bacaan Yasiin, solat hajat dan jamuan ringan.

Bacaan doa akhir tahun 1431H diketuai oleh Kak RunaSolat Maghrib dan bacaan doa awal tahun 1432HBacaan YasiinInilah antara juadah istemewa...

Semoga amalan tahun lalu diterima dan diredhai Allah SWT dan tahun hadapan lebih baik dari sebelum ini. Mantapkan gerak kerja eratkan ukhwah!

Salam Ma'al Hijrah 1432H

Diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1432H kepada semua umat Islam diseluruh dunia khususnya di Malaysia khasnya lagi di Sabah. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Kepada semua pendokong dakwah Islam, semoga gerak kerja tahun yang baru bermula ini lebih baik dan berjalan lancar. Jadikan kelemahan lalu sebagai iktibar dan pengalaman untuk diperbaiki.

KemPin02 datang lagi...

Insya' Allah. PSSKB akan mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar (KemPin) kali ke-2 pada;

Tarikh: 15-17 Disember 2010
Tempat: Pondok Fi Dzilalil Qur'an Kg. Tamau KB
Sasaran: 50 orang pelajar KB dan bahagian PBU (Kudat, KM, Pitas)

Semua peserta yang terpilih dikehendaki mengambil borang penyertaan dari AJK Penyertaan (Sdr. Rabiatul). Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pengarah Sdr. Azizi (013-8850354) atau Setiausaha Sdr Dila (014-8558109).

"Remaja Hari Ini Pemimpin Hari Esok"

Qiamullail Disember KRUKB

2-3 Disember 2010
Khamis-Jumaat
Masjid Pekan Kota Belud

Alhamdulillah, qiam yang terakhir untuk tahun 2010 kali ini berjaya dijalankan dengan kehadiran peserta seramai 64 orang termasuk beberapa orang peserta sekolah rendah. Nampaknya masyarakat kini lebih terbuka dengan menghantar anak-anak mereka yang masih bersekolah rendah ke program qiamullail. Tema qiam kali ini adalah 'Nikmat Masa Lapang'.

slot pengisian dari Imam Madli

post mortem AJK

Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Penasihat PSSKB; En Jumat

Sahabat2 PSS KRU muslimat ambil peluang untuk beriadah

riadah pagi

AJK makanan setia dengan dapurnya

mengabadikan kenangan bersama peserta dan AJK

wajah2 AJK & Fasi yang ceria walaupun penat bekerja.

Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dengan lebih teratur. Semoga usaha yang sedikit ini dinilai disisi Allah SWT. Amal kerana Islam!

Wednesday, December 1, 2010

Qiam Akhir KRUKB 2010 bakal menyusul...


Insya' Allah...Program Qiamullail bulanan KRUKB buat yang terakhir bagi sesi 2010 akan diadakan pada:

Tarikh: 2-3 Disember 2010
Hari: Khamis-Jumaat
Tempat: Masjid Pekan KB

Pendaftaran seperti biasa selepas Asar. Program Qiam kali ini bertemakan 'Nikmat Masa Lapang' bersempena dengan cuti sekolah. Semua dijemput hadir!

Kata Pujangga buat calon SPM & STPM

Mulakan setiap perbuatanmu dengan menyebut nama Allah.
Usaha terus usaha. Study smart!
Iringi usaha anda dengan doa dan tawakkal kepada Allah.Yakinlah bahawa Allah yang memberi rezki (kejayaan) kepada hambaNya yang taat.

"Sesungguhnya setiap kesusahan pasti akan disertai dengan kesenangan"
- Surah Al-Isnyirah-

"Wahai oraang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
-Surah Muhammad: 7-

Imbas kembali Qiam Oktober lalu...

Solat itu tiang agama, barangsiapa yang tidak mendirikan solat maka dia telah meruntuhkan agama (Islam) nya. Solatlah kamu di belakang imam sebelum kamu disolatkan di hadapan imam.
Slot Pengisian dari Kak Jannah. Semoga ilmu yang dikutip dapat diamalkan dan dimanfaatkan.
Khusyuk dalam menimba ilmu amat penting!
Meriahnya group usrah dia ni. Tahniah buat adik-adik pelajar pondok yang tidak kenal erti jemu dalam menuntut ilmu. Rakus dalam menuntut ilmu sangat baik.Allah telah menjanjikan pahala buat hambaNya yang ikhlas mentadabbur ayat-ayatNya. Gunakan 'buku manual' kita dengan sebaiknya agar tidak terpesong ke lambah yang tidak baik.
Semoga istiqamah dalam amalan! Bertemu lagi pada qiam akan datang!!