Labels

Sunday, September 16, 2012

Pertandingan Badminton PSS dan KRU Kota Belud


        


        ALLAHAMDULILAH…ucapkan ke hadrat illahi….kelab remaja ukhuwah kini telah melaksanakan program yang begitu santai dan menguji kekuatan jasmani..kelab remaja ukhuwah telah mengadakan program pertandingan badminton kru kb… bertempat di dewan butong,kota belud.
            Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada muslimin dan muslimat.Program ini turut di sertai oleh ajk .Program ini bermula pada pukul 9.00 di mana semua peserta telah pun bersiap sedia untuk menunjukkan kekuatan mereka dalam pertandingan ini.Tema program ini ialah “SUKAN ITU IBADAH’’.Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silahturahim diantara ajk dan para peserta.
           Program ini berjalan dengan begitu lancar sekali.Program ini berlangsung selama 3 jam darim pukul 9.00 pagi – 12.00 tengah hari.Sebelum berakhirnya program ini,para peserta sempat di beri tunjuk ajar macam mana memengang raket dengan betul oleh pengurus dewan tersebut.Selesai sahaja program ini ,penyampaian hadiah turut diadakan untuk memberi hadiah kepada para pemenang.
Penyampaian hadiah ini turut di sampaikan oleh pengurus dewan itu tersebut.Yang menariknya dalam penyampaian hadiah ini ialah johan badminton[beregu] muslimin dimenangi oleh anak buah kepada pegurus dewan tersebut  yang baru berusia 7 tahun dan 10 tahun.Manakala johan bagi muslimat pula dimenangi oleh Nor Nisa kelim dan Shairee Amran yang merupakan ajk program ini.
Selesai sahaja penyampaian hadiah ,para peserta berkumpul dengan pengurus dewan tersebut untuk sesi fotografi.Dengan berakhirnya program ini,diharap hubungan silahturahim bertambah erat dan berharap agar program seperti ini dapat di adakan untuk menguji stamina diri.
                                                SUKAN ITU IBADAH

Sekitar pertandingan badminton berlangsung



muslimat di gelanggang badminton

ada pla 3 orang dlm gelanggang.. :)

perlawanan sebenar bermula

taklimat kepada para pemain


muslimat power!




Monday, September 10, 2012

Program Sekampit Beras di Kg.Rajunah Kota Belud


      

       Alhamdulillah, Program Sekampit Beras Ramadhan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 12 Ogos 2012 bersamaan dengan hari ahad. Program yang diadakan di Masjid Al-Ikhwan Kg. Rajunah ini mendapat sambutan daripada penduduk kampung tersebut. Seramai 30 orang dalam kalangan penduduk kampung telah terpilih menerima sumbangan berbentuk barangan makanan.

        Program ini dimulakan dengan ucapan daripada Timb. Pengerusi Persatuan Siswazah Sabah bahagian pusat iaitu Sdr. Ahmad Fauzi Bin Tajuddin. Antara petikan yang sempat dirakamkan ialah ucapan ribuan terima kasih kepada penduduk Kampung dan pemgenalan PSS secara umum.Kemudian, program i ni pula diteruskan dengan pemberian sumbangan kepada 30 orang dalam kalangan penduduk kampung.

        Di akhir program ini, kami sempat mengambil sedikit kenangan, iaitu bergambar beramai-ramai bersama penduduk Kg.Rajunah. Kami juga sempat menghantar beberapa orang makcik dan nenek yang agak berumur ke rumah masing-masing.