Labels

Wednesday, September 15, 2010

Ziarah Raya PSS KB 2010

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, warga PSS KB mengambil kesempatan untuk menziarahi sahabat2 dan adik2 KRU untuk mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin.

Detik 2 Syawal:
Kunjungan ke rumah CT n K.Nisa, A.Fauzi, A.Sezan, Raj, Nor, Tqa n Hidayah.
3 Syawal:
Kunjungan ke rumah penasihat PSSKB, K.Ita, Roslan, K.Aida, Suzi, A.Saibul, Masnah.

4 Syawal:
Majlis Sambutan 'Eidul Fitri & Ramah Mesra Siswa/ Pelajar PSS

5 Syawal:
Kunjungan ke rumah Saida, A.Adzmin.
Sahabat...
Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,

Dalam bergurau mungkin terlanjur senda,

Dalam berjanji mungkin ada yang tidak dikota,

Dala
m berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa,
Jika ada KEMAAFAN itulah yang sangat dipinta...


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari kami warga PSS dan KRU Caw. Kota Belud. Maaf Zahir dan Batin...

Tuesday, September 14, 2010

Jamuan Raya PSS & KRU KB

Salam 'EidulFitri...

Untuk makluman, JAMUAN RAYA AIDILFITRI PSS & KRU KB akan diadakan pada:

Tarikh: 16 Sept 2010 (Khamis)
Masa: 8.30pagi - 12.00 thari
Tempat: dewan Masjid KB

Semua warga PSS dan KRU dijemput hadir dan digalakkan membawa keluarga masing2. Anda juga digalakkan membawa juadah masing2 untuk memeriahkan lagi majlis. Salam lebaran...

Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran



Ramadhan yang mulia kian sampai ke tirai pelabuhannya. Hari kemenangan buat umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang sebentar lagi. Warga PSSKB dan KRUKB mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua umat Islam khususnya buat adik-adik KRU. Di samping itu, warga PSSKB juga ingin memohon seribu kemaafan kepada adik-adik KRU jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang kita berprogram.
Mari kita meriahkan syawal dengan berpuasa sunat dan menziarahi saudara seagama di samping dengan amalan nawafil yang lain.