Labels

Saturday, January 30, 2010

Qiam Januari KRUKB 2010

29-30 Jan 2010
Masjid Pekan KB
Alhamdulillah...program bulanan ini dapat diteruskan untuk tahun ini. Walaupun kehadiran agak sedikit berbanding program2 sebelum ini disebabkab kesibukan persekolahan pada awal tahun ini namun program bulanan ini dapat dijalankan juga dengan baik. Tahniah dan terima kasih buat AJK pelaksana.Program qiamullail pada tahun ini agak berlainan dengan program qiamullail tahun lalu kerana terdapat beberapa pembaharuan seperti quiz akademik yang dimulakan dengan subjek SEJARAH pada Januari ini. Pertandingan quiz ini dimenangi oleh SMK Arshad, tempat kedua SMK Pekan II, tempat ketiga SMKA Tun Said dan saguhati SMK Taun Gusi dan SMK Pekan. Selain itu, aktiviti amal kebajikan juga dilaksanakan yakni membersihkan kawasan masjid termasuk bilik air.
mujahiden KB
Untuk acara kemuncak iaitu majlis penutupan diadakan penyampaian hadiah untuk pemenang quiz, pelancaran tabung KRUKB dengan penyerahan tabung kepada pengerusi KRUKB oleh pengerusi PSSKB. Akhir sekali ialah pelancaran kumpulan nasyid KRUKB yang sempat memperdengarkan beberapa buah lagu nasyid sebelum lambaian ukhwah.
pelancaran tabung KRUKB
Semoga bertemu lagi untuk program qiamullail akan datang. Siap sedia untuk menjawab soalan quiz. Ajak rakan2, kawan2 dan sahabat2 yang lain!

Saturday, January 23, 2010

Sunday, January 17, 2010

Banjir; bencana alam atau bala Allah?

KOTA BELUD: Seramai 101 orang daripada 20 perkampungan yang di pindah akibat banjir kilat di Dewan Tun Said setakat pada petang Sabtu. Bukan sekadar Dewan Masyarakat yang dilimpahi penduduk mangsa banjir tetapi masji pekan juga menjadi tumpuan. Bukan untuk bersolat atau berdoa tetapi sekadar tempat persinggahan sementara menunggu air surut. Adakah ini merupakan bencana alam akibat pembalakan haram, parit2 tersumbat, pembuangan sampah ke dalam sungai dan lain2 kerja tangan manusia atau bala yang diturunkan Allah untuk ummatnya yang melupakan Tuhan, meninggalkan solat, berjudi, minum arak dan banyak lagi perkara larangan Allah yang di lakukan juga suruhan Allah yang ditinggalkan.
Fikir-fikirkan bersama...:)




Sunday, January 10, 2010

New: Aktiviti pertama 2010!

10/01/2010 (Ahad); usrah KRU muslimat yang pertama telah dijalankan bermula jam 9.00pagi bertempat di Masjid Pekan KB. Manakala, beberapa orang ahli PSS dan KRU telah mengadakan lawatan dan usrah pertama di SMKA Tun Said memandangkan mereka tidak dapat keluar dari asrama. Dan insya' Allah usrah akan diteruskan 2 minggu sekali.

Pada hari dan waktu yang sama, KRU muslimin mengadakan diskusi bersama KRUKM yang mengadakan lawatan ke KB untuk bermuzakarah mengenai gerak kerja KRU.

Semoga gerak kerja KRU pada tahun ini berjalan dengan lebih baik dan mantap!

Saturday, January 9, 2010

Organisasi KRU KB 2010

Alhamdulillah...perlantikan organisasi baru 2010 KRUKB telah dijalankan pada 1hb Jan 2010.

Organisasi KRUKB 2010:

Pengerusi:
Rosahazrin (Sempen)

Timb. Pengerusi:
Umar (Sempen)

Setiausaha:
Rabiatul Nazira Akmar bt Rahim (SMARD)

Bendahari:
Noohranizah (Sempen)

Lajnah Tarbiyah & Dakwah
- Zainuddin
- Yusnizah
- Nornisa

Lajnah Penerbitan & Informasi
- Azman
- Haq
- Saripah
- Zati

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
- Anuar
- Ijab
- Lilik
- Ct Mustafian

Lajnah Kepimpinan & Organisasi
- Raj
- Nasyrik
- Suziannie
- Azmalina

Salam takziah dan tahniah buat adik2 semua. Semoga gerak kerja KRU tahun ini bertambah baik dan mantap.

Friday, January 1, 2010

'Ammul jadid!

Selamat menyambut tahun baru 1431H & 2010 M. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Sematkan azam di sanubari untuk memperbaiki diri.