Labels

Tuesday, October 14, 2008

LUMRAH PEJUANG ISLAM

Assalamualaikum wbt.


Keceriaan dan kebahagian adalah impian setiap insan. Dan, untuk mencapai perkara tersebut, kita terpaksan melalui pelbagai onak duri cubaan untuk mampu kita meraih keindahan dalam kehidupan ini.


Pejuang Islam seringkali dimomokkan dengan pelbagai ujian, cabaran, dugaan dan rintangan. Sememangnya, sesiapa yang memilih perjuangan Islam sebagai cara hidup dan pegangan pendiriannya, pasti akan melalui perkara yang mungkin tidak seindah seperti mana yang sering diimpikan.

Adakah pejuang Islam tidak berhak mengecap kebahagiaan?
Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bergembira? Adakah pejuang Islam tidak layak untuk bahagia?


Semua insan mahukan perkara itu! Itu lumrah naluri manusia. Islam tidak melarang pejuangnya untuk mengecapi bahagia. Banyak hadith dan para hukama’ yang menyeimbangkan perkara tersebut.

Namun, apa yang nak diperbincangkan disini ialah, menjadi seorang pejuang Islam PASTI akan menerima pelbagai cemuhan, ejekan, perlian, pandangan sinis, umpatan dan sebagainya. Pejuang Islam akan dipandang ‘ganjil’ di mata masyarakat. Manusia yang sebenarnya pada pandangan masyarakat ialah menjadi ‘insan biasa’ seperti m
ana manusia lainnya. Menjadi pejuang Islam ialah satu tiket menjadi ‘insan luarbiasa’!


Di Malaysia, kebanyakan roh perjuangan Islam bermula di pengajian terutama di institusi pengajian tinggi. Disitu, kebanyakan qadeer-qadeer yang baru, dididik dan di asuh agar menjadi pejuang yang hebat suatu hari nanti.Maka, klimaks yang berlaku di IPT ialah, satu pegangan dan tsiqah yang amat mendalam kepada perjuangan Islam. Mereka begitu sensitif berkaitan islam dan isu-isu dan timbul darinya. Ombak perjuangan meluap-luap kerana membaranya semangat cintakan Islamnya. Semua ini adalah kerana mungkin:

1. mempunyai sahabat disekeliingnya

2. masih terkongkong dalam masyarakat kampus yang ratanya sama sepertinya.

3. ilmu yang sentiasa terhidang di depan mata


Perjuangan di IPT adalah satu-satunya perjuangan yang paling indah jika hendak dibandingkan dengan perjuangan di suasana lainnya. Namun, keberadaan kita di IPT bukanlah selamanya! Yang selamanya ialah perjuangan kita! Perpindahan kita ke suatu tempat ke tempat yang lain bukanlah tiket untuk kita turut mengubah identiti diri kita yang sentiasa Islam dulunya...


Realiti yang hendak disampaikan disini ialah, ‘itulah yang berlaku’! Perjuangan di luar tidak seindah perjuangan di dalam. Maka, ramai yang tidak mah
u menghadapi risiko kehilangan kebahagian akan mengambil jalan pintas sebagai pejuang Islam ialah dengan hanya menonton sahaja.

Sememangnya, jika tiada ketelusan hati yang jernih hanya pada Islam, kita tidak mampu untuk mencari perjuangan! Jiwa lesu dan tidak tahu apa lagi yang hendak diperjuangkan.Sesiapa yang masih menjadikan Islam sebagai dirinya, pasti akan menerima kritikan, diperli dan sebagainya.


Akhirun kalam, walau apapun yang terjadi, istiqamahlah. Nilailah yang
mana kaca dan yang mana permata. Janji Allah pasti tiba! Jika bukan disini, pasti akan terjadi disana! Sesungguhnya kemanisan perjuangan Islam tidak seperti
manisnya gula yang semua orang tahu akan kemanisannya. Ia seperti manisnya buah. Akan terasa manisnya, jika kita sendiri yang merasa dan memakannya!

Semarakkan Perjuangan!

LUCU YA!!!


* Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
* Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.
* Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton t.v. dan wayang di pawagam.
* Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau sholat, tapi bertapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan / pakwe / makwe.
* Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
* Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halamanpun habis dilahap.
* Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
* Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
* Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
* Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail layang di internet, tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.
* Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
* Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir dua-tiga-kali.

JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT.
"Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)" (Surah Al-Ahzab - ayat 41)

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah. Janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan biarkanlah mereka menyakiti engkau, dan tawakallah (menyerahlah) kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai wakil (tempat menyerahkan urusan)." (Surah Al-Ahzab - ayat 47 - 48 )

Tuesday, September 23, 2008

Salam 'Eidul Fitri

Umat Islam kini menghitung hari untuk menyambut hari lebaran hari yang bahagia bagi semua hati-hati yang mengaku Islam (walaupun tak semua suruhan Islam berjaya ditunaikan). Mungkin ramai yang mulai sibuk mengimarahkan pusat-pusat membeli-belah untuk membuat persiapan Aidilfitri... Tapi, adakah ramai yang menyibukkan diri untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah menanti malam Al-Qadr yang kita tahu ianya lebih baik dari seribu bulan itu? Saya yakin tidak! Hanya segelintir yang mampu menginfaqkan diri untuk bermunajat kepada Rabbnya... Buktinya, jika hari pertama tarawih, surau-surau atau masjid-masjid penuh dengan limpahan umat manusia hinggakan tidak mencukupi ruang teratak masjid... dan kini apabila tibanya akhir Ramadhan, hanya beberapa soff hati-hati hamba Allah yang tulus ikhlas mengejar keampunanNya masih setia dengan rumah-rumah Allah.
Fenomena ini ibarat roda yang akan berputar dan menghadapi situasi yang sama setipa tahun menjelang dua bulan ini, Ramadhan Al-Mubarak dan Syawal Al-Karim... Wahai umat Islam...! Kejarlah kemuliaan Ramadhan yang masih berbaki ini kerana belum pasti kita dapat bertemu dengannya pada tahun akan datang. Sibukkan lah dirimu dengan bertafakkur kehadrat Ilahi menjelang 10 malam terakhir ini....

Wahai hati-hati yang kotor,

Bertaubatlah kepada Tuhanmu...
Wahai hati-hati yang suci,
Bermunajatlah memohon keampunan kepada Tuhanmu...
Wahai hati-hati yang tulus,
Istiqamahlah mengabdikan diri kepada Tuhanmu...

SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH DAN MENDAPAT SYAFAAT RASULULLAH KEKASIH ALLAH...

Mohon kemaafan buat semua pembaca atas segala kelamahan dan kekurangan penulis. Bersamalah kita menegakkan syiar ISLAM di muka bumi Allah ini... Salam kemaafan salam lebaran.... maaf zahir dan batin...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 'AIDILFITRI 1429H...

Saturday, September 13, 2008

KARNIVAL IBADAH...


Marilah beramai-ramai memeriahkan karnival dan pesta-pesta Ramadhan 1429H yang masih berbaki ini...
Banyak acara menarik menanti anda seperti yang tertera dalam iklan di sebelah. Hadiah dan bonus yang hebat juga berpeluang direbut oleh individu-individu yang berkelayakan... ianya boleh didapati dimana-mana rumah Allah yang berhampiran dengan anda.. tanpa bayaran, tanpa yuran bahkan anda bakal mendapat ganjarannya...
Apa tunggu lagi... kini karnival tinggal separuh masa lagi dari jangka hayatnya.. Setahun hanya sekali dan belum tentu lagi kita akan berpeluang untuk bertemunya ditahun akan datang...
Kita jumpa di sana!!! Aramaitiii...