Labels

Wednesday, October 29, 2008

Campus Life Satu Renungan


“Woi korang….result dah keluar……result dah keluar….” Tatkala itu mereka yang makan meninggalkan makanannya, yang study meninggalkan bukunya, yang tidur meninggalkan katilnya dan yang sedang berjalan memperceptkan langkahnya. Itulah fitrah seorang pelajar.Seribu satu perasaan hadir ketika itu. “Adakah aku termasuk golongan yang 18? Atau aku termasuk dalam golongan 300?Ah…!!aku tak tau!..”

Kelihatan seorang pelajar dengan telefon bimbitnya. “Mak, Hadi dapat 4 flat..”. Hanya itu kalimah yang mampu diucapkan. Kelihatan pula seorang pelajar bertudung labuh dengan tenang kembali dari papan kenyataan. “Aini, enti dapat berapa?” Dengan tenang dia menjawab “Alhamdulillah, ana dapat 4 flat” Ketika itu juga mereka saling berpelukan dan menangis kegembiraan.Tak kurang juga berkata, “Ala…aku cuma dapat 3.43 jerlah Iha..,Iha rasa cukup ke? ” Dan bagaimana pula yang diberi amaran dan yang terpaksa meninggalkan universiti? “Macam mana aku nak berhadapan dengan mak ayah aku ni?..Ya Allah, aku tak sanggup..”

Tak dinafikan setiap orang inginkan kejayaan, kejayaan hidup di dunia dan di akhirat..Pernahkah di antara kita terdetik di dalam hati, Kenapa aku tak seperti dia?..Kenapa aku tak dapat 4 flat seperti dia..? Sedang aku dah berusaha bersungguh-sungguh lebih darinya?..kenapa?..kenapa?...Pernahkah juga terdetik “aku study malam, aku jaga hubungan dengan Allah, aku jaga hubungan aku dengan manusia, aku lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan laranganNya, tapi result aku tak seperti kawan-kawan yang lain..kenapa semua ini berlaku?’..

“Adakah sebab aku terlalau sibuk?”..sibuk dengan aktiviti masjid?..” Mustahil, takkan kita buat perkara baik, Allah balas dengan keburukan? Allah tak sekejam itu..Allah itu Maha Adil, Sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadang-kadang kita hanya mampu mengeluh dengan setiap ujianNya tapi pernahkah kita terfikir sesungguhnya apa yang kita lalui ini adalah yang terbaik untuk kita.

Seorang pelajar ada bertanya kepada sahabatnya “Kau rasa Allah nak tak bagi kejayaan pada mereka yang berusaha?” Dengan tenang sahabatnya menjawab “Allah akan memberi kejayaan kepada sesiapa yang berusaha tetapi Allah lebih suka hambaNya diuji. Setakat mana kita mampu bersabar dengan ujian yang diberi, itulah kejayaan yang hakiki”

Ingatlah wahai sahabatku, walaupun kita tak mampu menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang di dunia, tapi kita masih mampu menjadi hambaNya yang bersyukur. Bersyukurlah kerana kita masih diberi nikmat iman dn islam, masih diberi nyawa untuk hidup, masih diberi akal untuk berfikir dan jangan sesekali kecewa dengan apa yang diturunkan kerana sesungguhnya Allah telah berfirman yang bermaksud “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat dosa dari apa yang dikerjakannya”

DIUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM BUAT SEMUA SAHABAT SEPERJUANGAN! MA'AN NAJAH FIL IMTIHAN... BUAT YANG TERBAIK SEBELUM MENYESAL DIRI KEMUDIAN.

0 comments:

Post a Comment