Labels

Wednesday, November 12, 2008

Tesis (Final Year Project)

Sudah menjadi satu kelaziman bagi bakal graduan, dalam melengkapkan proses pengajiannya, harus mempersiapkan suatu “tesis” sebagai epilog kepada pendidikannya. Sama ada tesis itu adalah tesis PhD, atau tesis Master –M.B.A, B.Bsc, lain sebagainya- ataupun tesis FYP (Final Year Project), makalah yang mengandungi kajian terperinci ini seakan-akan memberikan gambaran kepada para ilmuwan, tentang setakat mana layaknya penyedia tesis tersebut untuk bergelar graduan. Tetapi, untuk membolehkan tesis tersebut diterima, ia harus berbeza daripada yang lain-lainnya. Atau, dalam istilah lain, harus mengandungi “keunikan”.

Hero mukmin sejati sentiasa memahami hakikat ini. Kerana mereka sedar, sungguhpun mereka -pada zahirnya- mengambil atau menceburi bidang yang sama dengan orang lain, tetapi keunikannlah yang akan membezakan mereka, pada tesis yang dikarangkan, pada presentation yang dibentangkan, dan pada amalan yang digarapkan, daripada rakan-rakan se-course lainnya. Justeru, pandangan sinis yang diberikan oleh masyarakt umum, ataupun lontaran tohmah yang dilemparkan, mahupun halangan-halangan yang diterapkan, tak pernah menggusarkan mereka, kerana “dateline” kepada tesis perjuangan mereka telah ditetapkan hingga menemui kematian.

Maka tidak timbul seorang siswa memberikan alasan “sibuk” untuk tidak menggarap karya-karya perjuangan di dalam kehidupannya. Kerana, ketika ALLAH berfirman; “(ALLAH) tidak membebankan seseorang diluar kemampuannya..” (al-Baqarah:285) , itu sebenarnya suatu indikasi, bahawa berbezanya mereka berbanding para pejuangan pendahulu mereka, justeru merupakan peluang keunikan yang dilimpahkan oleh ALLAH pada mereka, agar karya mereka akan lebih membawa momentum terhadap peradaban sejarah. Biarpun ia doktor misalnya, kesempatan yang ALLAH berikan untuk beliau belajar ilmu perubatan, justeru merupakan suatu kesempatan untuk ia memacu segala potensinya untuk umat, di tengah kesibukan-kesibukannya, sehingga ALLAH, Rasul dan orang beriman melihat ukiran amalannya. Jika ia engineer misalnya, kesibukan-kesibukan yang diberikan oleh ALLAH padanya, justeru merupakan suatu keunikan, untuk ia mentarbiyah umat di tengah kesibukan-kesibukannya, sehingga uasahanya itu merupakan suatu contoh amalan yang “luar biasa”. Kerana, daya keunikanlah –bila difahami oleh sang mukmin sejati- yang akan memacu dirinya untuk berbeza dengan orang lain. Yang akan menarik dirinya dari lembah keputus asaan. “..janganlah kamu berputus asa dari mengharap rahmat ALLAH. Sesungguhnya tidak berputus asa dari mengharap rahmat ALLAh melainkan orang-orang kafir.” (Yusuf:87). Yang akan mengeluarkan dirinya daripada lwilayah kekecewaan dan kesibukan. “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, kerana kamulah yang paling unggul, kiranya kamu beriman.” (ali Imran:139). Nah, di sinilah rahsianya. Keunikan dan ketegaran itu, yang menjadikan sang hero mukmin sejati berbeza dari yang lainnya, diungkapkan oleh ALLAH SWT dalam perkataan yang lain: iman!

Kesempatan yang diberikan oleh ALLAH kepadanya untuk mencelah dalam sesuatu bidang ataupun kerjaya, digunakan sebaiknya oleh sang hero mukmin tadi untuk membentangkan suatu tesis yang serba unik, yang mempunyai momentum yang tiada taranya. Jika kesibukan menghantui siswa lainnya, hero mukmin tadi –berbekalkan keunikan, keazaman dan ketegaran- mempersembahkan dua tesis istimewa di akhir pengajiannya: satu untuk memperoleh skroll, sedang yang selebihnya untuk penilaian sejarah. Jika kesibukan kerjaya menghambat pekerja lainnya (daripada tarbiyah dan dakwah), maka hero mukmin sejati –dek kerana sedar kerjayanya bukanlah untuk mendapat gaji, melainkan redha daripada Ilahi- akan tampil dengan dua kerjaya sekaligus, seperti mana hero-hero fantasi Barat lainnya. Lihatlah sahaja perwira mereka (barat), Superman mempunyai peranan lain sebagai wartawan, Spiderman mempunyai kehidupan yang lain sebagai mahasiswa, Batman mempunyai karier yang lain sebagai businessman, maka hero mukmin sejati juga tak segan silu menampilkan dua muka sekaligus: kehidupan sebagai profesional (engineer, doktor dan sebagainya) dan kehidupan sebagai murabbi yang mentarbiyah umat lewat halaqah-halaqah atau liqo’-liqo’. Tetapi justeru, prestasi menggemparkan yang ia raih dari keduanya, sebenarnya merupakan kelebihan buat dirinya, kerana pekerjaan ketiganya –hasil refleksi dua kerjaya duniawi dan ukhrawi tadi- ialah sebagai pendakwah pada kedua sisi kehidupannya. Inilah kelebihan-kelebihan yang hanya mampu diraih oleh insan yang sudi menghadirkan “tesis mukmin” sepanjang tempoh kehidupannya. “Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka. Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya mereka pun menderita kesakitan, sebagaimana kamu menderitainya, sedang kamu mengharap dari ALLAH apa yang tidak mereka harapkan..”(ali Imran:104)

Maka, untuk bergraduasi di dalam kehidupan serba fana ini, hasilkanlah tesis yang mempunyai keunikan. Inilah yang dipunyai pada setiap karakteristik para sahabat, sehingga setiap seorang berbeza dengan yang lainnya. Keunikanlah yang mengunggulkan Syeikh Ahmad Yasin berbanding insan lumpuh yang lainnya. Keunikan jugalah yang menjadikan fatwa al-Qaradhawi diterima ramai berbanding yang lain-lainnya. Keunikan jugalah yang menyebabkan –barangkali- sang engineer ini menghabiskan FYPnya cuma dalam tempoh dua minggu. Kerana tesis setiap daripada kita harus berbeza, barulah pengiktirafan daripada ALLAH dapat dikurniakan.

“Born to die as a syuhada’..”

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab, B.Eng(Hons) Electrical Eng.

0 comments:

Post a Comment