Labels

Tuesday, April 28, 2009

MAKLUMAT KEMASUKAN 2009

TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM / SETARAFSESI AKADEMIK 2009/2010

1. Sukacita dimaklumkan bahawa sejumlah 166,261 permohonan telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan untuk kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010.

2. Dimaklumkan Mesyuarat Penyelarasan Bersama dengan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) pada 11 September 2008 telah bersetuju akan mengguna pakai dasar tawaran terbuka (double offer) di mana calon lepasan SPM yang layak akan menerima dua (2) tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.

3. Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM telah diumumkan pada 17 April 2009 dan tarikh pendaftaran ke Kolej Matrikulasi KPM adalah pada 11 Mei 2009. Manakala keputusan permohonan Kemasukan Ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf di bawah Kementerian Pengajian Tinggi akan diumumkan pada 1 Mei 2009. Sehubungan itu, calon Lepasan SPM mempunyai tempoh masa yang secukupnya untuk membuat keputusan yang bijak dalam memilih program yang diminati berdasarkan tawaran yang diterima.

4. Sekiranya seseorang calon mendapat dua (2) tawaran, iaitu dari BMKPM dan juga IPTA, calon boleh menolak salah satu daripada tawaran tersebut dan mendaftar ke program tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Jika hanya menerima satu tawaran sahaja iaitu Program Matrikulasi KPM, adalah dinasihatkan calon mendaftar ke program tersebut mengikut jadual. Seandainya, calon memilih untuk menolak tawaran BMKPM, nama calon akan diproses dan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kemasukan Ke IPTA. Calon diwajibkan membuat pengesahan setuju terima tawaran IPTA dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh keputusan diumumkan melalui laman web IPTA berkaitan.

5. Sehubungan itu, keputusan dasar yang dipersetujui, jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi KPM, nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA oleh BPKP JPT.

6. Hanya calon-calon yang mengemukakan permohonan ke BPKP JPT dan tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja boleh mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan yang boleh dicapai mulai 1 Mei 2009 jam 12.00 tengah hari melalui URL http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh keputusan diumumkan.

7. Maklumat lanjut mengenai status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA boleh dirujuk melalui talian atau saluran berikut 03-8883 5858 / 5848 dan e-mel upu@mohe.gov.my serta melayari laman web rasmi kemasukan ke IPTA http://upu.mohe.gov.my This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Sila klik sini untuk Tawaran kemasukan ke IIUM

TAWARAN PROGRAM PENSIJILAN DARUL QURAN (JAKIM) DAN IIUM
Pihak JAKIM melalui Darul Quran telah lama mengadakan usaha sama dengan IIUM bagi mengadakan program Pensijilan (Tahfiz). Layari http://www.darulquran.gov.my untuk keterangan lanjut.
p/s:
- Tahniah buat adik-adik yang berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian sama ada matrikulasi KPM, matrikulasi asasi UIA, Darul Qur'an dan lain-lain.
- Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa kerana rezeki Allah ada di mana-mana. Janji kita yakin dengan ketentuannya. Semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
- Walau di mana kita dicampakkan, berpegang teguhlah dengan tali Allah.Infaqkanlah dirimu kepada agama Allah...nescaya bahagia di syurgaNya. Ameenn...

0 comments:

Post a Comment